omniture

Pameran agri-teknologi pertama Singapura paparkan penyelesaian sekuriti makanan dalam edisi sulung

Constellar
2022-10-12 16:45 123

SINGAPURA, 12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Platform pameran berfokus pertama Singapura untuk penggiat-penggiat industri baru muncul dan kukuh dalam industri-industri agri-makanan wilayah ini untuk melancarkan, mempamerkan dan menguji inovasi serta penyelesaian mereka membuat kemunculan sulungnya pada bulan ini. Agri-Food Tech Expo Asia (AFTEA), sebuah acara Constellar bersama rakan kongsi antarabangsa DLG (German Agricultural Society), membuka tirai pada 26 Oktober sebagai sebuah acara mengambil bahagian yang penting daripada Minggu Agri-Makanan Antarabangsa Singapura dan akan diadakan di Dewan A dan B Sands Expo and Convention Centre.


Dengan pertanian sebagai sektor yang penting dalam ekonomi Asia Tenggara dan menyumbang kira-kira 11% daripada keluaran dalam negara kasar ASEAN dalam tahun 2020 menurut Bank Dunia, kekurangan tanah pertanian yang semakin meningkat dan halangan daripada pelbagai cabaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini seperti perubahan iklim, gangguan rantaian bekalan dan kekurangan buruh ladang yang berpunca daripada COVID-19 telah menjejaskan penghasilan pertanian secara drastik di wilayah ini.

"Terdapatnya keperluan yang semakin kritikal terhadap tindakan bersama dan kepakaran bagi mempercepatkan kadar penerimaan teknologi dan inovasi di wilayah ini. Kami berharap dapat menghubungkan komuniti teknologi agri-makanan di wilayah ini memandangkan AFTEA memainkan peranan penting dalam memangkinkan serta memudahkan pertukaran ini," kata En. Jean-François Quentin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Constellar.

Edisi sulung AFTEA mengetengahkan perkongsian ilmu pengetahuan dan penyelesaian teknologi bagi mengatasi cabaran perladangan dan bekalan makanan untuk meningkatkan kualiti, kecekapan dan keluaran proses pertanian, meningkatkan hasil tanaman serta kebergantungan diri. Delegasi-delegasi boleh menjangkakan lebih 200 pempamer dari lebih 15 negara seperti Kanada, Perancis, Jerman, Indonesia, Israel, Malaysia, Korea Selatan, Singapura dan United Kingdom. AFTEA akan turut menganjurkan beberapa pelancaran seluruh dunia dan serantau bagi penyelesaian dan inovasi agri-teknologi dalam segmen-segmen berikut:

  • Akuakultur: Makanan akuatik dan sistem penghasilan generasi seterusnya daripada Seatobag; makanan udang dan ikan berkuasa serangga oleh INSEACT; penanaman rumpai laut melalui teknologi mudah alih oleh Sea Green; penyelesaian IoT untuk akuakultur bersepadu oleh Rynan Technologies.
  • Pemprosesan dan pembungkusan makanan: Polimer PHBV terbiodegradasi oleh Bio-Circular (Biotics); sistem pemprosesan untuk ikan, daging, serangga dan protein berasaskan tumbuhan oleh Alfa Laval.
  • Keselamatan dan sekuriti makanan: Sistem pengeluaran daging lembu yang boleh dikesan sepenuhnya oleh Polkinghornes; platform diagnostik genggam berasaskan telefon pintar untuk pengesanan awal penyakit kritikal, memantau kesihatan lembu dan menyaring kualiti susu di peringkat ladang oleh Faunatech Solutions; alat ujian berbilang fungsi untuk penghasilan tanaman profesional oleh STEP Systems GmbH; penyelesaian kebolehkesanan organik dan gred-makanan oleh Natural Trace.
  • Teknologi makanan baharu: Madu bebas lebah oleh Bee-io Honey; platform bioteknologi canggih oleh Plantae Bioscience untuk mencipta tumbuhan direka bentuk khas, meningkatkan nutrien dan melaksanakan pertanian selular.
  • Kelestarian dan pengurusan sumber: Sistem pertanian pusingan dan pengautomatan IoT untuk pengurusan ladang oleh V-Plus Agritech; alat pengesan trend oleh AI Palette; sistem pengurusan pokok dan tumbuhan oleh AMG Concept; sistem rawatan air dan sanitasi lestari dan tanpa bahan kimia oleh Pure Active Water; aplikasi berasaskan Web3 oleh Sinisana Technologies untuk pengurusan sumber yang lebih baik; kurasi, pengedaran dan peruncitan wain butik daripada ladang anggur lestari oleh Code Green.
  • Perladangan bandar/pintar: Ladang-ladang mikro pintar pasang-dan-pakai oleh Mustard Seed Ventures; penyelesaian rumah hijau pintar semua-dalam-satu oleh Adas Hightex; penyelesaian nutrisi tumbuhan oleh Biophilic; penanaman kulat bernilai tinggi secara dalaman oleh Grower Agritech; penyelesaian organik berasaskan tumbuhan untuk makanan dan ternakan oleh Tamuz Technologies; kemudahan perladangan vertikal dalaman pertama yang canggih di Singapura menggunakan 100% teknologi hortikultur Belanda yang terbukti, oleh Urban Farming Partners Singapore.
  • Protein berasaskan tumbuhan dan alternatif: Makanan laut ditanam oleh Umami Meats; daging kultur-sel oleh CellMEAT, Gelatex, Meatable and Steakholder Foods; protein vegan bukan-GMO oleh Nextferm; protein susu bebas-haiwan, ditapai dengan jitu oleh Perfect Day Inc; serat berasaskan tumbuhan GI rendah, serat tinggi, prebiotik tinggi oleh Alchemy FoodTech; alternatif telur oleh Hegg Foods; tuna berasaskan tumbuhan tinggi kelembapan oleh WTH Foods; penyelesaian ramuan berasaskan tumbuhan oleh Futura Ingredients.

Memudahkan Perkongsian Ilmu Pengetahuan dan Kolaborasi Baharu

Selain daripada pameran luas di atas, para delegasi akan dapat berhubung secara langsung dengan pakar industri, pemimpin perniagaan dan rakan pihak berkepentingan industri melalui platform penglibatan bersasar untuk memperkasa mereka membuat keputusan bermaklumat yang lebih baik apabila meninjau penyelesaian dan kolaborasi. Platform-platform ini termasuk Sandbox yang disusun atur khas dan Living Lab, serta pemadanan perniagaan khusus dan program pembeli dihoskan daripada Constellar.

Sandbox akan menjadi hos kepada kolaborasi baharu yang dirasmikan. Innovate 360 – pemecut makanan modal teroka pertama Singapura dengan kemudahan – akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) masing-masing dengan Space F, ProXes dan Futura Ingredients. MOU tersebut memfokuskan kepada pertukaran rentas sempadan dan pembangunan rangka kerja Singapura bersama Jerman, Malaysia dan Thailand bagi memudahkan dan mengupayakan syarikat pemula serta perusahaan untuk berkolaborasi berhubung teknologi makanan, pasaran pilihan, pembuatan OEM serta program penyelidikan dan pembangunan lain.

Di samping itu, para delegasi akan mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pakar industri melalui perbincangan tentang inovasi akuakultur, pelabelan digital untuk penjejakan dan pemantauan makanan, pembiayaan hijau, penyetempatan protein alternatif, pembinaan ekosistem teknologi agri-makanan yang mampan, inklusif dan berdaya tahan serta pertanian bandar.

Pelbagai wakil negara, peserta pameran dan organisasi seperti Amarenco Group, BluEat, Entreprise SG, Jah Cultura, Olam Agri dan Temasek Polytechnic akan turut berkongsi kes-kes kajian tentang usaha pelaksanaan penyelesaian dan teknologi mereka serta insiatif dalam bidang-bidang dan negara-negara masing-masing. Para penceramah terdiri darpada:

  • Alex Brittain, Naib Presiden Kanan (Antarabangsa), Perfect Day
  • Arik Kaufman, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas, Steakholder Foods Ltd
  • Barbara Guerpillon, Pengarah Kanan - Transformasi, Inovasi & Usaha Korporat, Dole Sunshine Company
  • Dr Lee Chee Wee, Pengarah Pusat, Aquaculture Innovation Centre
  • Gustaf Brandberg, Rakan Kongsi Pengasas, Business Sweden: ReFood
  • Jean-Michel Pommet, Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden & Ketua Pegawai Strategi, The BLU EAT Company
  • John Pennington, Pengurus Eksekutif, Trade Windows, New Zealand
  • Juan Francisco Delgado Morales, Naib Presiden Eksekutif, European Foundation for Innovation and Technology Development, Sepanyol
  • Khoo Gek Hoon, Pengarah, Bahagian Pembangunan Industri dan Perkongsian Komuniti, Singapore Food Agency
  • Tan Chong Hui, Ketua Pegawai Eksekutif, Jah Cultura

AFTEA akan turut menganjurkan secara bersama Forum Pertanian Bandar Lestari, dianjurkan oleh Republic Polytechnic (RP), dengan kerjasama IPI Singapore dan Trendlines Agrifood Innovation Centre, untuk menjawab persoalan-persoalan penting untuk menyelaraskan keperluan terhadap sekuriti makanan melalui pertanian bandar dan untuk membincangkan cabaran seperti kos perladangan dan penggunaan tenaga yang tinggi. Para delegasi juga boleh memerhatikan pelancaran Piawaian Singapura Agri-makanan (Agri-food Singapore Standards) pertama bagi tujuan pendekatan yang holistik terhadap pengurusan ladang untuk pertanian, akuakultur dan penternakan haiwan. Dianjurkan dan dibangunkan oleh Singapore Manufacturing Federation, Piawaian Singapura ini selaras dengan piawaian ASEAN & antarabangsa, lalu membolehkan ladang-ladang tempatan menerima pakai amalan terbaik demi jaminan kualiti sekali gus melindungi persekitaran ladang.

Di Living Lab, para delegasi boleh merasai pengalaman secara peribadi penyelesaian yang inovatif dalam ekosistem pengeluaran Agri-Makanan. Ini termasuk pencetakan bio 3D produk daging dan makanan laut oleh Steakholder Foods; penyelesaian perladangan vertikal dan bandar daripada Uniseal (Plantercell) dan Grain International; serta pameran akuakultur pusingan oleh Aquaculture Innovation Centre Temasek Polytechnic.

"Matlamat DLG adalah untuk menambah pengetahuan dalam sektor makanan dan pertanian antarabangsa. Agri-Food Tech Expo Asia berkedudukan sempurna untuk mencapai tujuan ini dari Singapura - hab inovasi bandar Asia untuk penyelesaian agri-makanan lestari. Pihak berkepentingan utama dapat memaksimumkan peluang menimba ilmu mereka selama tiga hari hanya dalam satu tempat, menerusi pameran, fokus permulaan, kumpulan pemikir dan perangkaian semua dalam satu. Kami mengharapkan persekitaran acara yang memberi inspirasi dan terhadap penjanaan idea lestari yang baharu," kata En. Tobias Eichberg, Ahli Lembaga Pengarah DLG dan Pengarah Urusan DLG Exhibitions.

Daftar untuk melawat di sini. Ketahui lebih lanjut tentang Agri-Food Tech Expo Asia di sini.

About Agri-Food Tech Expo Asia

Agri-Food Tech Expo Asia (AFTEA) is Singapore's first focused exhibition platform for emerging and established industry players in the region's agri-food industries to launch, showcase and testbed their innovations and solutions. Bringing together local and global agri- and food businesses, urban and smart food producers and dealers, manufacturers, growers, solutions providers, start-ups, investors and business leaders from across the globe to activate impactful networks, explore opportunities, foster collaboration, inspire innovation and develop solutions, AFTEA aims to strengthen the resilience and sustainability of the relevant industry verticals, to build a vibrant Agri-Food hub in Asia.

AFTEA is an event of Constellar, with international partner DLG (the German Agricultural Society). It is also a key participating event of Singapore International Agri-Food Week (SIAW), helmed by Temasek Holdings. For more information on AFTEA, visit agrifoodtechexpo.com

About Constellar

Constellar connects a global eco-system of event partners and consumers through a holistic portfolio of intellectual property (IP) in the Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) industry. As Asia's partner of reference for curating innovative event and venue experiences, Constellar activates impactful networks to bring global markets, businesses and consumers together for sustainable growth. With our expertise and dedication, we are invested in helping you build trusted relationships with stakeholders for the long term and enabling cross-industry collaboration through world-class audience engagement solutions. Constellar is headquartered in Singapore. Founded in 2021, it brings together decades of experience with an intrepid team of experience specialists around the world. Visit constellar.co for more information.

About DLG - German Agricultural Society

DLG (Deutsche Landwirtschafts-Gesellschaft e.V. – German Agricultural Society), founded in 1885 by Max Eyth, is an open network and serves as a professional voice of agriculture, agribusiness and the food industry. Its goal is to promote progress by transferring and communicating knowledge, quality and technology. DLG has over 30,000 members. It is politically independent and internationally networked. As one of the leading organisations in its sector, DLG organises trade fairs and events in the fields of agriculture and food technology, conducts tests of foods and beverages, agricultural machinery and equipment, as well as farm inputs, and in a large number of expert committees develops answers to the challenges confronting agriculture, agribusiness and the food industry.

Source: Constellar
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Environmental Products & Services Food/Beverages Trade show news Future Events