omniture

JAM TANGAN HUBLOT BIG BANG e PIALA DUNIA FIFA QATAR 2022™

Hublot SA
2022-10-15 00:05 0

NYON, Switzerland, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hublot telah menjadi Penjaga Masa Rasmi Piala Dunia FIFA untuk edisi ke-4 berturut- turut dan akan menjaga masa bagi kesemua 64 permainan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™. 129 orang pengadil rasmi akan mengatur masa permainan dengan jam tangan baharu ini di pergelangan tangan mereka.

Hublot_Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™
Hublot_Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™

Dari detik pengiraan hingga ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA™, Hublot akan menjadi nadi kepada setiap aksi. Sebelum kejohanan bermula, jam tangan Big Bang e Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ akan berada dalam mod detik pengiraan, menjejaki setiap waktu yang berlalu sehinggalah berlangsungnya perlawanan pembukaan pada 20 November nanti. Kemudian, 15 minit sebelum setiap perlawanan bermula, jam tangan ini akan memberikan maklumat tentang barisan pasukan dan profil pemain supaya pemakainya dapat menerima butiran tersebut hanya daripada pergelangan tangan mereka.

Apabila permainan bermula, jam tangan ini akan memasuki "mod perlawanan" dan mengaktifkan "garis masa", iaitu suatu ciri yang dicipta secara eksklusif untuk jam tangan ini yang akan membantu para peminat merakam detik-detik paling penting dalam bola sepak.

Pada bila-bila masa semasa permainan berlangsung, pemakai boleh memainkan semula detik-detik ini dengan menatal permukaan jam menggunakan tombol jam tangan ini. Fungsi yang interaktif, ergonomik dan mudah dibaca ini adalah unik kepada jam tangan Big Bang e Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ ini.

Jam tangan ini merupakan gabungan antara teknik pembuatan jam tangan yang halus dengan komponen elektronik mewah. Dengan bekas jam tangan berdiameter 44mm yang direka indah menggunakan seramik hitam serta titanium hitam yang dibersih rapi dan digilap, ia menyerlahkan ikon jam tangan mekanikal Hublot, Big Bang.

Menggantikan mekanik pembuatan jam tangan yang canggih ini ialah pemproses Qualcomm® Snapdragon Wear™ 4100 yang dikuasakan dengan versi terkini Wear OS oleh Google™ (Wear OS3). Aplikasi khusus yang direka khas ini turut menawarkan pemakainya dengan pengalaman yang lancar dan menguntungkan kepada salah satu jenama jam tangan paling eksklusif di dunia.

Klik di sini untuk menonton video kempen Hublot Loves Football yang dibintangi oleh Duta Hublot, Kylian Mbappé.

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1921626/Hublot_1.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1921624/Hublot_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1920991/Hublot_Logo.jpg?p=medium600

Kylian Mbappé wearing the Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™ with his dream football
Kylian Mbappé wearing the Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™ with his dream football

 

 

 

Source: Hublot SA
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Fashion Jewelry Sporting Events Sports New products/services