omniture

Celonis Perkenalkan Perspektif Baharu bagi Pelaksanaan Perniagaan di Celosphere 2022 pada 9 - 10 November di Munich, Jerman

Celonis
2022-10-18 00:38 0

NEW YORK dan MUNICH, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Celonis, peneraju global dalam pengurusan pelaksanaan, hari ini mengumumkan bahawa pakar pelombongan proses dan pengurusan pelaksanaan terkemuka di dunia akan bersidang di Celosphere 2022 di Munich, Jerman pada 9 - 10 November.

Pengalaman dua hari Celosphere direka dari bawah hingga ke mercunya untuk mencipta pengalaman yang dikurasi dengan unik dan memobilisasikan golongan profesional proses terkemuka di dunia dengan teknologi proses dan pelaksanaan perniagaan yang termaju.

Hadirin akan membawa pulang pembelajaran, latihan dan pensijilan yang diperlukan untuk menggunakan pelombongan proses untuk membantu mengubah cara dunia beroperasi. Mereka bakal menjadi yang pertama untuk melatih, mengesahkan dan melaksanakan produk pelombongan proses dan pengurusan pelaksanaan generasi seterusnya Celonis yang akan diperkenalkan di perhimpunan yang unik ini, menerima perakuan eksklusif yang hanya tersedia di Celosphere 2022.

"Inilah waktu yang penting dalam sejarah perniagaan perusahaan untuk berhimpun berkenaan proses yang menggerakkan dunia," ujar Alex Rinke, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama dan Pengasas Bersama Celonis. "Dengan memodenkan cara kita semua mencari, memperbetulkan dan mengoptimumkan proses - kita boleh menongkah arus inflasi, rantaian bekalan, sisa makanan dan kemusnahan karbon terhadap planet kita - secara harfiahnya, satu proses pada satu masa."

Pratonton tak rasmi Pengalaman Celosphere

Ahli Lembaga Eksekutif Lufthansa Group, Armada & Teknologi - Dr. Detlef Kayser: Pengalaman akan dimulakan dengan ucaptama dan sembang santai bersama ahli Lembaga Eksekutif Lufthansa Group, Dr. Detlef Kayser, yang bertanggungjawab ke atas proses dan standard operasi, pengurusan armada komersial dan teknikal serta IT dan perolehan Lufthansa Group. Dr. Kayser akan berkongsi pandangan mendalam dan nasihat tentang cara teknologi proses dan pelaksanaan perniagaan termaju merupakan tunjang strategik dalam perniagaan 16 bilion Euro Lufthansa - pembawa pengangkut udara kebanggaan bagi Jerman dan Eropah.

Naib Presiden Kecerdasan, Automasi & Teknologi Baru Muncul Mars - Adeel Fudda: Adeel Fudda ialah peneraju dan penginovasi Transformasi Digital yang tekal dalam memacu penciptaan nilai menerusi pengautomatan proses global, tadbir urus, pengurusan vendor dan teknologi baru muncul. Kepakaran beliau merangkumi Automasi Proses Robotik (RPA), Kecerdasan Buatan & Ejen Maya Kognitif dengan keupayaan NLP & Pembelajaran Mesin, alat OCR dan sistem Realiti Imbuhan (AR)/Realiti Maya (VR). Semasa ucaptamanya, En. Fudda akan berkongsi cara Mars menjadikan pelombongan proses sebahagian daripada urusan biasa di dalam organisasi - menyokong seluruh perusahaan Mars untuk memanfaatkan pelombongan proses demi meningkatkan pelaksanaan perniagaan.

Ketua Pegawai Operasi Allianz Partners - Lars Rogge: En. Rogge juga akan mengendalikan sesi kumpulan kecil yang membincangkan kuasa teknologi proses dan pengurusan pelaksanaan di Allianz Partners. Allianz Partners ialah peneraju dunia dalam insurans B2B2C dan bantuan dalam Allianz Group, menawarkan penyelesaian global yang merangkumi insurans kesihatan dan hayat, perjalanan antarabangsa, mobiliti dan bantuan antarabangsa. En. Rogge bertanggungjawab ke atas transformasi digital bidang Operasi di Allianz Partners, yang mengendalikan kira-kira 65 juta kes bantuan, 63 juta panggilan dan mengaturkan 8,500 repatriasi perubatan pada tahun 2021 - dengan aktiviti komersial di 75 buah negara memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami dalam 70 buah bahasa.

