omniture

CSafe dan BioLife Solutions, Inc. mengumumkan kerjasama untuk memperluas penyelesaian rantaian bekalan dalam pasaran terapi sel dan gen

CSafe
2022-10-12 20:26

CSafe menyertai rangkaian rakan penyedia penyelesaian rantaian sejuk global BioLife menggunakan platform pengurusan rantaian sejuk, evo® 

MONROE, Ohio dan BOTHELL, Washington, 12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- CSafe, salah satu penyedia penyelesaian penghantaran kawalan suhu aktif dan pasif terbesar untuk industri farmaseutikal, dan BioLife Solutions, Inc. (NASDAQ: BLFS), pembekal terkemuka untuk peralatan dan perkhidmatan biopengeluaran penentu kelas bagi terapi sel dan gen ("CGT") serta seluruh pasaran biofarmaseutikal, hari ini mengumumkan kerjasama baharu untuk menyediakan rangkaian perkhidmatan global gabungan bagi menyokong produk CGT dengan menumpukan kepercayaan, keselamatan serta kualiti yang dipertingkat.

BioLife Solutions evo DV10 Smart Shippers will now be available through CSafe for Cell & Gene Therapy shipments.
BioLife Solutions evo DV10 Smart Shippers will now be available through CSafe for Cell & Gene Therapy shipments.

CSafe menyertai rangkaian rakan penyedia penyelesaian rantaian sejuk beku global BioLife bagi memenuhi permintaan pasaran CGT. BioLife dijangka menyokong penghantaran 10,000-12,000 bahan permulaan CGT evo dan dos yang telah siap dikilangkan untuk 12 bulan akan datang. Kerjasama baharu ini akan menyediakan pilihan rantaian bekalan yang lebih luas untuk mana-mana produk CGT, pada mana-mana peringkat pembangunan, daripada ujian klinikal fasa permulaan hingga mencapai skala komersial di peringkat global.

CSafe akan menambah lebih banyak jangkauan globalnya yang amat diyakini ke sektor CGT melalui pakatan baharu ini. Beroperasi daripada lebih 50 buah pusat perkhidmatan di seluruh dunia, syarikat ini merupakan rakan kongsi yang terbukti dan dipercayai untuk pengeluar biofarmaseutikal yang ingin menangani kerumitan rantaian bekalan, dengan rekod prestasi yang merangkumi penyelesaian penghantaran enam bilion dos vaksin COVID-19.

"CSafe berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasukan BioLife Solutions yang mempunyai peralatan dan perkhidmatan CGT biopengeluaran yang tiada tandingan di pasaran. Kami teruja untuk menggabungkan peralatan dan perkhidmatan yang luar biasa ini dengan kepakaran penghantaran kami yang berskala, boleh dipercayai dan bersifat global," kata Ketua Pegawai Eksekutif CSafe, Patrick Schafer. "CGT sedang berada di kemuncak kejayaan dan memerlukan sokongan di seluruh dunia. Kami tahu betapa pentingnya terapi-terapi ini kepada para pesakit di mana-mana jua mereka berada dan misi kami di CSafe adalah untuk melindungi setiap penghantaran yang dilakukan."

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan rakan kongsi global yang dipercayai dengan rekod prestasi yang kukuh serta amat berdedikasi terhadap terapi inovatif," kata Ketua Pegawai Eksekutif BioLife Solutions, Mike Rice. "Kami mempunyai kemudahan teknologi LN2 dan penyimpanan cGMP terbaik di pasaran, selain penyelesaian CGT bertaraf dunia yang lain dan kami yakin bahawa kerjasama kami dengan CSafe ini akan memperluas jangkauan kami serta menghasilkan perkhidmatan masa nyata dan boleh dipercayai dalam kalangan rakan CGT."

Hubungan Media:
April Lynch
+1 937-245-6479
alynch@csafeglobal.com
Untuk BioLife Solutions:

Di Syarikat
Troy Wichterman
Ketua Pegawai Kewangan
(425) 402-1400
twichterman@biolifesolutions.com

Pelabur
Perhubungan Pelabur LHA
Jody Cain
(310) 691-7100
jcain@lhai.com

Tentang CSafe

CSafe menawarkan rangkaian penyelesaian penghantaran kawalan terma yang paling komprehensif untuk keperluan penghantaran rantaian sejuk beku farmaseutikal ke seluruh dunia. Dengan tumpuan untuk "mengutamakan pesakit" serta kepakaran dan komitmen industri yang tinggi terhadap inovasi, CSafe terus menghasilkan produk yang terkemuka dalam industri untuk segmen aktif dan pasif. CSafe ialah satu-satunya pembekal yang mempunyai portfolio serba lengkap termasuk kargo udara pukal, bungkusan, sel dan gen aktif dan pasif serta kes penggunaan untuk destinasi terakhir khas dengan keupayaan untuk memenuhi rangkaian lengkap dalam peraturan penghantaran rantaian sejuk farmaseutikal serta kepercayaan dan kualiti yang terkemuka dalam industri. Sebarang saiz, tempoh dan suhu – CSafe adalah Penyedia Utama Rantaian Sejuk Anda. csafeglobal.com

Tentang BioLife Solutions

BioLife Solutions ialah pembekal terkemuka untuk peralatan dan perkhidmatan biopengeluaran penentu kelas bagi terapi sel dan gen serta seluruh pasaran biofarmaseutikal. Portfolio peralatan kami merangkumi CryoStor® dan HypoThermosol® medium biopengawetan untuk penghantaran dan simpanan proprietari kami, ThawSTAR®, kumpulan produk pencairan automatik tanpa air, evo® sistem pengurusan rantaian sejuk, peti sejuk simpanan kriogenik berkapasiti tinggi, Stirling Ultracold iaitu sejenis peti sejuk mekanikal, SciSafe perkhidmatan penyimpanan biologik SciSafe dan alat pemprosesan sel Sexton Biotechnologies.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.biolifesolutions.com, www.scisafe.com, www.stirlingultracold.com atau www.sextonbio.com dan ikuti BioLife di Twitter.

Amaran Tentang Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan

Pernyataan yang disiarkan dalam siaran akhbar ini yang bukan satu fakta sejarah merupakan "pernyataan berpandangan ke hadapan" yang mungkin melibatkan ketidakpastian serta risiko material. Syarikat ini ingin menasihatkan para pembaca supaya tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan berpandangan ke hadapan tersebut. Semua pernyataan tersebut hanya benar pada tarikh ia dibuat.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1917780/BioLife_Solutions_DV10.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1917781/CSafe_Logomark_RGB_Logo.jpg?p=medium600

Source: CSafe
Related Stocks:
NASDAQ:BLFS
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Transportation Licensing/marketing agreements