omniture

Koura akan Mempamerkan Bahan Penyejuk Generasi Seterusnya di Chillventa 2022

Koura
2022-10-12 09:00

Produk baharu yang inovatif memainkan peranan penting dalam memajukan industri bahan penyejuk ke arah masa depan yang lebih lestari 

NUREMBURG, Jerman, 12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Perniagaan Penyelesaian Terfluorin milik Orbia, iaitu Koura, yang merupakan peneraju global dalam pembangunan, pembuatan dan pembekalan produk fluoro, menyertai pakar penyejukan, penyaman udara, pengudaraan dan pam haba antarabangsa di Chillventa 2022 di Nuremberg (11 hingga 13 Oktober). Pada acara peringkat global ini, pasukan teknikal dan komersial Koura akan mempamerkan bahan penyejuk generasi seterusnya termasuk Koura Klea® 473A dan Koura Klea® 456A yang memenangi anugerah. Koura boleh didapati di Dewan 9, Reruai 9-404.

"Dibangunkan berdasarkan warisan turun-temurun kami, Koura berada pada kedudukan yang unik untuk mengubah industri bahan penyejuk dengan produk baharu yang lebih bersih yang direka untuk kegunaan pelbagai industri dan penting untuk dunia moden yang berubah dengan pantas pada hari ini," kata Gregg Smith, Presiden Penyelesaian Terfluorin Orbia."Bahan penyejuk kami berkembang seiring dengan perubahan masyarakat, ekonomi dan jangkaan pelanggan. Kami akan terus memenuhi keperluan pelanggan kami, membangunkan produk inovatif dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan dan kelestarian." 

Sorotan Bahan Penyejuk Berfokuskan Masa Depan: 

  • Koura Klea 473A, yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Inovasi Penyejukan Terbaik Tahun ini di Anugerah Industri Penyejukan 2022, menawarkan lebih 85% pengurangan potensi pemanasan global (GWP) kepada produk sedia ada di pasaran. Ia direka sebagai bahan penyejuk yang tidak mudah terbakar untuk mencapai prestasi tinggi dalam penggunaan penyejukan suhu ultra rendah seperti rantaian sejuk bernilai tinggi, penyimpanan vaksin, ruang ujian iklim, pengangkutan dan kegunaan perubatan yang lain.
  • Koura Klea 456A, suatu alternatif segera kepada 134a yang menjimatkan kos serta membantu sektor pasaran alat ganti automotif memenuhi permintaan dan mengekalkan harga yang kompetitif. Dengan pengurangan GWP sebanyak 50%, Koura mampu membekalkan produk ke pasaran sebanyak dua kali ganda di bawah peraturan yang sama, sekali gus menstabilkan harga dan ketersediaan untuk para pemilik kedai dan pengedar.

"Pembangunan produk kami telah bermula daripada pelaburan kami dalam program bakat, penyelidikan dan pembangunan terbaik serta proses teknologi canggih yang membolehkan kami memenuhi permintaan para pelanggan kami dan memajukan industri," kata Dave Smith, Naib Presiden Pengurusan Produk dan Strategi untuk perniagaan Penyelesaian Terfluorin Orbia, Koura. "Dua inovasi terbaharu kami mengurangkan jejak karbon dan sejajar dengan komitmen kami terhadap inovasi, kelestarian dan alam sekitar – di samping mengekalkan prestasi pelanggan kami sebagai keutamaan."

Pembentangan Pakar di Chillventa 2022: 

  • Pada pukul 1 petang setiap hari semasa pameran tersebut berlangsung, pakar Koura di reruai akan membentangkan tentang pengurangan gas rumah hijau terfluorin (F-gas) secara berfasa yang akan memberi impak kepada industri. Dijemput hadir ke Dewan 9, Reruai 9-404 untuk membincangkan tentang impak peraturan ini dan bagaimana bahan penyejuk terbaharu Koura membantu para pelanggan memenuhi keperluannya sambil mengekalkan prestasi.
  • Pakar-pakar Koura juga akan menganjurkan satu sesi pembentangan tentang pendayaan industri ke arah mencapai pengurangan HFC secara berfasa, pada hari Khamis, 13 Oktober jam 10 pagi. Dijemput hadir ke Dewan 7A, Reruai 7A-616 untuk mengetahui tentang kesan bahan penyejuk generasi seterusnya milik Koura.

Untuk maklumat lanjut tentang Koura, sila layari: www.kouraglobal.com dan LinkedIn.

Nota untuk editor: 

Tentang Orbia 

Orbia ialah sebuah syarikat yang didorong oleh satu matlamat bersama: untuk memajukan kehidupan di seluruh dunia. Orbia beroperasi dalam sektor Penyelesaian Polimer (Vestolit dan Alphagary), Bangunan dan Infrastruktur (Wavin), Pertanian Kepersisan (Netafim), Penyelesaian Ketersambungan (Dura-Line) dan Penyelesaian Terfluorin (Koura). Lima kumpulan perniagaan Orbia ini mempunyai fokus kolektif untuk memperluas akses kepada kesihatan dan kesejahteraan, memperbaharui masa depan bandar dan kediaman, memastikan jaminan makanan dan air, menghubungkan komuniti kepada maklumat serta mempercepat ekonomi kitaran dengan bahan asas dan canggih, produk khusus serta penyelesaian yang inovatif. Orbia menjalankan aktiviti komersial di lebih 110 buah negara dan beroperasi di lebih 50 buah negara dengan ibu pejabat global di Boston, Mexico City, Amsterdam dan Tel Aviv. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: orbia.com.

Tentang Penyelesaian Terfluorin Orbia (Koura) 

Perniagaan Penyelesaian Terfluorin Orbia, Koura ialah peneraju global dalam pembangunan, pembuatan dan pembekalan produk fluoro yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kehidupan harian dan mempercepat perjalanan ke arah ekonomi kitaran yang lestari. Disokong oleh pengalaman selama lebih 35 tahun, produk Koura digunakan dalam pelbagai penggunaan termasuk penyimpanan kenderaan elektrik dan tenaga, infrastruktur bandar dan luar bandar, pengurusan iklim dalaman, penyejukan makanan dan ubat-ubatan, bahkan dalam merawat masalah pernafasan melalui pembangunan bahan dorong rendah GWP untuk penyedut bermeter yang sihat dan inovatif. Koura mempunyai 1,600 orang pekerja dan 13 buah kemudahan pembuatan di seluruh dunia yang memberikan perkhidmatan di 60 buah negara melalui rangkaian jualan dan pengedaran global.

Hubungan Media 

Monica Aguilar, Pengarah Pemasaran Strategik Global Koura 
monica.aguilar@kouraglobal.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1906789/Koura___Logo.jpg?p=medium600    

Source: Koura
Keywords: Auto Chemical HVAC Transportation New products/services Trade show news Future Events