omniture

Furmark® berkembang dan beroperasi: Lebih 50,000 label akan berada di kedai-kedai peruncit bulu di seluruh dunia ketika Furmark®, sistem kebolehjejakan global, meletakkan sasarannya pada pengembangan.

Furmark®
2022-10-18 15:00

LONDON, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Sejak dilancarkan pada bulan September 2021, Furmark®, sistem pensijilan dan kebolehjejakan global untuk bulu semula jadi, telah mencapai kejayaan mengagumkan dengan mengumpul 150 pengeluar untuk menyertai sistem dan menyediakan pakaian bulu semula jadi kepada rangkaian peruncit global. Ini telah menghasilkan lebih daripada 50,000 pakaian Furmark® yang kini tersedia di pasaran antarabangsa; di kedai-kedai, pasaraya dan secara dalam talian dan bilangan tersebut kelihatan akan meningkat setiap hari.

Furmark Hang Tag
Furmark Hang Tag

 

Pengembangan ini dijangka meningkat lebih dua kali ganda pada tahun akan datang, dengan sasaran yang tinggi terhadap lebih satu juta label ke pasaran dalam tempoh dua tahun akan datang.

Berikutan permintaan yang semakin meningkat daripada jenama dan kumpulan mewah untuk memperluas pensijilan Furmark® , IFF merancang untuk memajukan lagi sistem untuk menggabungkan jenis bulu tambahan, termasuk Chinchilla dan Nutria serta bekerjasama dengan industri Shearling untuk membangunkan protokol baharu bagi memperkukuhkan Shearling. Pada masa ini, sistem Furmark® merangkumi jenis bulu berikut: Mink, Fox, Finnraccoon, Swaskara, Farm-raised Sable, Wild Sable dan Wild Fur.

Selain itu, Furmark® juga akan memperkenalkan aspek baharu kepada sistem, yang memberi tumpuan kepada pembentukan semula dan pembaikan. IFF telah memperkenalkan fungsi baharu dalam sistem, yang bukan sahaja akan membolehkan pengeluar yang diperakui oleh Furmark®  menggunakan kulit bulu yang diperakui oleh Furmark®  tetapi juga akan memegang rekod penyelenggaraan. Ini membolehkan para pengguna mempunyai keyakinan bahawa bulu yang mereka beli dapat dikesan serta boleh dijejak dengan semua rekod penyelenggaraan pada fail, menggalakkan usia guna yang panjang dan ketahanan.

Mark Oaten, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Bulu Antarabangsa (IFF) berkata: "Adalah sangat baik untuk melihat berapa banyak perniagaan Furmark® telah dapat dilibatkan sepanjang tahun lalu sahaja dan sebagai hasilnya, hari ini kami telah dapat menawarkan kepada para pengguna bulu antarabangsa dengan pelbagai pilihan pakaian bulu asli yang diperakui sepenuhnya. Dan ini hanyalah untuk tahun pertama. Pelan pertumbuhan dan pengembangan masa depan kami memberi kami keyakinan pada masa depan peruncitan fesyen bulu. Furmark pastinya telah menetapkan duluan dalam kalangan industri fesyen dengan tahap ketelusan yang dapat kami tunjukkan melalui rantaian bekalan."

Sistem Furmark® membolehkan pelanggan membeli dan memakai bulu asli dengan penuh keyakinan bahawa pakaian mereka dijamin telah memenuhi piawaian kebajikan haiwan yang ketat dan pertimbangan untuk piawaian alam sekitar. Dibangunkan oleh Persekutuan Bulu Antarabangsa (IFF) dengan input daripada kumpulan LVMH (sebuah konglomerat barangan mewah terbesar di dunia), para pengguna mempunyai keyakinan apabila membuat pembelian bulu semula jadi yang diperakui oleh Furmark®. Setiap pakaian Furmark® didatangkan lengkap dengan kod alfanumerik yang unik dan pelindungan pemalsuan yang memberikan butiran kebolehkesanan penuh kepada para pengguna, termasuk jenis bulu, asal bulu, program kebajikan haiwan yang berada di bawahnya, pengilang dan tempat pembuatan .

IFF kekal optimis tentang masa depan. Mark Oaten menyimpulkan: "Di antara semua ketidakpastian dan kesukaran yang kami hadapi, dengan pandemik, sekatan di Rusia dan beberapa siri sekatan perjalanan di seluruh China, sama seperti kebanyakan industri lain, industri bulu pastinya telah mengalami keadaan turun dan naik. Walau bagaimanapun, di sebalik tabir, warga industri ini telah menunjukkan daya ketahanan yang luar biasa dan telah berganding bahu dalam cara yang hanya boleh mendorong optimisme dan keterujaan. Satu perkara yang pasti; sistem Furmark® telah menggegarkan industri bulu. Sekiranya orang ramai mempunyai keraguan tentang membeli atau memakai bulu semula jadi, maka keraguan mereka telah terjawab dengan adanya Furmark®."

Sila hubungi: info@iftf.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1897850/Furmark_Hang_Tag.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1897851/Furmark_Certified_Garments.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1897852/Furmark_Hang_Tag_QR_Code_Scan.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1897853/Furmark_Hang_Tag_and_Label.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1897854/Furmark_Label_and_Trace_now_platform.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1897855/Furmark_Trace_Results.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1897870/Furmark_Trace_Now_Platform.jpg?p=medium600

 

Furmark Certified Garments
Furmark Certified Garments

 

Furmark Hang Tag QR Code Scan
Furmark Hang Tag QR Code Scan

 

Furmark Hang Tag and Label
Furmark Hang Tag and Label

 

Furmark Label and Trace now platform
Furmark Label and Trace now platform

 

Furmark Trace Results
Furmark Trace Results

 

Furmark Trace Now Platform
Furmark Trace Now Platform

 

 

Source: Furmark®
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Animal Welfare Corporate Expansion New products/services