omniture

King Steel Taiwan Berganding Bahu dengan BASF untuk Ekonomi Kitaran Karbon-Rendah

King Steel Machinery Co., Ltd
2022-10-14 19:00 146

TAICHUNG, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Peneraju mesin membuat kasut King Steel Machinery, syarikat kimia Jerman BASF dan pengeluar elastomer Otrajet telah menandatangani satu perjanjian pembangunan bersama (JDA) untuk membangunkan proses menjimatkan tenaga yang membolehkan pembuatan produk boleh kitar semula 100-peratus. Menggabungkan kepakaran dalam reka bentuk mesin suntikan plastik, pembusaan fizikal dan bahan elastik polimer khas, produk-produk yang dikilangkan oleh syarikat-syarikat ini akan memenuhi kehendak industri bagi kasut, alat ganti kereta, mainan, peralatan sukan dan produk isi rumah dan dalam masa yang sama turut menyediakan penyelesaian dalam keneutralan karbon, ekonomi kitaran dan ESG.

Taiwan’s King Steel Joins Forces with BASF on a Low-Carbon Circular Economy
Taiwan’s King Steel Joins Forces with BASF on a Low-Carbon Circular Economy

"Selepas bertahun-tahun mencapai pembangunan, kami melancarkan NexCell® – penyelesaian suntikan elastomer berbusa-bendalir amat kritikal yang pertama di dunia – bagi menyuntik tenaga ke dalam ekonomi kitaran dan usaha mampan global," kata Jim Chen, Pengurus Besar King Steel. "Saya berasa teruja untuk bekerjasama dengan BASF dan Otrajet untuk ESG dan membangunkan produk selamat yang mengurangkan karbon bagi membina masyarakat dan ekologi yang mampan."

"Dengan sokongan daripada teknologi NexCell® King Steel, kami yakin dengan pembangunan pasaran penyelesaian bahan mampan menggunakan proses pembusaan fizikal bagi menggantikan bahan-bahan tidak boleh dikitar semula tradisional," kata Kin Wah Chay, Pengarah Urusan BASF Taiwan. "Selain daripada untuk meninjau peluang perniagaan bersama-sama dalam industri kasut, sukan dan riadah, kami mengharapkan lebih banyak kolaborasi dengan King Steel bagi bahan dan proses mampan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi kitaran."

"Elastomer berbusa NexCell® boleh dikitar semula 100 peratus," kata Wayne Chen, Pengurus Pembangunan Bersekutu Otrajet. "Memandangkan proses tersebut telah menyingkirkan agen perangkaian-silang kimia, produk boleh dikitar semula menjadi bahan mentah dan kembali ke proses pembuatan, lalu melengkapkan teka-teki ekonomi kitaran industri getah dan plastik."

Pada 19 Oktober, King Steel akan mendedahkan NexCell® di Dusseldorf, Jerman, di K-Fair, pameran getah dan plastik yang terbesar di dunia dan mendemonstrasikan proses NexCell® menggunakan bahan-bahan poliuretana termoplastik BASF, mengadakan pameran di reruai King Steel.

Latar Belakang King Steel

Ditubuhkan pada tahun 1978, King Steel mengusahakan kemajuan inovasi terhadap peralatan elastomer busa, melancarkan SCF IMM " NexCell" yang pertama di dunia untuk menyuntik tenaga baharu ke dalam ekonomi kitaran global dan pengurusan mampan.

Latar Belakang BASF

Di BASF, kami mewujudkan keserasian untuk masa depan yang lestari. Kami menggabungkan kejayaan ekonomi dengan perlindungan terhadap alam sekitar dan tanggungjawab sosial. Sekitar 111,000 orang pekerja dalam BASF Group menyumbang kepada kejayaan pelanggan kami dalam hampir kesemua sektor dan hampir setiap negara di dunia.

Latar Belakang Otrajet
Ditubuhkan pada tahun 2013, Otrajet memfokuskan kepada pembangunan, pembuatan dan pemasaran elastomer.

Source: King Steel Machinery Co., Ltd
Keywords: Chemical Household Products Household/Consumer/Cosmetics Mining/Metals Retail Contracts