omniture

Translumina mengukuhkan lagi kepemimpinan kanan demi mendorong fasa pertumbuhan seterusnya

Translumina
2022-10-11 17:44 0

NEW DELHI, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Translumina - sebuah syarikat pembangun dan pengeluar global bagi peranti perubatan kardiovaskular, produk implan dan akses yang inovatif - melantik Indranil Mukherjee sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Armin Kiser sebagai Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Operasi untuk operasi syarikat tersebut di Eropah. 

Indranil merupakan seorang veteran dalam industri penjagaan kesihatan. Dalam jawatan terbaharu beliau sebagai Pengarah Urusan B. Braun Group di India, beliau telah melakukan perubahan dan menghasilkan pertumbuhan yang menguntungkan dan mampan serta menguruskan beberapa barisan produk (di tiga buah kilang pengeluaran) dan sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 2,000 orang pekerja di India.

"Translumina menawarkan peluang yang unik untuk membina sebuah syarikat Teknologi Perubatan Global yang terkemuka dengan budaya inovasi dan kedudukan yang kukuh di India dan juga di Jerman. Saya berharap dapat mendorong fasa pertumbuhan perniagaan ini seterusnya yang akan melibatkan lebih banyak teknologi cemerlang diperkenalkan kepada pesakit di seluruh dunia, bersama-sama dengan pasukan yang bersemangat dan komited di Translumina serta para pengasas dan pemegang saham yang banyak memberi sokongan," ujar Indranil.

Armin mempunyai pengalaman teknikal yang mendalam dalam industri Teknologi Perubatan yang merangkumi amalan terbaik dalam 'six sigma', pembuatan cemerlang dan pengurusan perubahan. Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi Biedermann Motech iaitu sebuah syarikat pembangun dan pengeluar implan serta instrumen inovatif untuk pembedahan tulang belakang dan pembedahan yang amat rumit. Sebelum itu, Armin merupakan ketua tapak bagi kemudahan pembuatan Edward di Switzerland.

"Translumina menawarkan peluang yang menarik dan cabaran yang rumit. Budaya berani, minda untuk berkembang maju dan pasukan yang komited yang dimiliki oleh syarikat ini amat sesuai dengan nilai dan aspirasi saya dan saya berharap dapat membina asas R&D dan pembuatan kami yang kukuh di Jerman," kata Armin.

"Ia mengagumkan dapat menyaksikan bagaimana Translumina yang telah saya asaskan bersama dengan Punita Sharma pada tahun 2010, telah mencapai kedudukan yang terkemuka dalam bidang peranti kardiovaskular intervensi di India dan pasaran antarabangsa. Selain mencipta teknologi Sten Elusi Ubat yang amat terkenal yang mewakili standard bukti klinikal tertinggi, kami kini sedang memasuki segmen belon khusus dan jantung berstruktur terbaharu dengan penyelesaian transkateter yang inovatif untuk injap Mitral, Aorta dan Trikuspid. Dengan penyertaan Indranil dan Armin yang melengkapkan barisan kepemimpinan sedia ada yang terdiri daripada Paritosh Arora, Pengarah Urusan India dan Kewal Jindal, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, kami bersedia untuk meningkatkan dan memantapkan kedudukan Translumina di peringkat global sebagai piawaian industri untuk bukti klinikal, kualiti dan inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan dalam tempoh 2 tahun akan datang," kata Gurmit Singh Chugh, Pengerusi merangkap Pengasas Bersama Translumina.

Arjun Oberoi, Pengarah Urusan Everstone Capital berkata, "Translumina berada pada kedudukan yang sangat baik untuk memasuki fasa pertumbuhan seterusnya dan kepemimpinan baharu ini akan memberikan banyak nilai dalam menggabungkan portfolio produk yang lebih luas serta membangunkan strategi pasaran bersasar yang mantap di lokasi geografi utama".

Tentang Translumina 

Ditubuhkan pada tahun 2010, Translumina ialah sebuah syarikat peranti kardiovaskular intervensi yang memberikan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia. Ia merupakan sebuah syarikat pembangunan dan pembuatan produk yang bersepadu sepenuhnya dengan kemudahan pembuatan di Jerman dan India. Selama bertahun-tahun, kami telah menjalinkan kerjasama strategik dengan hospital terkemuka, institusi kejuruteraan, syarikat teknologi global dan ahli kardiologi intervensi yang terkenal. Translumina menggabungkan yang terbaik dalam bidang kejuruteraan, harta intelek dan standard berkualiti tinggi Jerman dengan budaya keusahawanan serta keupayaan India yang kukuh dalam pembuatan produk inovatif pada harga yang berpatutan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.translumina.com 

Tentang Everstone Capital 

Everstone Capital yang beribu pejabat di Singapura, kumpulan ekuiti swasta Everstone Group (everstonegroup.com), merupakan sebuah firma global yang komited untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan nilai lestari. Dengan tujuh buah pejabat di seluruh dunia (Singapura, Mumbai, Delhi, Bengaluru, New York, Dubai dan Mauritius), Everstone Capital memberi tumpuan kepada pasaran pertengahan dengan minda kawalan dan mementingkan pertumbuhan; yang merangkumi pelaburan, operasi dan sumber strategik terbaik dengan pengalaman dan kemahiran yang signifikan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari everstonecapital.com dan https://www.linkedin.com/company/everstonecapital/

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1797972/Translumina_Logo.jpg?p=medium600

Source: Translumina
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements