SINGAPURA, 12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Vymo (www.vymo.com), platform penglibatan jualan pilihan institusi kewangan terkemuka telah dinobatkan sebagai syarikat 'Berprestasi Kukuh' dalam laporan Suku Ketiga 2022 bagi Platform Penglibatan Jualan Forrester Wave™.
Laporan yang diterbitkan oleh Forrester Research, Inc. ini menilai 13 platform penglibatan jualan terbaik berdasarkan 30 kriteria. Menurut laporan tersebut, platform penglibatan jualan dibangunkan untuk mengoptimumkan jualan dalam persekitaran hibrid. Berdasarkan penilaian mereka terhadap Vymo, laporan tersebut menyatakan bahawa, "Vymo amat sesuai untuk institusi kewangan yang mempunyai pasukan jualan yang besar dan inginkan ketelusan untuk merakam interaksi dan menghasilkan dorongan bagi menyokong usaha pengutamaan berterusan, tanpa mengira lokasi."
Laporan ini turut menjelaskan, "Pelan hala tuju inovasinya [Vymo] juga mantap dari segi maklum balas dan penggunaan pelanggan. Maklumat ini menyokong pembangunan perspektif Vymo yang unik untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi pelanggan."
Dapatkan akses percuma kepada penyelidikan penuh ini: https://www.vymo.com/forrester-wave-sales-engagement-2022/
"Kami teruja kerana dinobatkan sebagai sebuah syarikat Berprestasi Kukuh dalam laporan Forrester Wave," kata Yamini Bhat, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Vymo. "Kami percaya pengiktirafan ini akan mengesahkan lagi pemikiran terhadap produk kami yang sentiasa didorong oleh pengguna akhir. Organisasi-organisasi kini mengharapkan lebih banyak hasil daripada rangkaian teknologi jualan mereka dan kami gembira apabila dapat merintis perubahan ini bersama-sama dengan beberapa buah institusi kewangan terbesar di Asia, AS dan Jepun."
Vymo merakam interaksi pelanggan di seluruh saluran secara automatik untuk memaklumkan kepada penjual tentang tindakan terbaik seterusnya yang sejajar dengan keperluan bakal pelanggan mereka. Ujaran dan cadangan pintar Vymo mempunyai tahap pematuhan yang tinggi dan telah terbukti berjaya mempengaruhi tingkah laku pada skala besar. Dengan Penggunaan Aktif Harian (DAU) melebihi 75% yang meliputi 300,000 pengguna di lebih 8 buah negara dengan kadar penggunaan pada kos 60 minit sehari, tahap penglibatan Vymo adalah lebih kuat berbanding Slack atau Instagram. Vymo bekerjasama dengan
Vymo juga dimasukkan dalam Laporan Suku Tahun ke-2 2022 bagi Penyelesaian Penglibatan Jualan Forrester Now Tech pada awal tahun ini.
Untuk maklumat lanjut, sila baca Forrester Wave™: Laporan Suku Ketiga tahun 2022 bagi Platform Penglibatan Jualan.
Tentang Vymo
Vymo (www.vymo.com) ialah Platform Penglibatan Jualan yang menjadi pilihan institusi kewangan terkemuka di seluruh dunia dan dipercayai oleh lebih 300,000 orang jurujual merentasi lebih 65 buah perusahaan global seperti Berkshire, Hathaway, AIA, FE Credit, Generali, AXA, Sunlife dan HDFC Bank. Platform tersebut menawarkan penyelesaian untuk kakitangan barisan hadapan, pengurus jualan dan pemimpin perniagaan melalui mobiliti, pemahaman dan buku tindakan industri.
Vymo dibiayai oleh Bertelsmann India Investments, Emergence Capital dan Sequoia Capital.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vymo.com
Sumber
Ketahui lebih lanjut tentang Penglibatan Jualan - https://vymo.com/blog/surfing-the-sales-engagement-wave
Lihat Vymo beraksi- https://youtu.be/9saePnvir4M
Berbincang dengan pakar - https://www.vymo.com/request-a-demo
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1918098/Vymo_Forrester_Wave.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1026997/Vymo_Logo.jpg?p=medium600