omniture

bolttech, syarikat insurtech berpangkalan di Singapura, peroleh pelaburan Siri B untuk meneruskan pertumbuhan global syarikat yang pesat

bolttech
2022-10-18 09:43 135

Tokio Marine, berserta pemegang-pemegang saham yang lain, akan menerajui pusingan pendanaan Siri B bolttech yang menyusuli Siri A terbesar yang pernah dikumpul oleh sebuah syarikat insurtech.

SINGAPURA, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- bolttech, salah sebuah syarikat teknologi insurans (insurtech) bertaraf antarabangsa yang berkembang paling pantas di dunia, hari ini mengumumkan Tokio Marine, berserta pemegang-pemegang saham yang lain, akan menerajui pusingan pendanaan Siri B bolttech. Pelaburan tersebut menilai bolttech, satu-satunya syarikat insurtech unikorn tempatan Singapura, dengan peningkatan penilaian mencecah kira-kira AS$1.5 bilion, setahun selepas ia menutup pusingan pendanaan Siri A yang terbesar bagi sebuah syarikat insurtech.

bolttech, salah satu penyedia insurans tersisip yang terkemuka di dunia, merupakan sebuah syarikat insurtech B2B2C bertaraf global yang memanfaatkan bursa insurans untuk menghubungkan syarikat-syarikat insurans dengan pengedar insurans dan pelanggan mereka. Dengan pemilikan lesen untuk beroperasi di lebih 30 pasaran di seluruh Asia dan Eropah serta keseluruhan 50 negeri Amerika Syarikat, platform bolttech menyediakan perniagaan di dalam dan di luar industri insurans dengan semua yang diperlukan bagi menawarkan produk insurans untuk memenuhi keperluan dan perlindungan insurans pelanggan yang semakin berkembang pada era digital ini. Ketersambungan ini membolehkan rakan kongsi bolttech memperbaharui model perniagaan mereka dan mencari aliran pendapatan baharu, mempercepatkan transformasi digital serta mengeratkan hubungan dengan pelanggan.

bolttech telah mencapai pertumbuhan yang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2020. Syarikat ini kini meletakkan kira-kira AS$50 bilion nilai premium tahunan melalui bursa insurans yang didayakan oleh teknologinya, yang terbesar di dunia. Secara global, bursa insurans bolttech menghubungkan lebih 800 rakan pengedar dengan lebih 200 pembekal insurans serta menawarkan lebih daripada 6,000 variasi produk.

Perkongsian Tokio Marine sebagai pelabur strategik akan melengkapi keupayaan dan capaian bolttech, meningkatkan kekuatan pengedaran, inovasi produk dan lembaran imbangan bolttech. Hasil kutipan daripada Siri B akan digunakan terutamanya untuk mendorong pertumbuhan global perniagaan yang berterusan.

Rob Schimek, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bolttech berkata, "Pemerolehan pelabur utama yang berkaliber dan berwibawa tinggi seperti Tokio Marine adalah merupakan pengesahan yang kukuh kepercayaan pelabur antarabangsa terhadap daya tahan model perniagaan bolttech, proposisi nilai jangka panjang kami serta peranan kami dalam membentuk masa depan pengedaran insurans. Tokio Marine akan menjadi rakan kongsi strategik dan penting tatkala kami terus mara dengan strategi pertumbuhan dan pengembangan global kami."

Masashi Namatame, Pengarah Urusan Eksekutif Tokio Marine, Ketua Pegawai Digital Kumpulan berkata, "Tokio Marine berasa gembira untuk berpeluang untuk menerajui pusingan Siri B bolttech dan menyertai bolttech pada trajektori pertumbuhan yang luar biasa sebagai rakan kongsi strategik mereka. Skala dan keluasan platform bolttech, digandingkan dengan keupayaan teknologi dan digital yang terkemuka di dunia serta pengalaman insurans yang luas, secara uniknya telah menempatkan bolttech sebagai peneraju yang jelas dalam bidang insurtech. Kami berharap dapat bekerjasama dengan bolttech bagi memanfaatkan peluang komersial yang akan ditawarkan oleh perkongsian strategik baharu kami."

Source: bolttech
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Venture Capital Financial Technology