omniture

Kapsul kopi ke cawan dipermudahkan dengan mesin espreso mudah alih Minipresso NS2 Wacaco yang baharu

Wacaco
2022-10-17 09:04 0

HONG KONG, 17 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat peneraju global dalam pembuat kopi espreso mudah alih, Wacaco Company Ltd., akan membawa mesin espreso kapsul Minipresso NS generasi kedua yang amat terkenal ke pasaran. Dengan menggabungkan kepakaran menghasilkan kopi dengan pengetahuan kejuruteraan ke dalam satu reka bentuk baharu, Wacaco telah mencipta sebuah mesin kopi espreso kapsul yang paling kompak dan berkemampuan setakat ini.

Direka untuk berfungsi secara eksklusif dengan semua jenis kapsul Nespresso®* Original dan yang sepadan dengannya, Minipresso NS2 baharu ini menggabungkan kemudahan penggunaan, ergonomik intuitif, bahan tahan lama serta ciri estetik yang elegan untuk membantu anda membuat kopi espreso yang sempurna untuk setiap cawan.

Minipresso NS2 merupakan satu langkah ke hadapan ke arah masa depan yang lebih lestari. Ia dikuasakan sepenuhnya menggunakan tangan dan tidak memerlukan elektrik atau bateri untuk dikendalikan. Sebahagian daripada NS2 dicipta menggunakan polimer yang terdiri daripada gandum dan ia serasi dengan pod yang boleh dikitar semula sepenuhnya.

Lelaran baharu ini memberi tumpuan kepada pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan saiz yang sangat kecil, Minipresso NS2 adalah 30% lebih pendek daripada generasi sebelumnya dengan ketinggian 130 mm. Para penggunanya boleh memasukkannya ke dalam beg tangan atau beg galas mereka. Tangki airnya yang disepadukan sepenuhnya dapat memudahkan penyediaan, dan dulang titisan yang disertakan dapat mengelakkan sebarang tumpahan. Dengan NS2 Minipresso ini, Wacaco menyelaraskan proses pembuatan kopi espreso, menjadikannya satu proses yang menyeronokkan untuk menghasilkan secawan kopi yang sempurna di mana-mana sahaja.

Untuk lebih memudahkan para pengguna, Wacaco melancarkan beg kembara Minipresso NS2 dengan tali sandang silang badan secara serentak. Diperbuat daripada bahan EVA tahan lama dan dilapisi dengan fabrik jenis felt yang lembut, ia direka khas untuk melindungi Minipresso NS2 daripada sebarang hentakan dan calar. Ia juga disertakan dengan kotak kapsul yang kuat untuk menampung lapan buah pod kopi. Lapik silikon dan tuala mikrofiber turut disertakan dengan beg ini, menjadikannya sebagai pendamping Minipresso NS2 yang sempurna.

Minipresso NS2 ditetapkan untuk dijual pada harga runcit USD59.90 dan Beg Minipresso NS2 dijual pada harga runcit USD32.90 melalui https://www.wacaco.com/pages/minipresso-ns2

* Jenama pihak ketiga tanpa kaitan dengan Wacaco Company Limited.

Tentang Wacaco:

Wacaco Company Limited telah ditubuhkan pada tahun 2013 di Hong Kong oleh Hugo Cailleton dan Jessie Wang yang kemudiannya menjadi salah satu pengeluar terkemuka bagi pembuat kopi mudah alih di seluruh dunia dengan pantas. Jenama ini merupakan pendukung kepada idea memecahkan batasan tradisional dalam pembuatan kopi dengan mentaliti "bancuh di mana-mana sahaja", namun tidak mengabaikan kualiti atau reka bentuk.

Foto dan Video boleh didapati di sini: https://wacaco.coffee/NS2content

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan media, sila e-melkan kepada media@wacaco.com

The smallest and most portable pod compatible machine on the market.
The smallest and most portable pod compatible machine on the market.

 

Brew anywhere with the Minipresso NS2, the seamless process and pod compatibility takes the guesswork out of brewing a perfect espresso every time.
Brew anywhere with the Minipresso NS2, the seamless process and pod compatibility takes the guesswork out of brewing a perfect espresso every time.

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=o9zeOgn2-IM

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1918548/The_smallest_and_most_portable_pod_compatible_machine_on_the_market.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1918549/Brew_anywhere_with_the_Minipresso_NS2.jpg

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1076081/Wacaco_Logo.jpg?p=medium600

Source: Wacaco
Keywords: Beverages Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services