omniture

Pameran Canton ke-132 Bawakan Pengalaman Perdagangan Cekap dan Mudah untuk Perniagaan Global

Canton Fair
2022-10-12 15:40 123

GUANGZHOU, China, 12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pada 15 Oktober, Pameran Canton ke-132 akan dibuka dengan tema "menghubungkan peredaran domestik dan antarabangsa." Sesi ini, lebih 35,000 perusahaan dijangka mengambil bahagian dalam acara maya yang menampilkan 16 kategori produk yang berbeza dan 50 bahagian pameran. Dengan laman sesawang dikemas kini yang mengupayakan carian produk yang lebih cekap dan pelbagai acara pemadanan pembekal-pembeli, Pameran Canton ke-132 akan menyediakan pengalaman perdagangan yang lancar dan perkhidmatan yang lebih baik untuk perniagaan di serata dunia.


Dengan pengoptimuman carian, khususnya algoritma carian yang dikemas kini, pembeli kini boleh mencari produk yang diperlukan dengan cara yang lebih bersasar. Hasil daripada jumlah pilihan penapisan yang lebih banyak seperti mod perdagangan, destinasi eksport, pengunjung boleh menggunakan platform dalam talian Pameran ini dengan peningkatan ketepatan. Fungsi-fungsi baharu telahpun dibangunkan dengan komunikasi segera; pengunjung kini boleh menghantar fail dan kad perniagaan dalam pemesejan segera untuk perangkaian yang lebih mudah. Pameran ini telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk memastikan agar fungsian laman sesawang, perkhidmatan dan aktiviti dapat membantu mencipta pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Di samping itu, Pameran Canton ke-132 akan menganjurkan acara-acara yang dirancang dengan baik dan disesuaikan untuk membolehkan pengalaman beli dan jual yang lebih cekap. Lebih 40 acara Promosi Perdagangan Global "Trade Bridge" menyasarkan untuk merapatkan jurang firma-firma penyumberan multinasional berskala besar bersama pembekal-pembekal Cina daripada industri-industri yang berbeza, meliputi pasaran-pasaran penting Pameran Canton seperti negara-negara Jalur dan Jalan, ahli-ahli RCEP dan negara-negara sumber pembeli utama.

"Pameran Canton menghimpunkan syarikat-syarikat cemerlang dari lokaliti yang berbeza di China dan memudahkan proses pemadanan perdagangan dengan pembeli global, platform premium untuk kerjasama timbal balik komuniti perniagaan di serata dunia," kata Michael Schumann, Presiden German Federal Association for Economic Development and Foreign Trade (BWA) dalam acara pemadanan "Trade Bridge" yang pertama untuk produk-produk tenaga baharu di Jerman.

Sementara itu, acara "Discover Canton Fair with Bee and Honey" yang menampilkan 8-10 kategori produk, distrim secara langsung dalam media sosial Pameran ini, membawakan kepada pembeli dengan lawatan maya paparan produk berbilang dimensi, lawatan kilang, penjelasan tentang teknik-teknik pengilangan, dsb. Aktiviti-aktiviti sokongan ini akan menunjukkan tahap kemajuan yang dicapai oleh China dalam penaiktarafan dan transformasi perdagangan asing serta meningkatkan produktiviti pemadanan perdagangan baik untuk pembekal mahupun pembeli.

Hanya beberapa hari lagi sebelum Pameran Canton ke-132 bermula – pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk mendaftarkan diri untuk sesuatu yang akan menjadi salah satu acara perdagangan terbaik pada tahun ini!

https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index?utm_source=rwyx#/foreign-email

Source: Canton Fair
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Telecommunications Trade show news Future Events