omniture

YuppTV Lancar "Janya" Tayangan Awan, Suatu Penyelesaian Terbaharu Dalam Industri TV

YuppTV
2022-10-13 22:04 2

HYDERABAD, India, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- YuppTv, penyedia kandungan Asia Selatan yang terkemuka, mengumumkan pelancaran Janya, suatu penyelesaian tayangan berasaskan awan. Janya merupakan penyelesaian baharu yang menyediakan infrastruktur siaran TV secara langsung dan tayangan atas permintaan berasaskan awan.

Penyelesaian tayangan Awan Janya membolehkan mana-mana penyiar seperti Saluran Berita, Hiburan atau Sukan berpeluang untuk menyediakan saluran dengan segera pada platform berasaskan awan yang membolehkan akses kepada khalayak yang lebih besar tanpa pelaburan yang memerlukan modal pendahuluan, sumber dan operasi yang terhad. Dengan evolusi dan pertumbuhan OTT, penyelesaian tayangan awan Janya membolehkan para penyiar menjadi serasi dengan platform OTT dan melakukan pengewangan melalui pengiklanan dengan pelaksanaan penanda SCTE-35.

Pasaran semasa kandungan video atas permintaan dan Siaran Langsung TV didorong oleh kandungan tempatan yang dipilih susun mengikut penggunaan orang ramai. Janya memenuhi keperluan tempatan untuk mencipta pelbagai saluran dengan persediaan yang berkos rendah tetapi cekap. Dengan memanfaatkan penyediaan Pelbagai Saluran dan Keupayaan Pengewangan Iklan Janya, para penyiar akan dapat melancarkan saluran pada rangkaian FAST (Televisyen Disokong Bebas Iklan) melalui infrastruktur tayangan awan Janya.

Infrastruktur Tayangan Awan Janya turut menyediakan ciri-ciri inovatif dan menarik yang lain seperti undian dan grafik interaktif, suntingan video berasaskan awan, perbahasan langsung dan acara langsung.

Mengulas tentang pelancaran Janya, Uday Reddy, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif YuppTV Janya berkata, "Penerbitan dan pengedaran Kandungan Video sedang menyaksikan fasa transformasi era kini. Dengan pengenalan tayangan berasaskan awan, saluran OTT, berita, sukan dan hiburan mempunyai peluang yang tidak pernah tersedia sebelum ini. Janya membolehkan pelbagai penyedia kandungan video menjangkau khalayak yang lebih besar, memanfaatkan teknologinya pada sebuah platform untuk memenuhi keperluan tempatan bagi orang ramai, mewujudkan saluran baharu untuk penjanaan pendapatan melalui iklan dan banyak lagi, kesemuanya tanpa kerumitan pelaburan yang memerlukan modal pendahuluan serta membolehkan peluang berbilang saluran kepada para penyiar."

Tentang Janya 

Janya ialah sebuah platform tayangan awan yang membolehkan para penyiar mewujudkan rangkaian pelbagai saluran untuk menjangkau khalayak yang lebih besar, memanfaatkan aliran pendapatan baharu melalui rangkaian FAST yang boleh dipasang segera dan tanpa modal pendahuluan dengan keupayaan pengewangan iklan. Sila layari https://janya.video/ untuk mengetahui lebih lanjut.

Tentang YuppTV 

YuppTV merupakan salah sebuah penyedia perkhidmatan TV berasaskan Internet dan Atas Permintaan yang terbesar di dunia untuk kandungan Asia Selatan yang menawarkan lebih 250 buah saluran TV, lebih 5,000 buah Filem dan lebih 100 buah Rancangan TV dalam 14 bahasa. Dengan memanfaatkan teknologi yang terbaik, YuppTV membolehkan para pengguna menikmati kemudahan hiburan rumah secara maya pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja melalui berbilang skrin.

Logo:https://mma.prnasia.com/media2/1919309/Janya_Logo.jpg?p=medium600

Source: YuppTV
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Television New products/services