-- Konsert-konsert memberikan manfaat kepada yayasan The Bhutan Canada Foundation dan RENEW Bhutan
TORONTO, 18 November 2013 /PRNewswire/ -- Konsert-konsert pertama yang akan diadakan di Kerajaan Bhutan akan menampilkan Bryan Adams dan k.d. Iang pada 22 dan 23 April 2014, bertempat di Thimphu, Bhutan bagi meraih sumbangan kepada dua badan amal Bhutan, yayasan The Bhutan Canada Foundation dan RENEW Bhutan yang memberikan bantuan yang sangat diperlukan dalam bidang pendidikan dan juga terhadap bantuan dan usaha memperkasa wanita dan kanak-kanak kurang bernasib baik.
Duli Yang Maha Mulia, Bonda Ratu, Sangay Choden Wangchuck, Pengasas dan Presiden RENEW akan menjadi tetamu kehormat bagi konsert-konsert tersebut. Konsert-konsert itu juga adalah terhad untuk 500 tetamu sahaja dan akan diadakan di Akademi Tekstil Diraja.
Sambutan dan lawatan peribadi serta eksklusif akan turut disediakan bagi acara selama tiga hari itu. Tiket bermula dengan harga USD $2,500 termasuk visa, penginapan hotel, makanan, tiket bagi kedua-dua acara itu, sambutan, pemindahan, pemandu pelancong dan lawatan peribadi.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut:
Jennifer White
www.BhutanConcert.com
JenniferWhite@blytheducation.com
+1-416-960-3552
Marlene Palmer
www.bryanadams.com
marlenepalmer@shaw.ca
Leah Reid
www.kdlang.com
reid@directmanagement.com
+1-310-854-3535