omniture

DXC Technology Melancarkan Inisiatif Global untuk Menyokong Neurodiversiti di Tempat Kerja

DXC Technology Company
2022-10-14 05:34 2

Program Dandelion DXC yang memenangi anugerah telah diperluas ke seluruh Eropah dan Asia Pasifik (APAC) 

LONDON, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC) penyedia perkhidmatan teknologi global Fortune 500 terkemuka, sedang memperluas Program Dandelion DXC yang membantu individu neurodivergen dengan autisme, ADHD, disleksia dan masalah neurologi lain untuk membina kerjaya dalam industri IT.

DXC Dandelion Program Co-ordinator, Felicia Vozza working with Daniel, a DXC Dandelion participant (Credit: DXC)
DXC Dandelion Program Co-ordinator, Felicia Vozza working with Daniel, a DXC Dandelion participant (Credit: DXC)

Susulan kejayaan program ini di Australia dan New Zealand, DXC kini melancarkan inisiatif di negara-negara Eropah dan Asia Pasifik. United Kingdom akan menjadi negara pertama yang melancarkannya dengan program rintis selama 12 bulan dan akan disusuli oleh Bulgaria, Poland dan Filipina.

Pengambilan pekerja kini dibuka di seluruh lokasi baharu dengan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk analisis data, automasi perisian, pengalaman pengguna dan keselamatan siber.

Program Dandelion DXC telah dilancarkan pada tahun 2014 di Australia dengan fokus untuk mewujudkan laluan pekerjaan dan kerjaya bagi individu neurodivergen dalam industri IT. Untuk mengambil bahagian, tiada pengalaman profesional terdahulu yang diperlukan, DXC telah menjadikan program ini tersedia kepada individu daripada semua kebolehan yang mempunyai motivasi untuk bekerja dalam bidang teknologi. Selain menawarkan pekerjaan, DXC menyediakan para peserta dengan latihan teknikal dan vokasional serta sokongan profesional daripada para perunding khusus.

Michael Fieldhouse, Ketua Amalan Impak Sosial  DXC Technology APAC yang bertanggungjawab ke atas Program Dandelion DXC, menekankan bahawa "individu neurodivergen sering mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk berfikir secara visual dan mengambil perhatian secara terperinci. Ini adalah kemahiran yang berharga, terutamanya dalam bidang-bidang seperti keselamatan siber dan analisis data. Dengan mewujudkan persekitaran kerja yang saksama dan positif, dan dengan menyediakan rangka kerja sokongan yang tepat, kami memberi peluang terbaik kepada para peserta Dandelion DXC untuk berjaya."

Program Dandelion DXC dalam Angka: 

  • Peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk lebih 200 individu setakat ini
  • Kadar pengekalan pekerjaan sebanyak 92%
  • Peningkatan produktiviti keseluruhan sebanyak 30-40% dalam pasukan yang menyertai program ini
  • Diiktiraf oleh organisasi industri di seluruh dunia, memenangi 17 anugerah antarabangsa atas sumbangan terhadap pembangunan inisiatif sosial yang bermanfaat
  • Diiktiraf dalam senarai Syarikat Berprestasi Tinggi oleh Indeks Kesamaan Kurang Upaya Global, mencapai skor 100% untuk pencapaian ketidakupayaan dan keterangkuman syarikat dalam tempoh tiga tahun yang lalu
  • Program rintis ini bermula di UK pada tahun 2021, menyediakan 15 orang neurodivergen dengan peluang pekerjaan
  • Para peserta berpeluang untuk menjalankan projek pelanggan. Sebagai contoh, Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial (DHSC) UK, di mana 4 individu sedang menjalankan ujian perisian dan Pengalaman Pengguna (UX) sebagai sebahagian daripada kontrak DXC untuk menyokong program Perkhidmatan Pengurusan Maklumat 4 (IMS4).

Chris Halbard, Presiden DXC Technology, EMEA menambah "Ketika kami terus berkembang, adalah penting untuk kami melabur dalam komuniti di mana kami menjalankan perniagaan dan mengiktiraf kesan positif kepelbagaian di tempat kerja. Itulah sebabnya kami memperluas Dandelion DXC di seluruh Eropah dan di seluruh dunia, membantu individu neurodivergen mengetengahkan bakat mereka yang unik dan membawa kejayaan kepada diri mereka sendiri, DXC dan para pelanggan kami."

Kerjasama dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO)

DXC Technology bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan, yayasan dan institusi pendidikan yang membantu memperluas jangkauan dan kesan Program Dandelion DXC serta menyokong pengenalpastian dan memilih peserta yang mampu mendapat manfaat.

"Ketaksamaan dalam kadar penyertaan pekerjaan bagi individu neurodivergen merupakan isu global yang patut mendapat perhatian bersepadu kami," kata Profesor Kajian Kurang Upaya, Pengarah Akademik, Susanne Bruyere, Institut Pekerjaan dan Kecacatan Yang-Tan, Cornell University ILR School. "Cornell University berbesar hati untuk bekerjasama dengan DXC Technology kerana ia menggerakkan Program Dandelion DXC secara global untuk menjadikan maklumat mengenai inisiatif pengambilan neurodiversiti yang disasarkan ini tersedia secara lebih meluas melalui perkongsian untuk portal dalam talian yang berkongsi maklumat program berkaitan."

Untuk mengetahui lebih lanjut dan menonton video tentang program Dandelion DXC termasuk pandangan peserta, sila layari:

https://dxc.com/uk/en/about-us/social-values/dxc-dandelion-program

Tentang Program Dandelion DXC 

Program Dandelion DXC menyediakan persekitaran yang menyokong dan meraikan bakat dan kemahiran individu neurodivergen— seperti mereka yang menghidap Autisme, ADHD atau Disleksia — dan membantu mereka membina kemahiran yang berharga untuk meneruskan kerjaya dalam bidang teknologi maklumat. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menyokong neurodiversiti dalam tenaga kerja di DXC.com

Tentang DXC Technology 

DXC Technology (NYSE: DXC) membantu syarikat global menjalankan sistem dan operasi misi penting mereka sambil memodenkan IT, mengoptimumkan seni bina data serta memastikan keselamatan dan kebolehskalaan di seluruh awan awam, swasta dan hibrid. Syarikat dan organisasi sektor awam terbesar di dunia mempercayai DXC untuk memanfaatkan perkhidmatannya bagi memacu prestasi, daya saing dan pengalaman pelanggan ke suatu tahap baharu. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami merealisasikan kecemerlangan para pelanggan dan rakan sekerja kami di DXC.com

Aleksandra Andreasik-Binkowska, DXC EMEA, a.andreasikbinkowska@dxc.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1919428/DXC_Technology_Company_DXC_Technology_Rolls_Out_Global_Initiativ.jpg?p=medium600 

Source: DXC Technology Company
Related Stocks:
NYSE:DXC
Keywords: Computer/Electronics Mental Health Handicapped/Disabled