omniture

Permintaan terhadap penyelesaian pembayaran yang fleksibel semakin meningkat: tetapi daftar gaji masih jauh ketinggalan

CloudPay
2022-10-13 22:31 0
  • Laporan baharu daripada Everest Group menyerlahkan permintaan yang semakin meningkat daripada para pekerja untuk akses segera kepada gaji yang diperoleh
  • 75% daripada para pekerja di seluruh dunia merancang untuk menukar pekerjaan, dengan lebih separuh menunjukkan bahawa kesejahteraan dan kedudukan kewangan yang baik memberi kesan kepada pengalaman pekerja mereka
  • Para majikan dapat melihat bahawa tarikan dan pengekalan bakat terhalang tanpa penyelesaian gaji yang fleksibel

LONDON, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Laporan baharu daripada Everest Group telah menunjukkan bahawa orang ramai di seluruh dunia mahukan akses yang fleksibel kepada gaji mereka, tetapi berlaku kekurangan bekalan dalam penyelesaian global yang memenuhi permintaan ini.

Laporan tersebut - Global Earned Wage Access (EWA): Strategic Benefits for Employers and Financial Well-being for Employees(Akses kepada Gaji Diperoleh (EWA) Global: Manfaat Strategik untuk Majikan dan Kedudukan Kewangan yang Baik untuk Pekerja) – mendedahkan bahawa gabungan permintaan baharu daripada kakitangan dalam dunia pekerjaan yang fleksibel dengan keperluan untuk akses segera kepada dana disebabkan kebimbangan terhadap keadaan kewangan dan keinginan terhadap pengalaman pengalaman pengguna mendorong keperluan kepada majikan untuk menyediakan akses kepada gaji yang diperoleh pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan oleh para pekerja.

Menurut Everest Group, walaupun terdapat permintaan tersebut, hanya segelintir vendor yang menawarkan penyelesaian Akses kepada Gaji Diperoleh (EWA) dan malah hanya sedikit yang menyediakan pendekatan global. Ini menunjukkan terdapat keengganan untuk mengubah keadaan yang mungkin dilihat sebagai proses yang 'tidak putus' dalam senarai gaji atau kekurangan kesedaran tentang ketersediaan penyelesaian global.

Kegagalan untuk berubah seiring dengan masa boleh menjejaskan strategi pengambilan pekerja. Menurut Everest Group, 75% daripada tenaga kerja global kini sedang mencari peluang untuk menukar pekerjaan. Dengan 57% daripada responden menunjukkan bahawa program kesejahteraan termasuk kedudukan kewangan yang baik mempunyai kesan langsung terhadap pengalaman pekerja mereka, manakala 43% menyatakan bahawa penambahbaikan proses merupakan suatu pengaruh yang kuat serta strategi tarikan dan pengekalan bakat masa depan mungkin terhalang tanpa penyelesaian EWA.

Ketua Pegawai Eksekutif CloudPay, Paul Bartlett mengulas: "Peralihan kepada penyelesaian daftar gaji yang lebih fleksibel telah meningkat dengan pantas untuk beberapa ketika, namun ia jelas telah dipercepatkan dalam keadaan pasca Covid di mana pilihan kerja yang tangkas serta digabungkan dengan kebimbangan terhadap kos sara hidup menjadi semakin meluas. Di CloudPay, kami telah menyaksikan perkembangan ini dan hasilnya, kami telah menyesuaikan penyelesaian global kami. Daripada laporan Everest Group ini, adalah jelas bahawa kita hanya berada pada titik penerimagunaan Akses kepada Gaji Diperoleh dan dengan pelbagai pendorong pasaran yang terus mempengaruhi pasaran di seluruh dunia, permintaan ini akan kekal meningkat. Walau bagaimanapun, terdapat keengganan yang telah lama wujud di seluruh bidang daftar gaji untuk mengubah proses yang kelihatan berkesan ini.

"Memandangkan persaingan mendapatkan bakat semakin meningkat, perniagaan perlu memastikan bahawa mereka memberi segala yang diperlukan oleh para pekerja mereka dan menawarkan kesamaan di seluruh tenaga kerja global. Menurut maklumat terkini daripada Everest Group, para pekerja mahukan lebih kawalan terhadap bila dan bagaimana mereka boleh mengakses gaji mereka. Syarikat yang tidak menawarkan kemudahan ini, bakal kehilangan bakat terbaik."

Berita terkini ini menyusul selepas penerbitan data terkini daripada CloudPay yang mendedahkan bahawa bilangan majikan di seluruh dunia yang mendaftar untuk "perkhidmatan pembayaran atas permintaan" telah meningkat. Perkara ini disertai dengan bilangan pengeluaran gaji yang diperoleh setiap bulan yang telah meningkat lebih dua kali ganda sejak bulan Oktober, dengan jumlah purata pengeluaran berkurangan daripada £97 kepada £66. Ini menunjukkan bahawa para pekerja semakin kerap mengakses wang yang mereka peroleh pada bila-bila masa sahaja diperlukan bagi menampung kos hidup harian.

Laporan Everest Group ini menunjukkan bahawa terdapat lima pendorong utama dalam permintaan global terhadap evolusi daftar gaji:

  • Peralihan generasi tenaga kerja: Generasi milenium dan Generasi Z bakal menyumbang lebih 65% tenaga kerja menjelang tahun 2025. Kumpulan bakat ini mempunyai keutamaan dan motivasi yang berbeza serta mengharapkan majikan untuk memenuhi keperluan mereka. Generasi milenium didorong oleh tujuan, manakala para profesional Generasi Z inginkan fleksibiliti dan jaminan terutamanya jaminan kewangan
  • Keperluan terhadap pengalaman pembayaran moden: Populasi pekerja yang berusia lebih muda merupakan golongan yang lahir dalam dunia digital. Mereka telah membesar dengan transaksi tanpa kertas dan penyelesaian pantas di hujung jari mereka. Sebagai pengguna, mereka sudah terbiasa mendapat kepuasan segera dan mengharapkan perkara yang sama daripada majikan mereka – iaitu pembayaran yang pantas dan fleksibel serta pengalaman digital yang lancar
  • Model tenaga kerja baharu: Perkadaran tenaga kerja sementara seperti pekerja kontingen, pekerja gig dan perunding bebas telah meningkat dalam gabungan bakat secara keseluruhan berikutan perubahan terhadap keperluan kemahiran, fleksibiliti dan penghapusan batasan lokasi geografi yang ketat. Para pekerja separuh masa atau mengikut jam juga telah meningkat dengan ketara dalam sektor-sektor seperti penjagaan kesihatan, peruncitan dan hospitaliti. Operasi daftar gaji yang lancar dan lebih kerap berbanding kitaran gaji setiap dua minggu atau sebulan sekali adalah lebih sesuai untuk golongan tenaga kerja sebegini
  • Fleksibiliti kewangan: Perbelanjaan hidup, pinjaman pendidikan, perumahan dan lain-lain, menjadi bahagian yang besar daripada gaji individu bekerja dan boleh mengakibatkan masalah mudah tunai, terutamanya apabila berlaku perbelanjaan kecemasan. EWA semakin digunakan oleh golongan pekerja seperti ini bagi membantu menguruskan perbelanjaan yang tidak dijangka selain membenarkan mereka menyelaraskan tarikh gaji dengan komitmen kewangan peribadi mereka
  • Keadilan yang dirasai: Para pekerja pada hari ini percaya bahawa mereka berhak mendapat akses kepada gaji yang telah diperoleh. Perusahaan yang dapat menawarkan perkara tersebut dengan melakukan pembaharuan kepada pengalaman daftar gaji pekerja mempunyai peluang yang lebih besar dalam persaingan mendapatkan bakat – manakala perniagaan inovatif telah mula menyaksikan hasilnya.

Muat turun salinan laporan anda di sini 

Tentang CloudPay
CloudPay merupakan satu-satunya pembekal yang membimbing syarikat global dengan visi dan prihatin terhadap pengalaman pembayaran komprehensif yang berhak diterima oleh para pekerja mereka. CloudPay menghubungkan semua proses pembayaran pekerja – termasuk daftar gaji, pembayaran dan pembayaran atas permintaan – melalui sebuah penyelesaian bersepadu. Para pakar CloudPay melaksanakan amalan terbaik, menangani perubahan, mengoptimumkan operasi serta meningkatkan pengalaman pekerja.

Hubungan: Vickie Collinge , 01582 790 705, vickie@bluesky-pr.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1918624/CloudPay_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: CloudPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Financial Technology