![]() |
LONDON, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Setelah hampir empat puluh tahun lampunya dipadamkan, Stesen Janakuasa Battersea dibuka hari ini, iaitu hari Jumaat 14 Oktober, yang menandakan kali pertama orang awam boleh meneroka seni bina mengagumkan ini dan menikmati pembukaan kedai, bar, restoran dan lokasi percutian pertamanya yang unik.
Electric Boulevard, sebuah jalan dengan laluan pejalan kaki baharu yang beroperasi dari Gehry Partners' Prospect Place dan Foster + Partners' Battersea Roof Gardens hingga ke kejiranan tepi sungai Stesen Kereta Api Bawah Tanah Zone 1 London, turut dibuka pada hari ini.
Dato' Jagan Sabapathy, Pengerusi Battersea Project Holding Company berkata:
"Pembukaan Stesen Janakuasa Battersea merupakan kemuncak kepada usaha keras dan dedikasi selama sepuluh tahun. Membuka semula bangunan ini merupakan suatu perkara yang sangat bermakna kepada seluruh warga London dan dunia, serta menunjukkan apa yang boleh dicapai oleh rakyat Malaysia yang bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi dari seluruh dunia untuk menyampaikan projek yang memberi inspirasi."
Simon Murphy, Ketua Pegawai Eksekutif Battersea Power Station Development Company berkata:
"Hari ini menandakan satu detik bersejarah dan perayaan yang besar apabila kami membuka Stesen Janakuasa Battersea dan Electric Boulevard kepada orang ramai. Ramai yang berkata ia adalah sesuatu yang mustahil, ada beberapa yang telah mencuba dan gagal, namun melalui komitmen para pemegang saham kami dan dengan sokongan pihak berkepentingan sektor Awam dan Swasta, kami telah berjaya menghidupkan semula Stesen Janakuasa Battersea."
Kerja-kerja ke atas Stesen Janakuasa Battersea mula dilakukan pada tahun 1929 dan tenaga pertama mula dijana pada tahun 1933 dari sebuah Dewan Turbin sahaja dengan dua cerobong asap. Stesen Janakuasa Battersea kemudian diperluas dengan memperkasakan Dewan Turbin B pada tahun 1944 dan cerobong keempatnya disiapkan pada tahun 1955. Pada waktu kemuncaknya, Stesen Janakuasa Battersea dapat membekalkan satu perlima daripada tenaga elektrik di London, termasuk ke Istana Buckingham dan Dewan Parlimen. Bangunan ini telah ditutup pada tahun 1983 dan kemudian beberapa percubaan telah dibuat untuk membangunkan semula tapak bangunan ini namun gagal.
Untuk maklumat lanjut tentang Stesen Janakuasa Battersea, sila layari www.batterseapowerstation.co.uk dan ikuti @BatterseaPwrStn
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
+44 (0)207 062 1870
pressoffice@bpsdc.co.uk
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1920980/Battersea_Power_Station.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1888496/Battersea_Power_Station_logo.jpg?p=medium600