LOS ANGELES, 18 November 2013 /PRNewswire/ -- Kumpulan pihak berkepentingan berkepelbagaian peringkat global yang terdiri daripada pihak kerajaan, masyarakat awam, sektor swasta, komuniti teknikal dan organisasi antarabangsa akan menubuhkan Panel bagi Masa Depan Kerjasama Internet Peringkat Global. Mesyuarat pertama Panel tersebut akan berlangsung pada 12 hingga 13 Disember di London.
Panel itu bercadang untuk melancarkan laporan tahap tertinggi pada awal tahun 2014 bagi mendapatkan komentar daripada masyarakat umum dengan memberi tumpuan terhadap isu pentadbiran Internet dan komited terhadap pendekatan pihak berkepentingan berkepelbagaian. Laporan tersebut merangkumi prinsip kerjasama Internet peringkat global, rangka kerja cadangan bagi kerjasama sedemikian dan juga pelan tindakan bagi menghadapi cabaran pentadbiran Internet pada masa akan datang.
Presiden Toomas Ilves dari Estonia menyedari kepentingan inisiatif tersebut dan bersetuju untuk berkhidmat sebagai Pengerusi kumpulan tersebut. Presiden Ilves telah lama menjadi penyokong awam bagi Internet terbuka, selamat dan boleh capai. Vint Cerf yang sering disebut sebagai salah seorang pengasas Internet akan berkhidmat sebagai naib pengerusi Panel.
ICANN, Syarikat Internet bagi Nama dan Nombor Tetapan merupakan pemangkin awal bagi Panel itu dan mengiktiraf keperluan kumpulan berkepelbagaian peringkat global untuk menangani isu yang lebih luas dan kompleks secara bebas. ICANN juga akan menganjurkan sekretariat dan memberikan bantuan logistik kepada Panel itu. ICANN menerima tekanan yang semakin meningkat bagi menangani isu di luar tanggungjawabnya sebagai faktor motivasi dalam memantapkan panel di tahap tertinggi.
Bagi tahun berikutnya, beberapa acara utama akan mengetengahkan topik berkaitan pentadbiran Internet, termasuklah Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos dan persidangan yang diumumkan baru-baru ini yang akan berlangsung di Brazil pada musim bunga 2014. Yayasan Amanah Annenberg di Sunnylands juga akan menjadi rakan kongsi substantif dalam kerja Panel itu dan menjadi tuan rumah mesyuarat estet bersejarah Sunnylands di Rancho Mirage, California pada awal tahun 2014.
ICANN telah berunding dengan beberapa organisasi bagi membangunkan Panel itu. Ahlinya telah dipilih bagi memastikan pihak berkepentingan yang mewakili pelbagai rantau akan turut hadir. Aktiviti ahli panel adalah bebas daripada organisasi mereka. Ahli panel termasuklah:
Ahli tambahan akan disahkan.