omniture

Perniagaan perdagangan baharu bernilai US$2.6 bilion telah ditandatangani di Ekspo Antarabangsa West Lake ke-15

Hangzhou West Lake Expo Organizing Committee
2013-11-16 22:13 148

HANGZHOU, China, 16 November 2013 /PRNewswire/ -- Ekspo Antarabangsa West Lake ke-15 telah melabuhkan tirainya pada waktu tengah hari 9 November lalu, selepas berjaya mencapai perolehan perdagangan sebanyak 15.7 bilion yuan (kira-kira US$2.6 bilion) dan menjana sebanyak 15.2 bilion yuan (kira-kira US$2.5 bilion) bagi pelaburan domestik berkontrak serta US$1.02 bilion bagi pelaburan asing. Acara yang berlangsung selama 29 hari itu mempunyai 50 pameran dan program pesta. Lebih 8 juta pengunjung dari China serta hampir 50 negara dan kawasan dari seluruh dunia telah mengunjungi ekspo tersebut.

Ekspo pada tahun ini yang memberi tumpuan terhadap promosi perniagaan dan perdagangan serta sains dan teknologi, menggunakan pendekatan berinovatif dalam acara pentas dalam empat segmen utama: perdagangan dan teknologi, pengalaman kebudayaan, pelancongan dan rekreasi di samping pelbagai siri program tradisional. Ekspo tersebut juga dengan jayanya telah mengadakan 17 acara sebagai sebahagian daripada Persidangan Kerjasama Ekonomi dan Teknologi. Ekspo seluas 310,000 meter persegi dengan 23.9 peratus tapak pameran dikhaskan untuk pempamer luar negara telah menarik seramai 120,000 orang pengunjung profesional. 

Sebagai program penting ekspo tahun ini, Persidangan Kerjasama Ekonomi dan Teknologi membawakan lebih 200 syarikat dari lebih 40 negara termasuklah Perancis, Itali, Jerman, Jepun, India, Argentina, Sri Lanka, Slovakia dan Malaysia di Hangzhou, lokasi bagi perjanjian yang telah dimeterai bagi 25 kontrak pelaburan asing dan 11 kontrak yang melibatkan kerjasama berasaskan teknologi atau perjanjian pembiayaan tempatan.

Ekspo tahun ini merangkumi pelbagai sumber di samping mengukuhkan kerjasama dan komunikasi bersama organisasi luar negara bagi menerajui pengantarabangsaan ke peringkat lebih tinggi. Bersama-sama kerajaan beberapa negara termasuk United Kingdom, Afrika Selatan, Sepanyol, Portugal dan Filipina serta agensi perniagaan asing seperti Persatuan Itali-China, Organisasi Perdagangan Luaran Jepun dan Dewan Perdagangan Jerman di Shanghai, ekspo tersebut telah menarik pelbagai syarikat dan organisasi dari seluruh dunia bagi memperkukuh kemasyhuran dan kedudukannya di persada antarabangsa.

Ekspo Antarabangsa West Lake ke-16 akan diadakan bermula pada bulan Oktober hingga November 2014.

Source: Hangzhou West Lake Expo Organizing Committee
Keywords: Retail Trade show news