WASHINGTON, 18 November 2013 /PRNewswire/ -- Pemenang Peraduan Foto CGAP 2013 pada kali ini ialah Truong Minh Dien dari Vietnam. Ahli panel yang terdiri daripada empat hakim telah memilih foto beliau, "Rainy Afternoon" antara 3,890 penyertaan, penyertaan yang paling banyak setakat ini, daripada kalangan jurugambar profesional dan amatur dari 91 negara. Foto kemenangan itu menampilkan seorang wanita yang sedang membawa ubi kentang ke pasar tempatan di Vietnam ketika hujan lebat. Sumber rezeki wanita tersebut mampu menyara suami dan dua orang anaknya.
Bagi melihat aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila layari: http://www.multivu.com/mnr/56884-cgap-photo-contest-winners-2013
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131118/MM14870 )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110412/MM81963LOGO )
Panel hakim amat menghargai foto "Rainy Afternoon" yang menggambarkan dengan teliti ketabahan usahawan daripada golongan berpendapatan rendah di Vietnam. "Foto tersebut benar-benar menggambarkan saat yang istimewa," ujar Mohammad Rakibul Hasan, Pemenang Peraduan Foto CGAP 2010 dan hakim undangan bagi peraduan tahun 2013.
Di samping kisah menarik yang melatari imej kemenangan tersebut, para hakim bersetuju gambar tersebut mempunyai ciri teknikal yang sangat baik. "Seorang jurugambar perlu sangat berdisiplin bagi mengamati dengan teliti untuk mengambil gambar seperti ini," kata Stelios Varias, jurugambar kanan dan editor daripada Thomson Reuters serta salah seorang daripada empat hakim tersebut. "Tangkapan gambar yang bagus sangat sukar dilakukan semasa hujan turun."
Galeri penuh 30 foto yang menjuarai peraduan tersebut boleh didapati di sini. Hadiah Utama pada tahun 2013 ialah baucar wang tunai bernilai $2,000 bagi peralatan fotografi.
Para hakim turut memilih 28 foto lain dari seluruh dunia sebagai pemenang serantau, finalis dan sebutan khas yang dipilih berdasarkan ketelitian teknikal dan gambaran kisah serta individu di sebalik bantuan kewangan. Ini termasuklah pemenang bagi rantau Asia Selatan, "Brick Worker" oleh Moksumul Haque dari Bangladesh. Foto tersebut memperlihatkan batu-bata yang dilambung ke udara lantas menjadikan para pemerhati tertanya-tanya akan apa yang berlaku sejurus selepas gambar tersebut diambil.
Bagi tahun kedua berturut-turut, undian popular di CGAP.org akan menentukan pemenang bagi People's Choice. Para pengundi memilih "Talented Nesma," oleh Mohamad Gouda dari Mesir yang menggambarkan seorang wanita yang memanfaatkan pinjaman pembiayaan mikro bagi memulakan perniagaan lukisan dan sulaman. Foto tersebut menerima 1,236 undian, hampir 400 melebihi undian foto paling popular seterusnya.
Para jurugambar dari lebih 90 negara menjadikan Peraduan Foto CGAP tahun ini yang paling sengit sekali, yang baru sahaja selesai peraduan kelapan berturut-turutnya. Barisan panel hakim 2013 terdiri daripada Suzanne Lemakis, Pengarah Jabatan Seni Halus Citigroup, Mohammad Rakibul Hasan, pemenang Peraduan Foto CGAP 2010 dan jurugambar profesional dari Bangladesh, Stelios Varias daripada Reuters dan Indira Williams, pengurus kanan sumber visual bagi Newseum. Pada saat akhir sesi pengadilan yang berlangsung pada 1 November 2013, Williams menyatakan, "Ini merupakan koleksi foto yang hebat dan saya kagum dengan kualiti setiap foto tersebut." "Kualiti gambar pada tahun ini sangat menyerlah," tambah Lemakis.
Peraduan Foto CGAP tahunan ini bertujuan untuk menonjolkan jurugambar profesional dan amatur untuk menggambarkan bantuan kewangan di seluruh dunia. Melalui kehebatan fotografi, CGAP memaparkan pelbagai cara bagaimana rakyat miskin mengurus kewangan bagi meneruskan kehidupan dan bagaimana bantuan kewangan dapat membantu kehidupan rakyat kelas bawahan ini. "Foto berkaitan masyarakat dan ketidakseimbangan sosial ini dapat membantu menghapuskan kemiskinan dengan mewujudkan kesedaran sosial," ujar Mohammad Rakibul Hasan.