SINGAPURA, 17 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pada 11 Oktober, Yili Group dijemput untuk menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Growth Asia (Growth Asia Summit) di Singapura yang mana pengeluar produk tenusu ini berkongsi pandangan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh produk tenusu dalam proses penuaan yang sihat di APAC.
Dr. Philip Wescombe, Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Yili Group, menjelaskan bahawa kunci pendekatan Yili terhadap proses penuaan yang sihat ialah memahami peranan penting pemakanan yang baik pada semua peringkat usia. Sebagai sebuah syarikat bertumpu pengguna yang didorong oleh cogan kata "tiada inovasi, tiada masa depan", Yili komited untuk membangunkan produk yang dapat memenuhi keperluan semua pengguna pada semua peringkat kehidupan dan senario bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan dalam menikmati kehidupan yang sihat.
Sokongan pemakanan menyeluruh untuk pengguna pada semua peringkat kehidupan
Bagi memahami dan memenuhi keperluan pemakanan yang pelbagai dalam kalangan penggunanya, Yili menjalankan banyak kajian tentang keperluan kumpulan usia yang berbeza-beza.
Tahun ini, Yili menyokong China Population Welfare Foundation bagi menerbitkan satu laporan komprehensif yang menyediakan panduan diet profesional untuk pelbagai kumpulan.
Di samping itu, Yili, dengan kerjasama Universiti Peking, menjalankan analisis mendalam terhadap data asli yang dikumpul daripada "Tinjauan ke atas Pemakanan Diet dan Status Kesihatan Orang Dewasa Merentas Lapan Bandar di China" ("Survey on Dietary Nutrition and the Health Status of Adults Across Eight Cities in China") selama empat tahun dan menggunakan maklumat ini untuk membangunkan produk yang menyasarkan untuk mengurangkan atau mencegah penyakit metabolik.
Bagi memperluaskan manfaat pemakanan produk tenusu kepada lebih ramai pengguna, pasukan R&D Yili melancarkan Susu Tanpa-Laktosa SHUHUA pertama China bagi memenuhi keperluan mereka yang tidak tahan terhadap laktosa. Sementara itu, kaya dengan kandungan serat diet, susu tepung XinHuo Yili menambah keperluan pemakanan pengguna dewasa dengan mengimbangi tahap glukosa darah dalam tubuh dan menyokong pengawalan fungsi tubuh.
Inovasi berpandukan-penyelidikan
Dr. Wescombe turut berkongsi amalan inovatif Yili untuk membangunkan produk probiotik dalam ucaptama beliau.
Dengan memanfaatkan sumber rangkaian inovasi globalnya, Yili membangunkan empat platform yang meliputi seluruh rantaian nilai. Keempat-empat platform ini masing-masing melibatkan penubuhan bank sumber strain probiotik, pembangunan dan penilaian klinikal fungsi-fungsi probiotik, aplikasi strain probiotik serta teknologi penapaian dan pemprosesan strain dan kawalan kualiti.
BL-99, yang telah diasingkan daripada usus bayi Cina yang sihat, merupakan strain bakteria probiotik pertama yang dibangunkan sendiri oleh Yili susulan 10 tahun kajian saintifik. Strain ini terbukti berkesan dalam menggalakkan pencernaan, mengawal flora usus, membantu kesihatan tulang dan meningkatkan imuniti serta telah dimasukkan ke dalam yogurt Yixiao, Yili Cheese Bar for Kids dan ais krim NOC xujinhuan.
Pada bulan Jun ini, Yili memperkenalkan produk probiotik BL-99 yang disesuaikan untuk orang ramai berumur 45 tahun ke atas. Digabungkan dengan GABA dan dwi-prebiotik, produk ini dirancang untuk membantu mengekalkan keseimbangan floral usus.
Setakat ini, Yili telah menubuhkan 15 pusat R&D dan inovasi di seluruh dunia dan terlibat secara aktif untuk membina ekosistem kesihatan global. Berpegang teguh kepada visinya iaitu "Dunia Berkongsi Kesihatan Secara Bersepadu" ("World Integrally Sharing Health"), Yili berdedikasi untuk membangunkan produk bagi menyediakan hasil pemakanan yang lebih baik untuk pengguna di seluruh dunia.