omniture

Azentio Software Menang Anugerah 'Pembekal ERP Awan Industri Terbaik' di ICT Leadership Awards 2022

Azentio Software Pvt Ltd
2022-10-13 23:11 0

SINGAPURA, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Azentio Software berbesar hati dan berbangga mengumumkan bahawa ia telah dipilih sebagai pemenang anugerah 'Pembekal ERP Awan Industri Terbaik' di ICT Leadership Awards 2022 yang berprestij, untuk penyelesaian perancangan sumber perusahaan awan industri generasi seterusnya - Azentio ONEERP.

Anugerah ini telah disampaikan secara rasmi kepada Azentio pada sebuah majlis yang diadakan di Hotel Conrad di Dubai, UAE pada hari Selasa 11 Oktober. Matlamat program anugerah yang dianjurkan oleh CXO Insight Middle East ini adalah untuk menyerlahkan organisasi-organisasi yang membuat keputusan perniagaan pintar menggunakan teknologi baharu dan mendorong pertumbuhan sektor ICT di rantau ini.

Azentio ONEERP ialah sebuah platform industri yang amat boleh diskala yang dibina sedia masa hadapan dengan ekosistem industri bersepadu API yang disampaikan dan disokong dengan model berfokuskan pelanggan yang mantap. ONEERP yang dibina pada platform awan yang canggih ini menyediakan penyelesaian awan industri yang direkayasa dengan piawaian terbaik dalam pengurusan proses kewangan dan operasi. Penyelesaian ERP Azentio yang memenangi anugerah ini memberikan maklumat dan kebolehlihatan bersepadu, fleksibiliti yang tinggi, pengoptimuman sumber dan sokongan perkhidmatan pelanggan yang mantap dengan amalan terbaik; semuanya digabungkan dalam sebuah sistem ERP tunggal yang membantu organisasi memperoleh daya ketahanan dan ketangkasan masa nyata serta menyediakan syarikat mereka untuk mencapai pertumbuhan.

Ketua Pegawai Eksekutif Azentio, Tony Kinnear mengulas, "Seperti biasa, kami berbangga menyaksikan penyelesaian dan produk kami yang canggih terus mendapat pengiktirafan global. ONEERP Cloud kami yang memenangi anugerah ini merupakan merupakan satu-satunya produk yang kukuh yang membolehkan satu sumber kebenaran untuk data masa nyata dan maklumat perniagaan serta mengautomasikan aliran kerja perniagaan yang penting dalam pelbagai industri dengan cekap." Kinnear kemudiannya menambah, "Menilai, memilih dan melaksanakan penyelesaian ERP Awan baharu merupakan keputusan strategik jangka panjang untuk pertumbuhan mana-mana organisasi. Kemenangan ini membuktikan kekuatan produk kami, seni binanya yang boleh diskala yang membolehkan pertumbuhan masa depan dan komitmen kami terhadap inovasi yang berterusan."

Jeevan Thankappan, Editor Pengurusan CXO Insight Middle East menyatakan, "Sebuah barisan panel hakim bebas telah memilih Azentio sebagai penyelesaian ERP Awan yang sesuai dengan industri dan berprestasi terbaik yang menawarkan ciri terbaik bagi membantu perniagaan memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, sekali gus mengesahkan lagi penerajuannya dalam pasaran ERP global."

Pelancaran terbaharu ONEERP Cloud daripada Azentio boleh ditakrifkan sebagai sebuah sistem kolaboratif moden yang bersepadu sepenuhnya yang menetapkan tahap transformasi digital. Ia membolehkan inovasi, mengoptimumkan sumber dan memperkemas operasi.

ONEERP Cloud yang serasi dengan Industri 4.0 ini memiliki keupayaan rangkaian terbaik untuk menyepadukan pelbagai proses, menghubungkan mesin pintar, sistem logistik, kemudahan pengeluaran dan lain-lain. Ia diuruskan oleh peranti terpaut dengan sokongan daripada data bermakna yang dikumpul untuk membuat keputusan yang lebih pantas. Sistem pintar bersepadu ONEERP juga menggunakan keupayaan sistem kod lain dan sistem tanpa kod melalui penyepaduan untuk menyokong dan memperluas fungsi. Dari segi teknikal, perisian ini berfungsi dengan pelbagai platform awan agnostik yang mempertimbangkan OCI, AWS dan platform awan yang lain. Ciri penyewaan berbilang menambah manfaatnya dengan menyediakan penyewaan eksklusif untuk penyewa di Azentio Cloud.

Tentang Azentio Software 

Azentio Software menyediakan produk perisian khusus menegak dengan misi penting untuk pelanggan dalam segmen perbankan, perkhidmatan kewangan, insurans dan ERP. Syarikat ini mempunyai lebih 1,000 pelanggan di lebih 65 buah negara dengan sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 2,500 orang pekerja di seluruh pejabat di 9 buah negara di seluruh dunia. Azentio Software Private Limited dimiliki sepenuhnya oleh dana yang mendapat khidmat nasihat daripada Apax Partners.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1712686/Azentio_Software_Logo.jpg?p=medium600

Source: Azentio Software Pvt Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards