omniture

Xinhua Silk Road: Quanzhou bakal bina sektor pembuatan lebih mantap dengan inovasi sains-teknologi

Xinhua Silk Road
2022-10-12 21:32 126

BEIJING, 12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Bandar Quanzhou, Wilayah Fujian, timur China, telah meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap inovasi sains dan teknologi sebagai daya penggerak pembangunan untuk membangun menjadi hab pembuatan yang terkemuka dengan kapasiti yang lebih mantap.

Foto menunjukkan tapak pengeluaran dan penyimpanan pintar Fujian Hengan Group.
Foto menunjukkan tapak pengeluaran dan penyimpanan pintar Fujian Hengan Group.

Quanzhou komited terhadap pembangunan ekonomi sebenar. Ia telah mewujudkan sembilan kluster perindustrian yang bernilai 100 bilion yuan masing-masing melibatkan tekstil dan pakaian, kasut, makanan, bahan binaan dan sebagainya.

Dalam tahun 2021, KDNK bandar tersebut mencecah 1.13 trilion yuan dengan jumlah nilai keluaran industri melonjak kepada lebih 2 trilion yuan dan nilai tambahan industri tersenarai antara sepuluh teratas di China. Quanzhou juga merupakan antara kelompok pertama yang disenaraikan sebagai bandar demonstrasi negara bagi ekonomi persendirian dan inovasi.

Kerajaan perbandaran Quanzhou telah berusaha sejak sepuluh tahun yang lalu untuk mempromosikan inovasi sains-teknologi dan menggubal 19 dasar untuk transformasi dan penaiktarafan perindustrian serta pengoptimuman rantaian bekalan. Di bandar Jinjiang, Quanzhou, perusahaan-perusahaan digalakkan untuk meningkatkan inovasi sains-teknologi dan transformasi perindustrian dalam tempoh dua tahun akan datang dengan dana sokongan insentif sebanyak 3 bilion yuan.

Di samping itu, Quanzhou turut membangunkan sekelompok platform teknologi bersama universiti, perusahaan dan institusi akademik untuk membantu hampir 2,000 perusahaan menyelesaikan masalah teknikal. Platform-platform ini meliputi sektor-sektor seperti peralatan pintar, maklumat, tekstil dan bahan binaan.

Di bawah sokongan daripada pelbagai dasar inovasi sains-teknologi, kapasiti keluaran industri bandar berkenaan melonjak secara mendadak. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, jumlah keluaran industri Quanzhou melonjak daripada 950 bilion yuan pada tahun 2012 kepada 2.4 trilion yuan pada tahun 2021 manakala jumlah perusahaan perindustrian yang bernilai 100 juta yuan meningkat daripada 1,704 pada tahun 2012 kepada 3,091 pada tahun 2021.

Ketika ini, industri teknologi tinggi menjadi enjin baharu untuk pembangunan berkualiti tinggi Quanzhou. Menjelang akhir tahun 2021, sejumlah 1,630 perusahaan berteknologi tinggi telah bertapak di bandar berkenaan. Dalam separuh pertama tahun ini, nilai tambahan bagi industri teknologi tinggi melebihi saiz yang ditetapkan meningkat sebanyak 13.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/330486.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Publishing/Information Service