omniture

RIA Novosti Group Lancarkan Liputan Multimedia 24 Jam bagi Sukan Olimpik Sochi 2014

RIA Novosti
2013-11-19 09:00 136

MOSCOW, 19 November 2013 /PRNewswire/ -- RIA Novosti dengan bangganya mengumumkan perkembangan terkini berkenaan rangkaian produk Olimpik dengan kerjasama saluran televisyen terkemuka Rusia dan kumpulan komunikasi yang memiliki muka hadapan bangunan media terbesar di Moscow bagi menyiarkan siaran Olimpik.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131119/653034-INFO)

Lebih 300 wartawan, jurugambar, pakar IT, pengatur cara dan lain-lain pakar, 84 daripada mereka berpangkalan di Sochi akan menyiarkan rakaman selama 24 jam bagi Sukan Olimpik dalam bahasa Rusia dan dalam bahasa asing.

"RIA Novosti sentiasa mengutamakan penyiaran Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik dan kami amat berbangga atas anugerah Agensi Berita Nasional Tuan Rumah Sukan Olimpik Sochi 2014 dan Pool Foto. RIA Novosti merancang untuk mendapatkan khidmat 80 wartawan dan jurugambar yang menumpukan terhadap para atlet Rusia di Sochi," kata Ketua pasukan Olimpik RIA, Maxim Filimonov.

Agensi tersebut telah pun menghasilkan sehingga 400 foto Olimpik setiap hari dan ini akan terus dipertingkat kepada lebih 1,200 apabila acara sukan mula berlangsung. Para klien akan menerima kandungan dari lokasi dalam tempoh 90 saat melalui sistem Blitz yang canggih.

RIA Novosti juga akan menggunakan peralatan kawalan pergerakan kamera MRMC dan akan menyiarkan siaran visual tersebut dalam format paling canggih termasuklah video interaktif dan video panorama 360º.

Foto terbaik Sukan Olimpik akan turut disiarkan pada muka hadapan bangunan media terbesar Eropah, bangunan Projek Hidro Moscow. Pameran Inspire to Win akan menampilkan foto sukan terbaik daripada para wartawan RIA Novosti yang akan diadakan di jalanan sekitar pusat bandar Moscow pada bulan Disember 2013.

Liputan acara sukan tersebut akan dilakukan dalam sebelas format dan juga melalui aplikasi telefon bimbit istimewa serta laman web.

App Second Screen yang dihasilkan bersama Channel One Rusia merupakan salah satu produk paling canggih RIA Novosti. RIA Novosti akan turut melancarkan app Sochi 2014 yang dihasilkan bersama pengendali statistik ATOS rakan kongsi peringkat global IOC.

Para pelanggan newsfeed, pihak media dan klien RIA Novosti yang lain akan dapat mengakses portal maklumat baharu dan bank foto Sukan Olimpik.

Satu barisan produk khas bagi para klien asing RIA Novosti termasuklah: R-Sports News Service yang merupakan berita Bahasa Inggeris yang membuat liputan bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014 dan pertandingan sukan besar yang lain di Rusia. Pakej Foto Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 pula mengandungi berita rakaman secara langsung dan koleksi foto arkib dengan tema Sukan Olimpik.

SUMBER  RIA Novosti

Source: RIA Novosti
Keywords: Sporting Events Sports New products/services