omniture

Lendlease tonjolkan impresi komuniti pertama ruang acara akan datang di tempat letak kereta ruang terbuka Grange Road

Lendlease
2022-10-17 15:34 76

Artis-artis tempatan Tell Your Children, Aeropalmics dan Tobyato meningkatkan penantian terhadap ruang acara Orchard Road akan datang dengan lukisan mural secara langsung amat besar diadakan selama empat hari

SINGAPURA17 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pengunjung-pengunjung ke Orchard Road baru-baru ini disajikan dengan pesta visual apabila tiga artis tempatan berkongsi visi mereka terhadap ruang acara pasang-dan-pakai baru muncul di bekas tempat letak kereta Grange Road. Tell Your Children, Aeropalmics dan Tobyato menghidupkan interpretasi kreatif mereka selama empat hari di bawah cahaya matahari dan dalam hujan, lalu menggamit perhatian ramai pembeli dan pengunjung ke kawasan tersebut.

 

Mural amat besar yang berukuran sehingga sembilan meter merupakan kemuncak perjalanan sepanjang tahun bermula dengan pelawaan penyerahan terbuka pada tahun lalu untuk orang ramai berkongsi konsep visual untuk apa yang dirancang bakal menjadi nadi acara Somerset. Penyertaan yang berjaya dipilih berdasarkan kepada kreativiti dan keaslian konsep serta sejauh mana mereka menonjolkan tenaga dan semangat ruang acara pengalaman masa depan itu.

Ketiga-tiga artis tempatan tersebut kemudiannya dilantik untuk menerapkan seni unik dan gaya kreatif mereka dengan konsep yang telah disenarai pendek daripada orang ramai bagi mencipta mural yang benar-benar menonjolkan visi kolektif oleh orang ramai untuk ruang baharu ini. Reka bentuk yang berani dan warna-warna terang pada mural tersebut turut memberi gambaran terhadap gaya hidup dan pengalaman hiburan baharu yang pertama seumpamanya yang akan ditawarkan oleh ruang masa depan itu, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengukuhkan kedudukan Orchard Road sebagai destinasi gaya hidup.

Sertai artis-artis tersebut semasa mereka menceritakan proses mereka dan bagaimana mereka menterjemahkan visi mereka kepada mural melalui kekili (reel) sorotan ini di sini.

Maklumat lanjut tentang para artis dan inspirasi mereka adalah seperti di bawah:

Tobyato ialah seorang pengilustrasi dan artis visual melalui banyak medium. Hasil karya beliau bermula daripada mural yang amat besar hinggalah kolaborasi jenama. Di sebalik nama samaran itu, ialah Toby dari Singapura dengan hasrat untuk menjadikan seni lebih mudah diakses oleh orang ramai, karya seni beliau biasanya berani, menonjol dan diilhamkan oleh motif tradisional Cina dan pengaruh ceria yang mencerminkan personaliti dan asal usul beliau sendiri. Sebagai pencinta budaya jalanan, sepanjang kerjaya kreatifnya, beliau telah mendapat tempahan daripada jenama-jenama seperti G-SHOCK, Shake Shack, Levi's dan Asics antara lain, membina secara berterusan hasil karya yang menunjukkan kolaborasi jenama artis.

Back to Live! by Tobyato (Credit: Lendlease)
Back to Live! by Tobyato (Credit: Lendlease)

Back to Live!

Inspirasi karya seni:

Mendapat inspirasi daripada pelbagai kumpulan individu yang berkumpul untuk membentuk satu komuniti besar dan menggabungkan burung phoenix, yang menonjolkan "kelahiran semula" dan "pembaharuan" – mural ini menampilkan penggabungan bentuk organik yang membentuk burung phoenix abstrak, melakar persamaan dengan banyak komuniti berbeza yang berkumpul untuk menghidupkan dan melahirkan semula ruang baharu ini.

Aeropalmics mengabadikan rona keadaan manusia yang berbeza dengan lebih elegan berbanding sebahagian besarnya. Dengan mata yang terbuka kepada keajaiban deria yang tidak berkesudahan daripada dunia semula jadi, beliau menghasilkan karya yang silih-berganti antara perincian yang mengagumkan dan karya abstrak yang ceria. Karya indah beliau telah dipamerkan di galeri seni halus terkenal dan festival antarabangsa, berserta tempahan untuk Google, Facebook, Nike dan pelbagai jenama antarabangsa.

Come aLive! by Aeropalmics (Credit: Lendlease)
Come aLive! by Aeropalmics (Credit: Lendlease)

Come aLive!

