BOSTON, 19 November 2013 /PRNewswire/ -- Kolej Perniagaan Antarabangsa Hult (Hult) dengan bangganya mengumumkan pelancaran Siri Penceramah Berwawasan yang pertama pada bulan hadapan. Siri baharu itu bakal memaparkan beberapa pemimpin pemikiran yang paling inovatif di dunia dan bakal berlangsung mulai Disember 2013 hingga April 2014.
"Sebagai salah satu daripada kolej perniagaan terbesar di dunia, kami sentiasa mencari cara baharu bagi memperkasa dan mengilhamkan pelajar dan kami percaya pemimpin berwawasan, yang telah membawa perubahan dalam dunia perniagaan global hari ini, boleh melakukan itu," kata Dr. Stephen Hodges, Presiden Kolej Perniagaan Antarabangsa Hult.
Lima penceramah pertama bakal memberi ucapan kepada pelajar prospektif dan yang telah mendaftar serta kepada alumni di setiap lima kampus Hult di Shanghai, San Francisco, London, Dubai dan Boston, dan termasuklah:
Peggy Liu
Shanghai, 4 Disember 2013
Peggy Liu ialah pakar yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa untuk tenaga. Beliau juga merupakan Pengerusi dan Pengasas Bersama Kolaborasi Bersama AS-China untuk Tenaga Bersih (JUCCCE), yang mengumpulkan kepakaran dan teknologi antarabangsa untuk mempercepat penggunaan tenaga bersih dan cekap di China. Liu telah diberi penghormatan sebagai Wira Alam Sekitar 2008 Time Magazine, Pemimpin Global Muda Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2009, Penerima Anugerah Hillary pada tahun 2010, dan "Wanita yang Bakal Mendapat Tumpuan di Asia" Forbes pada tahun 2010. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penasihat tenaga untuk Inisiatif Global Clinton dan ahli Majlis Agenda Global untuk Seni Bina Tenaga Baharu dalam Forum Ekonomi Dunia.
Robin Chase
San Francisco, 15 Januari 2014
Robin Chase ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pengasas untuk Zipcar; syarikat perkongsian kereta terbesar, Buzzcar; perkhidmatan yang mengumpulkan pemilik dan pemandu kereta dalam pasaran perkongsian kereta, dan GoLoco; komuniti perkongsian kenderaan dalam talian. Chase juga ialah sebahagian daripada Lembaga Institut Sumber Dunia, Majlis Khidmat Nasihat Kebangsaan untuk Inovasi dan Keusahawanan untuk Jabatan Perdagangan AS, dan Lembaga Khidmat Nasihat Forum Pengangkutan Antarabangsa OECD. Beliau telah menerima banyak anugerah dalam bidang inovasi, rekaan dan alam sekitar, termasuk 100 Orang Paling Berpengaruh Majalah TIME, 50 Penginovasi Paling Maju Fast Company dan 10 Pereka Terbaik BusinessWeek.
Paul Polman
London, 29 Januari 2014
Paul Polman ialah Ketua Pegawai Eksekutif Unilever dan Naib Pengerusi Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Mampan. Polman memulakan kerjaya beliau di Procter & Gamble pada tahun 1979, memegang banyak jawatan eksekutif kanan, termasuk Presiden Kumpulan di Eropah. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Unilever, beliau telah menetapkan wawasan yang bercita-cita tinggi bagi menggandakan saiz syarikat itu sambil mengurangkan kesan keseluruhannya ke atas alam sekitar dan meningkatkan impak sosial positifnya. Bagi mengiktiraf sumbangan beliau, Polman telah menerima Anugerah Majlis Atlantik untuk Kepimpinan Perniagaan yang Dihormati dan Anugerah CK Prahalad untuk Kepimpinan Kemampanan Global.
Kiran Mazumdar-Shaw
Dubai, 19 Februari 2014
Kiran Mazumdar-Shaw ialah wanita terkaya di India yang berjaya dengan usahanya sendiri dan merupakan Pengasas serta Pengerusi Biocon Ltd. Mazumdar-Shaw menubuhkan Biocon semasa beliau hanya berusia 25 tahun. Kini tumpuan beliau adalah terhadap biofarmaseutikal dan menghasilkan ubat-ubatan yang mampu milik seluruh dunia. Mazumdar-Shaw ialah penerima beberapa anugerah, yang tertinggi ialah Anugerah Padmashri, salah satu anugerah orang awam tertinggi di India, yang telah dianugerahkan oleh Presiden India. Beliau juga telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Terbaik Tahun Ini Ernst & Young pada tahun 2002 dalam kategori Penjagaan Kesihatan & Sains Hayat dan Anugerah Insan Terbaik Tahun ini BioSpectrum pada tahun 2003.
Arianna Huffington
Boston, 9 April 2014
Arianna Huffington ialah Pengerusi, Presiden dan Ketua Editor Huffington Post Media Group, penulis ruangan yang terkemuka, dan penulis tiga belas buku. Pada bulan Mei 2005, beliau melancarkan The Huffington Post, laman berita dan blog dalam talian yang pantas berkembang menjadi salah satu jenama media terbesar di dunia dan memenangi Hadiah Pulitzer untuk kewartawanan kebangsaan pada tahun 2012. Pada tahun 2013, beliau diiktiraf dalam senarai Wanita Paling Berkuasa Forbes. Pada tahun 2006, dan sekali lagi pada tahun 2011, beliau juga telah dimasukkan dalam senarai 100 orang paling berpengaruh di dunia Time Magazine.
Siri Penceramah Berwawasan ini, yang dahulunya dikenali sebagai Siri Penceramah Eksekutif Hult, telah memaparkan lebih 90 pemimpin luar biasa termasuklah Steve Forbes, (Pengerusi dan Ketua Editor Forbes Media), Presiden Bill Clinton (Presiden A.S. ke-42), Jimmy Wales (Pengasas Wikipedia), Biz Stone (Pengasas Bersama Twitter), Sir Bob Geldof (pemuzik, pejuang hak asasi manusia, penyiar Ireland yang terkenal) dan Jessica Jackley (Pengasas Bersama Kiva).
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Siri Penceramah Berwawasan Hult, sila klik di sini.
Perhubungan Media:
Jenny Harler, Pengarah Komunikasi
Kolej Perniagaan Antarabangsa Hult
E-mel: jenny.harler@hult.edu
Tel: +44-0-790-848-01-66
Tentang Kolej Perniagaan Antarabangsa Hult
Hult ialah kolej perniagaan dengan capaian antarabangsa yang paling meluas di dunia dengan kampus di Boston, San Francisco, London, Dubai, dan Shanghai, dan pusat pusingan baharu di Sao Paulo dan New York. Kolej itu menawarkan sijil MBA, MBA Eksekutif, program ijazah Sarjana dan Sarjana Muda. Program MBA satu tahun Hult telah diperingkatkan dalam 10 Perniagaan Antarabangsa dan Pengalaman Antarabangsa Terbaik oleh Financial Times pada tahun 2012. Bagi maklumat lanjut, sila ke www.hult.edu.