omniture

Sonata Software menandatangani kerjasama dan projek CRM transformasi perniagaan dengan eir evo yang berpangkalan di Ireland

Sonata Software
2022-10-13 17:44

Sonata menyokong pertumbuhan perniagaan eir evo melalui penyeragaman platform CRM dengan berpindah daripada Salesforce ke Microsoft Dynamics 

BANGALORE, India, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Sonata Software, sebuah syarikat penyelesaian teknologi dan perkhidmatan IT global, mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian dengan eir evo, Penyedia Penyelesaian Telekomunikasi dan ICT terkemuka dari Ireland untuk menyokong penyeragaman platform CRM mereka dengan memindahkannya daripada Salesforce ke Microsoft Dynamics.

Selain daripada perjanjian di atas, Sonata Software dan eir evo juga merancang untuk melaksanakan strategi jangka panjang bagi meningkatkan penggunaan Microsoft Dynamics di pasaran Ireland dengan bersama-sama mencipta model penglibatan untuk pendekatan yang kohesif.  

Pada bulan Mac 2021, eir Business dan Evros Technology Group mengumumkan penggabungan kedua-dua buah syarikat yang telah selesai, membolehkan organisasi tersebut – dengan nama baharunya eir evo – untuk menawarkan portfolio perkhidmatan yang tiada tandingan dalam bidang keselamatan siber, awan, rangkaian, pembangunan aplikasi, sokongan terurus sepanjang tahun dan banyak lagi ke seluruh Ireland. Sejak itu, syarikat tersebut telah berusaha menyeragamkan platform kedua-dua entiti untuk mencapai kaedah bekerja yang bersepadu dan dioptimumkan sepenuhnya.

Proses pemindahan platform Sonata Software yang unik ini akan memperkasakan kecekapan operasi eir evo secara menyeluruh, seterusnya menyokong usaha mereka untuk mencapai objektif perniagaan. Pemindahan ini akan turut melancarkan kerjasama pada pelbagai fungsi perniagaan mereka sambil memberikan kebolehlihatan di seluruh sistem IT. Pengoptimuman dalaman ini juga akan menyokong produktiviti dan kecekapan yang berpusatkan pelanggan.

Pengalaman Sonata dengan Platform Microsoft Dynamics memberikan kepakaran perkhidmatan hujung ke hujung kepada para pelanggan agar mereka dapat menjadikan CRM sedia masa depan, sekali gus memperoleh tahap kebolehlihatan dan pemahaman yang tepat untuk meningkatkan pengalaman perkhidmatan pelanggan mereka.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan Sonata untuk mengoptimumkan landskap IT kami yang seterusnya membantu kami menyampaikan penyelesaian dan kerjasama yang Dinamik di pasaran Ireland, mempercepat perjalanan kami ke arah pengalaman pengguna yang hebat yang disampaikan dengan ketangkasan dan operasi yang cemerlang yang semuanya disokong oleh kepakaran dan keutamaan inovasi eir evo," kata Joe Brady, Ketua Pegawai Maklumat eir evo.

"Di Sonata, kami percaya kepada penyelesaian yang disediakan untuk membantu pelanggan kami mencapai matlamat mereka dengan berkesan dan cekap. Kerjasama kami dengan eir evo akan membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan pelanggan yang unggul melalui kerjasama yang diperkemas di seluruh kumpulan dengan pengalaman digital yang dipertingkat serta keupayaan operasi yang dioptimumkan. Nilai-nilai yang kami kongsi ini akan membantu eir evo menyediakan rangkaian penyelesaian inovatif mereka yang tersendiri kepada para pelanggan," kata Roshan Shetty, Ketua Pegawai Hasil Sonata Software.

Tentang Sonata Software 

Untuk maklumat lanjut pihak akhbar sahaja:
Nandita Venkatesh,
Sonata Software Limited
CIN- L72200MH1994PLC082110
A.P.S. Trust Building,
Bull Temple Road, N.R. Colony
Bangalore 560004, India
Tel:+91806778199
Nandita.v@sonata-software.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/689012/Sonata_Software_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Sonata Software
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts Data Analytics