Inspirasi karya seni:

Seluruh ruang tersebut akan riuh dengan tenaga 'elektrik' belia dan pergerakan! Karya ini bertujuan untuk memperjuangkan idea kemasyarakatan, persahabatan dan mengangkat satu sama lain ke tahap yang lebih tinggi melalui pengalaman bersama, memberi inspirasi kepada rasa penerokaan yang lebih luas dan mengajak semua orang untuk menikmati pengalaman tenaga ini untuk diri mereka sendiri.

Tell Your Children ialah sebuah studio kreatif yang menghasilkan kandungan visual melalui Ilustrasi & Reka Bentuk. Diterajui oleh Deon, Russell, Kevin & Lydia, TYC mahir dalam mengusahakan projek mural, visual penting dan kandungan berjenama untuk pelanggan di peringkat tempatan serta di peringkat antarabangsa. Bermula daripada Baybeats Singapore hinggalah Flatbush Zombies, TYC menyuntik bahasa visual khasnya dan gaya kreatif secara menyeluruh, merumuskan penyelesaian reka bentuk yang cemerlang untuk pelbagai kumpulan pelanggannya. Tell Your Children juga berusaha untuk mengangkat dan memimpin komuniti kreatif Singapura dan di luarnya. Melalui acara yang dimulakan sendiri dan pelbagai projek yang dipimpin oleh output kreatif pengumpul, TYC berusaha untuk membentuk ekosistem mantap yang memberi inspirasi dan menggalakkan ekspresi diri dan budaya yang kreatif.

Doorway to New Live! by Tell Your Children (Credit: Lendlease)
Doorway to New Live! by Tell Your Children (Credit: Lendlease)

Doorway to New Live!

Inspirasi karya seni:

Karya ini menampilkan 3 portal, setiap satu menonjolkan aktiviti-aktiviti yang berbeza untuk dilakukan di ruang baharu. Portal-portal ini merupakan pintu gerbang yang bertenaga, dinamik dan indah untuk pengunjung diangkut ke ruang yang eklektik, riuh dan sentiasa berubah-ubah – wadah kemungkinan yang disediakan bagi tujuan penerokaan dalam ruang ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Lendlease

Joyce Lim

joyce.lim@lendlease.com 

Omnicom Public Relations Group

sng.lendlease@omnicomprgroup.com

Latar Belakang 313@somerset

313@somerset ialah salah satu pembangunan runcit utama yang pertama dijalankan oleh Lendlease di Asia dan menyampaikannya melalui model perniagaan hartanah bersepadu penuh yang melaluinya Lendlease menyediakan perkhidmatan pengurusan pelaburan, pembangunan, pengurusan projek dan pembinaan, hinggalah perkhidmatan pengurusan aset dan hartanah. Ia merupakan pencapaian penting untuk Lendlease Group kerana ia merupakan pembangunan di tanah yang belum pernah dibangunkan sebelum ini (green field) yang pertama di Asia dan pembangunan pertamanya di jalan membeli-belah utama Singapura – Orchard Road.

Latar Belakang Lendlease Global Commercial REIT

Disenaraikan pada 2 Oktober 2019, Lendlease Global Commercial REIT ("LREIT") ditubuhkan dengan strategi pelaburan utama untuk melabur, secara langsung atau tidak langsung dalam portfolio terpelbagai aset-aset hartanah penjana pendapatan stabil yang terletak di seluruh dunia, yang digunakan terutamanya untuk tujuan runcit dan/atau pejabat.

Portfolionya merangkumi faedah pegangan pajak di dua pusat membeli-belah runcit di Singapura iaitu Jem (pusat membeli-belah runcit pinggir bandar dominan di wilayah Barat) dan 313@somerset (hartanah runcit utama) serta faedah pegangan kekal di tiga bangunan pejabat gred-A, Sky Complex, di Milan. Kelima-lima hartanah ini memiliki kawasan boleh sewa bersih keseluruhan kira-kira 2.2 juta kaki persegi dengan nilai yang ditaksir mencecah S$3.6 bilion. Pelaburan lain termasuk pembangunan ruang acara berbilang fungsi di sebuah tapak yang bersebelahan dengan 313@somerset.

LREIT diurus oleh Lendlease Global Commercial Trust Management Pte. Ltd., subsidiari milik penuh tidak langsung Lendlease. Objektif-objektif utamanya adalah untuk menyediakan pengagihan yang tetap dan stabil, mencapai pertumbuhan jangka panjang dalam pengedaran setiap unit dan nilai aset bersih setiap unit serta mengekalkan struktur modal yang sesuai kepada Pemegang Unit.

 

Source: Lendlease
Keywords: Art Entertainment Children-related news