omniture

Omdia: Tiada pemain chatbot dominan yang akan wujud

Omdia
2022-10-11 21:22 0

LONDON, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Perniagaan AI (Kecerdasan Buatan) yang paling menguntungkan di dunia – iaitu Chatbot/Pembantu Digital Maya (VDA) - akan kekal sebagai sebuah pasaran yang dikendalikan oleh ekosistem vendor yang kukuh dan pelbagai. Dalam sebuah laporan baharu, Omdia mencadangkan bahawa walaupun bertentangan dengan pelbagai penilaian vendor dan trend pasaran teknologi tradisional, penyelesaian Chatbot/VDA tidak akan didominasi oleh sebilangan kecil vendor yang ternama.


"Terdapat beberapa sebab mengapa pasaran penyelesaian chatbot terus kukuh," kata Mark Beccue, Penganalisis Utama Omdia, "Pertama, terdapat permintaan pasaran yang berterusan untuk penyelesaian yang menangani spektrum kerumitan yang luas, daripada alatan Dibuat Sendiri (DIY) pembangun profesional dan SaaS tanpa kod kepada penyelesaian menyeluruh yang ditempah khas; kedua, berkemungkinan besar akan wujud pengganggu pasaran baharu disebabkan oleh teknologi yang berkembang, terutamanya potensi kemunculan NLU dan latihan yang mampu milik daripada Model Bahasa Besar (LLM) sumber terbuka, dan yang ketiga, jumlah pasaran yang boleh ditangani adalah sangat besar dan sangat kompleks, yang diterajui oleh pemacu pasaran yang luas untuk automasi CX dan aliran kerja. Peluang pasarannya masih belum mencapai tahap ketepuan atau pengkomoditian, ini sekali gus membuka pintu kepada pelbagai vendor untuk terus maju dan berjaya."

Omdia mendapati terdapat trend pasaran lain yang membentuk trajektori untuk Chatbot/VDA, termasuk permintaan untuk peranan yang semakin canggih bagi chatbot, peningkatan kepentingan BPO dan SI dalam ekosistem serta kesahihan saluran pemesejan. "Chatbot & Pembantu Digital Maya 2022: Trajektori dan Ramalan Pasaran", mengkaji semua isu-isu ini dan banyak lagi. Laporan ini akan membantu para pembaca memahami landskap pasaran perusahaan Chatbot/VDA yang pantas berubah dengan mengenal pasti pemacu dan halangan utama, trend pasaran, kes penggunaan dominan, siapa pemain utama, mengapa mereka begitu penting dan apa yang mereka lihat dalam pasaran tersebut. Ia menyediakan ramalan untuk perbelanjaan Chatbot/VDA sehingga tahun 2026 dengan analisis mengikut vertikal dan wilayah.

TENTANG OMDIA
Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.omdia.com.

Hubungan Media
Fasiha Khan / Telefon: +44 7503 666806 / E-mel: fasiha.khan@omdia.com

Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/1911373/Enterprise_chatbot_VDA_spend__world_markets.jpg?p=medium600

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics