BEDFORD, Massachusetts, 19 November 2013 /PRNewswire/ -- Pengeluaran produk baharu meningkatkan prestasi pangkalan data, memudahkan pengurusan dengan lebih banyak alatan yang tersuai khusus dan memperluas sokongan Ketersediaan Tinggi dengan pengurus sokongan kegagalan sistem yang berautomasi
EnterpriseDB (EDB), penyedia yang menerajui seluruh dunia untuk produk Postgres kelas perusahaan dan penyelesaian keserasian pangkalan data Oracle, hari ini mengumumkan versi baharu pangkalan data pertamanya dan konsol pengurusan kelas perusahaan mereka – masing-masing dinamakan Postgres Plus Advanced Server 9.3 dan Postgres Enterprise Manager 4.0. Syarikat itu juga mengumumkan produk baharu pada hari ini, EDB Failover Manager, komponen kritikal untuk memenuhi keperluan Ketersediaan Tinggi perusahaan.
Perusahaan banyak mencari jalan untuk menggunakan atau memperluas penggunaan Postgres kerana prestasi dan kestabilannya semakin luas dikenali di seluruh industri. Minat baharu dalam menggunakan Postgres untuk lebih banyak aplikasi kritikal misi dan bukan kritikal misi yang semakin besar telah membawakan skop yang meluas bagi keperluan perusahaan untuk prestasi, kebolehurusan dan Ketersediaan Tinggi.
Bekerjasama bersama pelanggan mereka yang terbesar, EDB membangunkan ciri, kemampuan dan produk baharu yang menyasarkan keperluan perusahaan global. Kemajuan ini diiktiraf dalam laporan Gartner Research pada bulan Oktober 2013, Kuadran Ajaib untuk Sistem Pengurusan Pangkalan Data Pengendalian.* EDB diletakkan dalam Kuadran Pencabar. Laporan itu menyatakan: "Kefungsian Postgres Plus EnterpriseDB telah banyak meningkat, dan dengan Ciri Keserasian Oracle yang kini lebih daripada mencukupi untuk menjalankan kedua-dua aplikasi kritikal misi dan bukan kritikal misi."
EDB ialah penyedia perisian dan perkhidmatan Postgres terbesar dengan perisian kelas perusahaan, perkhidmatan profesional, sokongan dan latihan bagi memastikan kejayaan dengan Postgres sambil organisasi memperluas pengaturan penggunaan mereka untuk perisian sumber terbuka ke pusat data. Lebih 2,000 perusahaan, agensi kerajaan dan organisasi lain seluruh dunia menggunakan produk dan perkhidmatan EnterpriseDB bagi mengaturkan penggunaan Postgres dengan berjaya, mengurangkan kebergantungan mereka pada pangkalan data tradisional yang mahal dan mengurangkan kos pangkalan data sebanyak lebih 80 peratus.
"Kami ada 47 daripada 500 syarikat dalam senarai Fortune 500 syarikat global dan 73 daripada 1000 syarikat dalam senarai Global 1000 dalam tapak pelanggan kami. Pengguna seperti ini mempunyai permintaan yang tinggi untuk pangkalan data mereka tetapi mereka mahu menggunakan Postgres bagi mengurangkan perbelanjaan mereka ke atas penyelesaian milikan yang mahal," kata Ed Boyajian, Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden EnterpriseDB. "Kami memenuhi permintaan mereka dengan menyebatikan dalam PostgreSQL ciri tahap perusahaan dan kemampuan yang diperlukan oleh jenama global bagi mengaturkan penggunaan sumber terbuka dalam persekitaran mereka."
Pelayan Postgres Plus Advanced Server
Postgres Plus Advanced Server 9.3 dibina sebagai tambahan untuk PostgreSQL 9.3 komuniti, yang dikeluarkan pada bulan September, dan termasuklah ciri baharu penting untuk pengendalian aplikasi mirip NoSQL yang lebih baik, seperti sokongan JSON yang diperluas.
Antara kemajuan yang telah dibangunkan EDB untuk Postgres Plus Advanced Server 9.3 ialah:
EDB Failover Manager
EDB Failover Manager ialah produk terbaharu syarikat itu dalam koleksi alatan kelas perusahaan bersepadu. Ia menangani ketiadaan dalam pasaran untuk penyelesaian yang andal dan berkesan kos bagi memantau kelancaran gugusan replikasi yang sedang dijalankan dan memulakan sistem sokongan kegagalan jika pangkalan data utama gagal berfungsi.
Produk baharu ini kritikal bagi memenuhi permintaan Ketersediaan Tinggi. Ia menyediakan gugusan pangkalan data yang tahan rosak, yang mengurangkan masa tidak berfungsi secara signifikan bagi memastikan data kekal sedia ada dan dalam talian jika pangkalan data utama gagal. EDB Failover Manager menyediakan pemantauan gugusan, pengesanan kegagalan dan mekanisme sokongan kegagalan yang boleh disepadukan ke dalam pelbagai penyelesaian Ketersediaan Tinggi yang sulit.