Ketua Pegawai Digital ERGO - Mark Klein: En. Klein akan mengetuai sembang santai berkongsikan pandangan mendalam beliau tentang nilai pelombongan proses dan pelaksanaan digital untuk ERGO - salah satu kumpulan insurans utama di Jerman dan Eropah. En. Klein terkenal kerana kepimpinan pemikiran industri beliau tentang cara menginspirasi orang dan budaya untuk mendigitalkan proses demi mencipta syarikat yang berdaya tahan dan berkekalan. Dalam tahun 2021, ERGO menerima jumlah premium sebanyak 19 bilion euro. Kumpulan ini mempunyai perwakilan di kira-kira 30 buah negara di seluruh dunia menawarkan rangkaian insurans, pencen, pelaburan dan perkhidmatan yang komprehensif.

Ketua Pusat Kecemerlangan bagi Pelombongan Proses Bayer AG - Timo Peters: En. Peters, Selaku pemangku CeloCoE Champion EMEA, akan berkongsikan 10 petua utama Pusat Kecemerlangan. Sebelum peranan beliau di Bayer dan tumpuan beliau terhadap mempercepatkan Pusat Kecemerlangan Bayer, Timo membina Pusat Kecemerlangan Nokia. Dengan latar belakang operasinya, beliau akan membentangkan sepuluh pengumpil yang utama seperti kepentingan penaja eksekutif dan juga bercakap tentang pengalaman amali, amalan terbaik yang telah beliau lihat hasil daripada perbincangan dengan banyak syarikat lain dan berkongsi petua operasi yang sangat khusus. Sesi ini menegaskan kepentingan Pusat Kecemerlangan sebagai pemecut pusat bagi transformasi dan akan menghidangkan audiens dengan sajian minda untuk pelaksanaan mereka sendiri.

Pengasas Gapminder Foundation - Anna Rosling Rönnlund: Hadirin akan dapat waktu bersemuka dengan wanita yang dikenali ramai kerana mencabar pemimpin Davos tentang persepsi mereka terhadap dunia dan kemudiannya menunjukkan data yang membuka mata mereka untuk membuktikan salah tanggapan mereka. Anna, pengasas Gapfinder Foundation, sebuah NGO yang bertumpukan kepada pandangan dunia berasaskan fakta, merupakan pengarang bersama buku laku keras "Factfulness," yang mana beliau menguraikan salah tanggapan mega yang membentuk pandangan dunia kita dan menunjukkan keadaan dunia sebenar dalam cara yang boleh difahami oleh semua orang.

Pemimpin Industri Peneraju: Pengalaman dua hari akan turut termasuk pentas utama dan perbincangan imersif daripada peneraju industri seperti ALDI SÜD, BMW Group, BSH Home Appliances Group, Dell Technologies, DHL Supply Chain, EQUANS, Ingka Group (Penjual IKEA), MANN+HUMMEL Group, Merck & Co., MOL Group, ŠKODA AUTO a.s., Stora Enso dan banyak lagi.

Penampilan IstimewaWil van der Aalst, profesor yang terkenal - dan bapa pelombongan proses - dan Marc Kerremans, Naib Presiden Gartner dan penganalisis mengkhusus dalam pelombongan proses, akan memimpin perbincangan tentang masa depan pengoptimuman proses dan pelaksanaan perniagaan. R "Ray" Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Constellation Group akan memimpin sesi imersif tentang cabaran terbesar hari ini tentang kekurangan, inflasi dan kemelesetan, dan cara pelombongan proses boleh membantu menangani cabaran tersebut. Harpreet Makan, pengarah firma bagi Everest Group, akan memimpin sesi inovasi dalam pelombongan proses, menumpukan pada laporan Process Mining PEAK Matrix® dan ramalan beliau untuk industri. Reetika Fleming dari HFS Research akan menumpukan pada amalan terbaik pelaksanaan dan kisah-kisah kejayaan pelanggan, manakala Maureen Fleming dari IDC akan menyertai panel untuk Wanita dalam Pelombongan Proses.

