SHENZHEN, China, 19 November 2013 /PRNewswire/ -- Semasa Pesta Teknologi Tinggi China 2013 (CHTF) yang akan datang, sebilangan syarikat terkenal akan memperkenalkan teknologi dan produk terkini mereka. Syarikat terkenal yang disebut itu ialah seperti berikut: firma IT terbesar milik negara China Electronics Corporation, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Internet of Things Akademi Sains Cina, nwStor Limited, Shequn Net Limited, China National Software & Service Company Limited, Beijing Lianchuang Brothers Culture & Media Company Limited, Universiti Shenzhen, dan Dalian Yuguang Virtue Network Technology.
Teknologi penyepaduan penulisan memori dan pencarian berkelajuan tinggi yang bersama dibangunkan oleh Shenzhen Zhongbo Kechuang Information Technology boleh menyelesaikan masalah penulisan memori yang dihadapi oleh syarikat dengan pantas dan pintar. Pengingat Grand Ocean mereka ialah salah satu produk terbaik dunia, yang boleh dilanjutkan tanpa had dan mengedarkan penulisan memori dengan pintar. Dengannya, penyusunan perniagaan baharu, kemasukan pengingat luaran dan pematuhan ruang isomerisme akan menjadi pantas dan mudah tanpa sebarang kebimbangan tentang kesukaran pengurusan penulisan memori apabila berhadapan dengan peralatan yang baharu dimasukkan, pengubahsuaian konfigurasi, dan gangguan perniagaan serta lain-lain lagi. Teknologi ini boleh diaplikasikan kepada bidang berikut, seperti media, Internet, sains hayat, pemodelan dan simulasi kejuruteraan, penyedia perkhidmatan kandungan, bidang minyak dan gas, kerajaan, universiti, dan pusat data syarikat.
Selain itu, China National Software & Service Company Limited (CSS) membawakan "Alat Analisis & Ramalan Data Besar Diamond CSS". Berdasarkan data lampau dan bukan model pengalaman, alat itu ialah penyepaduan aplikasi perisian bagi menyokong ramalan dan pembuatan keputusan melalui analisis keadaan makro dan amaran awal selepas menemui dan mengkaji ciri-ciri data bagi mendapatkan saling hubungan antaranya. "Aplikasi Perkhidmatan Pencarian Data Am Pintar" yang dibangunkan oleh Universiti Shenzhen ialah pakej perisian pencarian data besar am jenis silang-data pertama GeDBIT. Dengan sumber dalam pusat pengkomputeran awan sebagai platform ujian asas, ia adalah sangat versatil dalam menyokong pencarian data besar berbilang jenis, seperti teks, angka, suara, imej, video, jujukan gen dan jujukan protein.
Tarikan tentang penyimpanan data besar dan teknologi keselamatan juga akan ditunjukkan semasa pesta itu. "Dameng Database" daripada CSS mengaplikasikan sistem pengurusan keselamatan "tiga pihak" bagi menyelesaikan tahap keselamatan B1. Kejayaan cemerlang telah dicapai dalam pengurusan penyimpanan data besar, kawalan keserentakan, pemprosesan pertanyaan data berkeutamaan, pemprosesan kejadian, sandaran dan pemulihan, dan sokongan SMP.
Tentang CHTF:
Pesta Teknologi Tinggi China 2013 (CHTF) dirasmikan pada 16 November, untuk maklumat lanjut sila lawati: www.chtf.com.