PARIS, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dua belas buah syarikat ahli Pakatan Bertindak Sisa Plastik Forum Barangan Pengguna (CGF), hari ini telah menyiarkan sepucuk surat yang ditujukan kepada para pembekal, pengawal selia dan pelabur dengan menyatakan permintaan mereka untuk mendapatkan bahan kitar semula secara kimia yang dihasilkan selaras dengan matlamat perlindungan alam sekitar mereka. Satu tinjauan meluas yang dijalankan dengan syarikat-syarikat ahli pakatan menunjukkan permintaan sebanyak 800,000 tan setiap tahun terhadap bahan kitar semula secara kimia menjelang tahun 2030, selain daripada keperluan mereka terhadap bahan kitar semula secara mekanikal.
Pada bulan April 2022, ahli Pakatan ini telah menerbitkan Kertas Kerja Visi dan Prinsip yang bertajuk "Kitar Semula Kimia Plastik dalam Ekonomi Kitaran" yang menggalakkan pembangunan teknologi kitar semula plastik baharu yang memenuhi enam prinsip utama terhadap pembangunan berwibawa, selamat dan mesra alam. Pada masa yang sama, ahli-ahli Pakatan telah menerbitkan kajian Penilaian Kitaran Hayat (LCA) bebas yang menunjukkan bahawa pelepasan gas pada peringkat sistem adalah kira-kira 40% lebih rendah di lokasi geografi tertentu dan dalam keadaan tertentu sekiranya kitar semula kimia pada skala besar tersedia untuk memproses plastik yang sukar dikitar semula, berbanding menghantar plastik ini ke tempat pembakaran yang menukarkan sisa kepada bentuk tenaga. Pakatan ini menyedari bahawa walaupun teknologi kitar semula kimia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan namun ia akan menjadi suatu teknologi penting yang dapat memenuhi tujuan penting bagi kitar semula sisa plastik yang tidak dapat dielakkan yang sememangnya tidak boleh dikitar semula secara mekanikal.
Pakatan ini telah menjalankan satu kaji selidik terhadap syarikat-syarikat ahli yang mendedahkan bahawa terdapat permintaan terhadap sekurang-kurangnya 800,000 tan bahan kitar semula secara kimia setiap tahun menjelang tahun 2030. Dengan menyatakan minat mereka untuk mendapatkan bahan-bahan ini, syarikat-syarikat tersebut memberi isyarat yang kuat kepada para pengawal selia dan pelabur tentang keperluan untuk meningkatkan infrastruktur kitar semula kimia plastik sambil memenuhi matlamat perlindungan alam sekitar yang digariskan dalam Kertas Kerja Visi dan Prinsip Pakatan ini. Permintaan terhadap bahan kitar semula secara kimia tidak dapat mengurangkan keperluan untuk meneruskan dan meningkatkan infrastruktur kitar semula mekanikal. Ia memberi tumpuan terutamanya terhadap permintaan yang tidak dapat dipenuhi pada skala yang besar oleh bahan kitar semula secara mekanikal yang ada pada hari ini (contohnya, penggunaan pembungkusan fleksibel yang menyentuh makanan).
Ahli Pakatan yang menandatangani surat ini termasuk: Amcor, Barilla, Colgate Palmolive, Danone, Ferrero, Haleon, Henkel, Mars, Incorporated, McCain Foods, Mondelēz International, PepsiCo dan Unilever.
Tentang Pakatan Bertindak Sisa Plastik Forum Barangan Pengguna
Pakatan Bertindak Sisa Plastik Forum Barangan Pengguna ("CGF") telah ditubuhkan pada tahun 2020 dengan matlamat untuk membangunkan pendekatan kitaran yang lebih baik terhadap pembangunan dan pemprosesan pembungkusan plastik dalam industri barangan pengguna. Pakatan ini ditubuhkan susulan sokongan CGF terhadap Ekonomi Plastik Baharu daripada Ellen MacArthur Foundation pada tahun 2018. Sebagai sebuah kumpulan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif yang terdiri daripada 42 peruncit dan pengeluar yang komited dan inovatif, visi Pakatan ini untuk mempercepat kemajuan ke arah Ekonomi Plastik Baharu dijelmakan oleh matlamat utamanya supaya ahli-ahlinya berusaha ke arah melaksanakan langkah-langkah yang memberi kesan melalui kerjasama pelbagai pihak berkepentingan yang akan membantu menjadikan kitaran sebagai norma dalam industri. Untuk maklumat lanjut tentang usaha CGF mengurangkan sisa plastik, sila layari www.tcgfplasticwaste.com.
Hubungan
Ignacio Gavilan
Pengarah Kelestarian Alam Sekitar
environmental@theconsumergoodsforum.com
Louise Chester
Pengurus Komunikasi
l.chester@theconsumergoodsforum.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1279200/The_Consumer_Goods_Forum_Logo.jpg?p=medium600