![]() |
BRESCIA, Itali, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- 1000 Miglia 2023 tampil dengan kejutan: Perlumbaan yang bermula dari 13 hingga 17 Jun ini akan berlangsung selama 5 hari dengan melibatkan sebanyak 405 buah kereta yang akan dimulakan dari Brescia.
Perlumbaan ini akan berlangsung melalui bandar Brescia, Rom dan kembali semula dengan jarak laluan melebihi 2,000 km. Selepas berlepas dari Viale Venezia dan menyusuri Tasik Garda melalui Verona, Ferrara, Lugo dan Imola, konvoi ini akan menamatkan pusingan pertama di Cervia-Milano Marittima; hari kedua akan menampilkan laluan menyusuri San Marino, Senigallia, Macerata dengan persinggahan untuk makan tengah hari di Fermo dan Ascoli Piceno dan kumpulan ini akan berakhir di Via Veneto di Rom; pusingan ketiga akan memulakan peringkat pendakian dari kota Rom dengan persinggahan untuk makan tengah hari di Siena yang menakjubkan, kemudian perjalanan akan diteruskan ke Pistoia, Abetone Pass, Modena dan Reggio Emilia dan akan berakhir di Parma; pada hari keempat, selepas melalui bandar Stradella dan Pavia, Perlumbaan ini akan tiba di Piedmont dengan persinggahan untuk makan tengah hari di Alessandria, kemudian menuju ke Asti dan Vercelli melalui Novara dan seterusnya ke pusat bandar Milan yang akan menjadi tuan rumah bagi acara malam terakhir Perlumbaan; pada hari kelima, selepas mengucapkan selamat tinggal kepada bandar Bergamo, iaitu bandar berkembar Brescia yang merupakan Ibu Kota Kebudayaan Itali pada tahun 2023, 1000 Miglia 2023 akan berakhir di Brescia pada lewat keesokan paginya dengan pusingan mengelilingi bandar sebelum menamatkan laluan terakhir di platform Viale Venezia dan diakhiri dengan acara makan tengah hari. Pada waktu malam, sambutan see-you-in-2024 (jumpa anda pada tahun 2024) dengan acara malam Red Arrow yang meriah iaitu 1000 Miglia The Night akan mengakhiri minggu yang penuh persaingan ini.
Tahun 2023 juga akan menjadi tahun sambutan ulang tahun ke-100 Pasukan Tentera Udara Itali yang sentiasa menyokong Perlumbaan kami dan kenyataan "Penerbangan ke arah masa depan" juga mewakili perjalanan yang dilalui oleh Red Arrow hampir seratus tahun yang lalu dan masih digunakan hingga ke hari ini.
Penyertaan akan dibuka dari 13 Oktober hingga 13 Januari 2023.
Pemberitahuan penerimaan: sebelum 10 April 2023.
Untuk memohon penyertaan, kereta pemohon hendaklah mempunyai, atau pernah memohon sijil Registro 1000 Miglia dan pemohon hanya akan didaftarkan setelah memperoleh sijil tersebut.
Penyertaan www.1000miglia.it
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1917145/1000_Miglia.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1917144/Mille_Miglia_Logo.jpg?p=medium600