omniture

REYL INTESA SANPAOLO MENYERU KEPADA ANJAKAN PENDIDIKAN MELALUI PELANCARAN LAPORAN FORWARD

REYL Intesa Sanpaolo
2022-10-18 15:00

GENEVA, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/-- Sebuah laporan baharu yang dilancarkan oleh REYL Intesa Sanpaolo, kumpulan perbankan Switzerland dengan pegangan majoriti yang dimiliki oleh Fideuram – Perbankan Swasta Intesa Sanpaolo, menarik perhatian umum kepada cabaran untuk mendidik generasi akan datang dalam dunia digital dan menetapkan asas-asas penyelesaiannya.

Laporan tersebut meneroka tentang bagaimana dunia pendidikan global berkembang daripada persekitaran prapandemik hingga berlakunya peralihan pantas ke arah e-pembelajaran, menganalisis perubahan radikal yang telah lama tertangguh dalam sektor tersebut serta kesan ketidakseimbangan yang telah dibawa oleh COVID-19 ke dalam komuniti kurang berkemampuan.

Andaian daripada laporan bersama yang diterbitkan oleh Bank Dunia-UNESCO-UNICEF tersebut mendapati bahawa lebih dua tahun selepas berlakunya pandemik, kurang daripada separuh negara-negara di dunia melaksanakan strategi pemulihan pembelajaran secara besar-besaran untuk membantu kanak-kanak mengikuti pembelajaran yang tertinggal, walaupun seluruh dunia telah kehilangan 2 trilion jam persekolahan akibat penutupan sekolah sejak Mac 2020.

FORWARD menganalisis bagaimana pandemik memainkan peranannya sebagai pemangkin yang menjelaskan revolusi komunikasi dan penyampaian kandungan dalam pendidikan yang telah diusahakan selama beberapa dekad. Laporan ini menekankan bahawa kelas tradisional telah diubah tanpa dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya dengan teknologi yang digunakan untuk menterjemah dan menterjemahkan semula bahasa serta pendidikan yang ditangguh dan diagihkan mengikut keselesaan pelajar.

Namun di sebalik fakta bahawa pendidikan kini semakin mudah didapati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja oleh segelintir masyarakat; laporan tersebut memberi amaran bahawa manfaat yang didapati hasil daripada kemajuan teknologi masih tidak dapat dicapai oleh kebanyakan orang. 

Sebagai sebahagian daripada penyelidikan tersebut, REYL turut berbincang dengan tokoh industri dan ahli akademik terkemuka dalam bidang pendidikan untuk menyelami penyelesaian yang boleh dikemukakan bagi menangani krisis pendidikan yang mungkin dihadapi oleh generasi pelajar.  

Andreas Schleicher, Pengarah Pendidikan dan Kemahiran merangkap Penasihat Khas Dasar Pendidikan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), memaklumkan kepada REYL Intesa Sanpaolo bahawa pemulihan semula bukanlah penyelesaiannya. "Ia adalah tentang membina masa depan dengan cara yang berbeza. Ia juga berkisarkan tentang perbezaan bentuk pembelajaran yang dapat dilihat dalam dunia teknologi."

Profesor Jill Jameson, Profesor Pendidikan yang juga merupakan Pengarah Pusat Kepimpinan & Perusahaan di Fakulti Pendidikan Universiti Greenwich, menyuarakan sentimen ini dengan menyatakan: "Kita memerlukan transformasi keseluruhan sistem pendidikan yang lengkap."

François Reyl, Ketua Pegawai Eksekutif REYL Intesa Sanpaolo berkata: "Pandemik memaksa kita semua untuk beralih dengan pantas ke arah penggunaan teknologi di mana sektor pendidikan turut tidak terkecuali. Laporan ini bertujuan untuk mengkaji dan menilai cabaran yang dibawa oleh kemajuan ini bagi memahami dengan lebih baik bagaimana kita boleh mengurangkan kesan waktu pembelajaran yang telah hilang serta menyediakan anak-anak kita untuk menghadapi masa depan."

Jerome Koechlin, Ketua Komunikasi REYL Intesa Sanpaolo menambah: "REYL Intesa Sanpaolo mengakui kepentingan penggunaan teknologi digital dalam pendidikan sebagai suatu keutamaan strategik untuk mendayakan pembangunan lestari dan kesaksamaan dalam akses pendidikan di Eropah dan di seluruh dunia. Kami berharap agar laporan ini dapat menarik perhatian selanjutnya ke arah keperluan untuk mengusahakan lebih banyak inisiatif bagi membantu generasi akan datang berkembang maju."

Tentang REYL Group 

www.reyl.com 

Diasaskan pada tahun 1973, Kumpulan REYL merupakan sebuah kumpulan perbankan berasaskan kepelbagaian dan keusahawanan serta mempunyai pejabat di Switzerland (Geneva, Zurich, Lugano), Eropah (London, Luxembourg, Malta) dan di seluruh dunia (Singapura, Dubai). Kumpulan REYL menguruskan aset yang bernilai melebihi CHF 25 bilion dan mempunyai lebih 400 orang kakitangan profesional. Pada tahun 2020, Kumpulan REYL menyertai kerjasama strategik dengan Fideuram - Intesa Sanpaolo, sebuah syarikat perbankan Eropah yang terkemuka.

Dengan pendekatan inovatif yang dibangunkan untuk sektor perbankan, Kumpulan ini memberikan perkhidmatan kepada pelanggan usahawan antarabangsa dan pelabur institusi melalui bidang perniagaannya iaitu Pengurusan KekayaanPerkhidmatan Pejabat Keluarga dan Usahawan Kewangan Korporat, Perkhidmatan Aset dan Pengurusan Aset .

REYL & Cie Ltd. dilesenkan sebagai sebuah bank di Switzerland dan menjalankan aktivitinya yang dikawal secara langsung oleh badan kawal selia Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA) bebas dan Bank Negara Switzerland (SNB). Anak-anak syarikat Kumpulan REYL juga dikawal selia oleh LPCC di Switzerland, FCA di UK, CSSF di Luxembourg, MFSA di Malta, MAS di Singapura, DFSA di Dubai dan SEC di Amerika Syarikat.

Tentang FORWARD 

www.reyl.com/forward  

FORWARD ialah sebuah platform baharu dengan konsep yang dicipta oleh REYL Intesa Sanpaolo, bertujuan untuk memupuk pandangan dan perbincangan tentang beberapa isu sosioekonomi utama masa kini. Platform ini menggabungkan penyelidikan akademik, video dan audio siar bersama tokoh-tokoh antarabangsa yang terkenal dan terkemuka.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1920746/REYL_Intesa_Sanpaolo_Logo.jpg?p=medium600

Source: REYL Intesa Sanpaolo
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Economic news, trends, analysis New products/services Survey, Polls & Research