omniture

PNY Lancar CS1031 M.2 2280 NVMe Gen3x4 SSD untuk Storan dan Prestasi Dioptimum

PNY Technologies Asia Pacific Limited
2022-10-12 21:11 79

HSINCHU, 12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Peneraju teknologi global PNY Technologies berbesar hati mengumumkan pelancaran CS1031 M.2 2280 NVMe Gen3x4 SSD inovatif dan berprestasi tinggi yang baharu. Produk ini merupakan pilihan yang sempurna untuk penaiktarafan NVMe daripada pemacu keadaan-pepejal (SSD) berasaskan SATA untuk pelbagai peranti didayakan NVMe. 

PNY CS1031 M.2 NVMe Gen 3x4 SSD installed in a system.
PNY CS1031 M.2 NVMe Gen 3x4 SSD installed in a system.

Amat boleh disesuaikan dan penyelesaian storan serba guna

Produk baharu ini menawarkan kepada pengguna dengan pelbagai kualiti terunggul bagi mengoptimumkan prestasi peranti mereka, meningkatkan keandalan dan memanjangkan hayat produk. Sebagai permulaan, ia mendorong antara muka PCIe Gen 3x4 NVMe 1.3 storan dalaman termaju untuk menggantikan SATA, lalu membolehkan lebih banyak lebar jalur hasil daripada berbilang laluan dan mekanisme pengisyaratan yang lebih cekap. Walaupun pada awalnya SATA dibuat untuk penggunaan HDD dan hanya disesuaikan untuk penggunaan NVMe, NVMe direka bentuk dengan tepat untuk SSD, membawa kepada prestasi yang lebih memuaskan berbanding produk setara SSD SATA. Di samping itu, dengan berbilang faktor bentuk, produk ini amat boleh disesuaikan dan boleh digunakan dengan pelbagai platform storan.

Dioptimumkan untuk prestasi lebih baik

Lebih-lebih lagi, bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin mendesak dan selektif, aplikasi tipikal pada masa kini, seperti permainan komputer, video dan muzik, didatangkan dengan resolusi lebih tinggi, menggunakan ruang storan yang lebih banyak. Dengan keupayaan penggerak ketumpatannya, CS1031 M.2 2280 NVMe Gen3x4 SSD mengoptimumkan penggunaan ruang untuk prestasi keseluruhan yang lebih baik. Di samping itu, ia juga merupakan penyelesaian yang paling berkesan kos untuk PCIe SSD aras permulaan dengan pelbagai pilihan ketumpatan bagi memenuhi kehendak pengguna-pengguna yang berbeza. Walau bagaimanapun, 1TB/ 2TB disyorkan.

Direka bentuk agar tahan lama, CS1031 M.2 2280 NVMe Gen3x4 SSD bersiap sedia untuk meningkatkan pengalaman pengguna, mempercepatkan masa muatan dan kelajuan pemindahan sehingga 2,400 MB/s membaca dan 1,750 MB/s menulis. Produk ini mempunyai kapasiti yang lebih tinggi dan kecekapan yang lebih baik tanpa keperlahanan yang tidak perlu. Ia juga memaksimumkan kecekapan tenaga, menggunakan sedikit kuasa dan lebih tenang, lebih senyap dan andal berbanding storan berasaskan SATA tradisional.

Sorotan CS1031 M.2 2280 NVMe Gen3x4 SSD baharu:

  • Bacaan berurutan sehingga 2,400 MB/s
  • Tulisan berurutan sehingga 1,750 MB/s
  • But lebih pantas dan pelancaran aplikasi yang lebih cepat
  • Prestasi sistem keseluruhan yang lebih baik
  • Storan andal dan boleh didapati dalam 256GB, 500GB, 1TB & 2TB
  • Penggunaan kuasa yang rendah, operasi yang tenang dan senyap

Ketersediaan Produk

CS1031 M.2 2280 NVMe Gen3x4 SSD boleh didapati melalui banyak outlet dengan jaminan 5-tahun untuk memberi ketenangan minda kepada pengguna. Pembeli-pembeli yang berminat boleh menyemak maklumat yang lebih lanjut di https://www.pny.com.tw/en/products-detail/CS1031-M2-SSD-NVMe-Gen-3/.

Latar Belakang PNY

Ditubuhkan pada tahun 1985, PNY mengkhusus dalam mengeluarkan pelbagai portfolio komponen elektronik termasuk Pemacu Kilat USB, SSD, Kad Grafik, dsb, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan individu dan perniagaan di lebih 500 negara. Menggunakan bahan-bahan dan teknologi mesra alam, PNY bermatlamat untuk mengurangkan jejak alam sekitarnya dan dalam masa yang sama menyampaikan produk berkualiti tinggi yang canggih ke seluruh dunia untuk pelanggan dan rakan kongsi.

 

 

 

Source: PNY Technologies Asia Pacific Limited
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services