omniture

Pusat Pensijilan dan Privasi Eropah: Europrivacy - Mohor Perlindungan Data GDPR Eropah yang telah Diluluskan oleh EU, Menandakan suatu Era baharu dalam Pematuhan Privasi dan Perlindungan Data

European Centre for Certification and Privacy
2022-10-13 19:34

LUXEMBOURG, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Lembaga Perlindungan Data Eropah (EDPB) meluluskan Europrivacy sebagai Mohor Perlindungan Data Eropah untuk pensijilan di bawah artikel 42 (5) GDPR (Peraturan Umum Perlindungan Data). Europrivacy membolehkan syarikat menilai dan mengesahkan pematuhan pemprosesan data mereka secara rasmi. Sijil Europrivacy akan diiktiraf secara rasmi di semua Negara Anggota E.U. dan akan diambil kira oleh pihak berkuasa yang menyelia perlindungan data sekiranya berlaku litigasi.

Europrivacy ialah suatu skim pensijilan dan metodologi yang inovatif yang dibangunkan melalui program penyelidikan Eropah untuk mempermudah, meningkatkan dan mengesahkan pematuhan terhadap peraturan privasi. Ia merangkumi syarat-syarat GDPR dan boleh diperluaskan kepada undang-undang privasi bukan EU yang lain. Europrivacy diselia dan dikemas kini secara berterusan oleh Lembaga Pakar Antarabangsa untuk menangani perubahan kawal selia. Ia tersedia secara percuma kepada penyedia perkhidmatan terpilih dan telah disokong oleh ekosistem firma undang-undang, syarikat perundingan, penyedia penyelesaian dan badan pensijilan yang berkelayakan, termasuk pemimpin dunia dalam setiap kategori (ketahui lebih lanjut di https://europrivacy.com).

Europrivacy akan dimulakan dengan penggunaannya di wilayah Kesatuan Eropah dan akan diperluas secara progresif ke negara-negara lain.

Mengurangkan Risiko Semua Pihak

Pensijilan Europrivacy membolehkan semua pihak berkepentingan mengenal pasti dan memilih syarikat yang mengguna pakai perlindungan data peribadi secara berkesan. Ia membolehkan syarikat mengenal pasti jurang yang berpotensi dengan peraturan yang tersedia serta mengurangkan risiko undang-undang, kewangan dan reputasi mereka. Mereka boleh menggunakannya untuk memantau dan mendokumenkan pematuhan mereka serta menilai pematuhan pihak ketiga sebelum memindahkan data.

Menilai Pematuhan Perlindungan Data 

Pematuhan biasanya dianggap sebagai suatu beban yang menelan belanja oleh syarikat. Dengan Europrivacy, mereka boleh menilai dan menyampaikan pematuhan GDPR mereka. Ia menukar pematuhan menjadi satu aset, sumber kepercayaan dan kelebihan daya saing.

Menjadikan Pematuhan GDPR Lebih Berkesan, Cekap dan Menyenangkan 

Misi Europrivacy adalah untuk menjadikan pematuhan perlindungan data lebih berkesan, cekap dan menyenangkan. DPO (Pegawai Perlindungan Data) dan juruaudit boleh mendapatkan kelayakan di akademi dalam talian Europrivacy. Mereka boleh mendapat manfaat daripada pelbagai alatan dan sumber dalam talian, termasuk komuniti dalam talian untuk bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dengan pakar-pakar lain.

Skim Pensijilan yang Inovatif 

Europrivacy telah dikaji dan dibangunkan melalui program penyelidikan Eropah. Ia membawakan satu rangkaian inovasi yang menyeluruh untuk menyokong pematuhan dan pensijilan GDPR: 

  • Suatu skim pensijilan hibrid yang terpakai untuk semua jenis aktiviti pemprosesan data, di samping menangani kewajipan dan risiko khusus domain dan teknologi untuk subjek data. 
  • Dapat diguna pakai untuk teknologi baharu muncul seperti Kecerdasan Buatan, Internet Benda dan Blok Rantai. 
  • Boleh diperluaskan kepada peraturan kewajipan negara pelengkap, termasuk peraturan bukan EU. 
  • Satu pendaftaran sijil berasaskan lejar untuk mengesahkan sijil dan mencegah pemalsuan. 
  • Format kriteria inovatif yang boleh dibaca oleh manusia dan mesin. 

Testimonial 

Dr. Sébastien Ziegler, Presiden Lembaga Pakar Antarabangsa Europrivacy: "Matlamat Europrivacy adalah untuk membina kepercayaan dan keyakinan dalam perlindungan data serta menjadikan pematuhan perlindungan data sebagai sesuatu yang mudah untuk dilakukan." 

David Mudd, Ketua Jaminan Kepercayaan Digital Global BSI: "Dengan kehidupan sosial dan alam pekerjaan yang kita jalani secara digital kian berkembang pesat di peringkat global merentasi seluruh masyarakat, maka privasi data adalah sesuatu yang sangat penting pada hari ini. Usaha yang telah dilakukan oleh Europrivacy dalam membentuk suatu skim pensijilan yang fleksibel namun teguh untuk Privasi Data merupakan satu pencapaian penting dalam membina kepercayaan pengguna." 

Luca Bolognini, Presiden Institut Privasi Itali, Rom, Itali: "Europrivacy telah menyatukan beberapa pakar dari Eropah yang paling berpengalaman dalam perlindungan data, keselamatan siber dan pensijilan untuk menghasilkan suatu skim pensijilan yang cekap dan komprehensif yang merangkumi kewajipan yang kompleks sepenuhnya."

Pautan Bermanfaat 

Source: European Centre for Certification and Privacy
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services