Penciptaan Semula Pelombongan Proses: Perjalanan Celonis bermula dengan permulaan yang biasa sedekad yang lalu apabila tiga pengasas bersama merupakan yang pertama untuk mengkomersialkan penyelesaian untuk mencari dan memperbaiki masalah proses yang tersembunyi di dalam sistem ERP, SCM, dan CRM. Di Celosphere 2022 - Celonis akan memperkenalkan barisan pertama siri produk pelombongan proses dan pelaksanaan perniagaan generasi seterusnya miliknya. Produk baharu ini akan memperkenalkan dimensi baharu data perniagaan, perisikan dan tindakan untuk semua produk Celonis. Para tetamu Celosphere akan mendapat latihan langsung dan pensijilan agar mereka boleh terus melaksanakan produk baharu dalam perniagaan mereka.

Pentauliahan Celonis Eksklusif: Para tetamu Celosphere akan berpeluang untuk mendapat pentauliahan "Celonis Champion" dan "Celonis Builder" yang baharu. Selepas mempelajari keupayaan Celonis terkini di Celosphere dan mengesahkan kepakaran mereka menerusi Celonis Academy, para hadirin akan pulang dengan salah satu lencana penghormatan terpilih.

Ekosistem Pelaksanaan Perniagaan: Celosphere akan dianjurkan bersama dan ditaja oleh GSI terkemuka di dunia termasuk Accenture, IBM Consulting, McKinsey, ServiceNow, dan banyak lagi.

Mengoptimumkan Keuntungan Kasar, Keuntungan Bersih dan Keuntungan Hijau Dengan Proses

Celosphere ialah titik perhimpunan tahunan bagi pakar terkemuka dunia dalam pelombongan proses dan pengurusan pelaksanaan. Satu matlamat bersama Celosphere adalah untuk menyatukan syarikat-syarikat utama dunia untuk mencari, memperbaiki dan memodenkan proses teras mereka. Ini mewujudkan kitaran tenaga yang tidak mampu disangkal bagi keuntungan kasar, keuntungan bersih dan juga nilai keuntungan hijau.

Pada tahun 2021, lebih daripada 10,000 orang menghadiri siaran dalam talian Celosphere yang dibarisi oleh Julie Sweet, Ketua Pegawai Eksekutif Accenture; Bob Moritz, Ketua Pegawai Eksekutif PWC; Mark Foster, Pengerusi IBM Consulting di IBM; Trevor Noah, dan Megan Rapinoe.

Daftar di sini untuk menghadiri Celosphere 2022 di Munich, Jerman.

Latar Belakang Celonis

Celonis mendedahkan dan memperbetulkan ketidakcekapan perniagaan yang tidak dapat dilihat, membolehkan mereka untuk melaksanakannya di tahap yang dianggap tidak boleh dilaksanakan. Dikuasakan oleh teras pelombongan proses peneraju pasaran, Celonis Execution Management System menyediakan keupayaan platform penuh bagi eksekutif perniagaan dan pengguna untuk menghapuskan berbilion ketidakcekapan korporat, menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik dan mengurangkan emisi karbon. Celonis mempunyai beribu-ribu pelaksanaan dengan pelanggan global dan beribu pejabat di Munich, Jerman dan New York City, Amerika Syarikat dengan lebih daripada 20 pejabat di seluruh dunia.

© 2022 Celonis SE. Semua hak cipta terpelihara. Celonis, Execution Management System, EMS dan logo "titis air" Celonis ialah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar Celonis SE di Jerman dan bidang kuasa yang lain. Semua produk dan nama syarikat lain ialah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar pemiliknya masing-masing.

Hubungi:
press@celonis.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1883235/Celonis_logo.jpg?p=medium600

Source: Celonis
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Trade show news