omniture

Kevin Stevenson dari PRA Group Menyampaikan Ucaptama kepada Virginia Chamber Tentang Pelaburan dalam Pendidikan

PRA Group
2022-10-13 00:18

NORFOLK, Virginia, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini Kevin Stevenson, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PRA Group, Inc. (Nasdaq: PRAA), telah menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Pendidikan dan Tenaga Kerja Virginia Tahun 2022 Virginia Chamber of Commerce di Richmond, Virginia, bagi pihak para pemimpin perniagaan Virginia.

Persidangan ini yang telah dihadiri oleh lebih 400 orang pemimpin dalam pendidikan, perniagaan, kerajaan dan komuniti yang memberi tumpuan kepada kejayaan penempatan tenaga kerja di Virginia.

Dengan ibu pejabat globalnya di Norfolk, Virginia, PRA Group merupakan sebuah syarikat dagangan awam yang telah berkembang menjadi salah sebuah syarikat pengambilalihan terbesar bagi pinjaman tidak berbayar di dunia. Selama lebih 25 tahun, ibu pejabat syarikat tersebut kekal di Virginia, di mana antara 18 lokasi di Eropah, Amerika dan Australia, lokasi tersebut mempunyai tenaga kerjanya yang terbesar.

Pengasas bersama PRA Group, Stevenson telah membuat pelaburan jangka panjang dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Virginia. Ucapan beliau memberi tumpuan kepada peranan pendidikan penting yang dimainkan dalam memperkukuh dan menghasilkan perancangan bakat yang lestari dan berdaya maju dalam kalangan negara-negara Komanwel. Stevenson menyeru sektor swasta untuk bertindak, menggalakkan para pemimpin perniagaan melabur dalam tiga bidang utama:

  • Laluan ke kerjaya yang mendapat permintaan tinggi melalui pembelajaran dan latihan berasaskan kerja,
  • Perkongsian seimbang yang mewujudkan ekonomi untuk semua berdasarkan akses yang saksama, 
  • Dan kerjasama strategik dengan pusat-pusat pendidikan tinggi untuk mewujudkan laluan kerjaya. 

"Hakikatnya ialah, apabila syarikat-syarikat Virginia menyumbang kepada pendidikan, kami akan dapat memastikan pertumbuhan dan kesinambungan perniagaan kami. Pelaburan kami dalam pendidikan yang bukan berasaskan keuntungan komited untuk mengakses dan menjana peluang pembelajaran berasaskan kerja merupakan pelaburan dalam pertumbuhan ekonomi Virginia. Mari kita manfaatkan sumber yang ada di Virginia untuk membina tenaga kerja terbaik di negara ini!" Kata Stevenson dalam ucaptama beliau.

Stevenson telah menerajui PRA Group dalam falsafah ini sejak syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 1996. Di Virginia sahaja, syarikat global ini menyokong organisasi seperti ACCESS College Foundation, An Achievable Dream dan Junior Achievement of Greater Hampton Roads selain menaja peluang pembelajaran dalam bidang STEM seperti pameran Pendebungaan Luar Biasa Virginia Living Museum dan Kem Sains Data Musim Panas Old Dominion University(ODU). PRA Group juga membiayai Strome College of Business ODU dan merupakan ahli 757 Regional Internship Collaborative dan inisiatif RVA 757 Connects .

PRA Group juga menganjurkan program latihan musim panas berbayar untuk mempromosikan pembelajaran berasaskan kerja dan baru-baru ini melancarkan program perantisan IT untuk para pekerja meneroka laluan kepada kerjaya yang mendapat permintaan tinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang komitmen PRA Group untuk memberi impak di Virginia dan di seluruh dunia, sila layari: https://www.pragroup.com/news-and-stories/.

Tentang PRA Group
Sebagai peneraju global dalam memperoleh dan mengutip pinjaman tidak berbayar, PRA Group memulangkan modal kepada bank dan pemiutang lain untuk membantu mengembangkan perkhidmatan kewangan kepada para pengguna. Dengan beribu-ribu pekerja di seluruh dunia, syarikat-syarikat PRA Group bekerjasama dengan para pelanggan untuk membantu mereka menyelesaikan hutang mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pragroup.com.

Hubungan Media Berita:
Elizabeth Kersey
Naib Presiden Kanan Komunikasi dan Dasar Awam
(757) 961-3525
Elizabeth.Kersey@PRAGroup.com

Hubungan Pelabur: 
Najim Mostamand, CFA
Naib Presiden Perhubungan Pelabur
(757) 431-7913
IR@PRAGroup.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/819349/PRA_Logo.jpg?p=medium600

Source: PRA Group
Related Stocks:
NASDAQ:PRAA
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Higher Education