Postgres Enterprise Manager
Postgres Enterprise Manager ialah alatan kelas perusahaan bagi menguruskan, memantau dan menala pengaturan penggunaan Postgres yang besar. Dengan Postgres Enterprise Manager, para profesional pangkalan data boleh menguruskan dengan mudah lebih banyak pangkalan data yang lebih besar merentasi perusahaan daripada satu konsol grafik tunggal yang sangat boleh disuai khusus dan mudah digunakan.
Kemampuan baharu yang terdapat dalam Postgres Enterprise Manager 4.0 termasuklah papan pemuka yang boleh disuai khusus dengan kemampuan untuk mengawal rupa dan rasanya serta kandungan pandangan pemantauan. Pengeluaran ini juga menambah siri prob dan pemberitahuan pemantauan baharu untuk Fail Log, serangan suntikan SQL dan konfigurasi replikasi (penstriman binari, Pelayan Replikasi xDB dan Slony).
Ketersediaan Produk
Postgres Plus Advanced Server 9.3 dan Postgres Enterprise Manager 4.0 boleh didapati sekarang. EDB Failover Manager akan dikeluarkan untuk awam pada 9 Disember 2013.
Petikan Sokongan
"Kejayaan awal kami setahun lebih yang lalu dengan penghijrahan lancar ke dalam pelayan Postgres Plus Advanced Server EnterpriseDB terus memberi manfaat untuk perniagaan kami dan hasil akhirnya. Kami tidak perlu mengorbankan kepantasan atau prestasi tetapi kami mampu merealisasikan penjimatan kos yang signifikan. Hari ini, kami sedang mencari jalan secara proaktif untuk memperluas pengaturan penggunaan Postgres kami dan memandangkan Postgres Plus Advanced Server 9.3 boleh mengendalikan jadual dengan ribuan petak dan memberi prestasi lebih pantas mengukuhkan lagi sebab untuk mengaturkan penggunaan Postgres di mana sahaja yang mungkin," kata Frank Ebinger, ketua kejuruteraan IT di Gallinat-Service GmbH.
"EDB Failover Manager menguatkan lagi tawaran yang kami sediakan kepada perusahaan besar yang mempunyai keperluan Ketersediaan Tinggi yang ketat dan mahu mengaturkan penggunaan penyelesaian berasaskan sumber terbuka dalam pusat data. Pusat data ialah bidang yang semakin mendapat tumpuan untuk penyelesaian sumber terbuka dan dengan EnterpriseDB sebagai rakan kongsi, kami mempunyai penyelesaian yang berkuasa dan berevolusi untuk mengukuhkan usul nilai kami," kata Robin Porter, pengurus pembangunan perniagaan, Quru.
*Gartner tidak mengendors sebarang vendor, produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih vendor yang mempunyai pemeringkatan tertinggi sahaja. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pandangan organisasi penyelidikan Gartner dan tidak patut dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada dinyatakan atau dibayangkan, yang berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehjualan atau ketahanan untuk tujuan tertentu.
Berhubung dengan EnterpriseDB
Baca blog kami: http://blogs.enterprisedb.com/
Ikuti kami di Twitter: http://www.twitter.com/enterprisedb
Jadi peminat kami di Facebook: http://www.facebook.com/EnterpriseDB?ref=ts
Sertai kami di Google+: https://plus.google.com/108046988421677398468
Berhubung di LinkedIn: http://www.linkedin.com/company/enterprisedb
Tentang EnterpriseDB Corporation
EnterpriseDB ialah penyedia yang menerajui di seluruh dunia untuk perisian dan perkhidmatan Postgres yang membolehkan perusahaan mengurangkan kebergantungan mereka pada penyelesaian milikan yang mahal dan mengurangkan perbelanjaan pangkalan data mereka sebanyak 80 peratus atau lebih. Dengan prestasi yang berkuasa dan peningkatan keselamatan untuk PostgreSQL, alatan pengurusan canggih untuk pengaturan penggunaan global dan keserasian Oracle, perisian EnterpriseDB menyokong kedua-dua aplikasi perusahaan yang kritikal misi dan bukan kritikal misi. Lebih 2,000 perusahaan, kerajaan dan organisasi lain seluruh dunia menggunakan perisian, sokongan, latihan dan perkhidmatan profesional EnterpriseDB bagi menyepadukan perisian sumber terbuka ke dalam infrastruktur data mereka yang sedia ada. Berpusat di Bedford, Massachusetts, EnterpriseDB disokong oleh kapitalis usaha niaga dan pelabur strategik tahap tinggi seperti Red Hat dan IBM. Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.enterprisedb.com.
Perhubungan Media EnterpriseDB:
Renee Deger
Pengurus Perhubungan Awam Korporat
Renee.deger@enterprisedb.com
+1(781)357-3390
SUMBER EnterpriseDB