omniture

PWA Menyudahkan Pemerolehan Aset ProSep Inc

Produced Water Absorbents (PWA)
2013-11-19 15:41 157

HOUSTON, 19 November 2013 /PRNewswire/ --

Era baharu bermula untuk rawatan minyak, gas asli dan air yang dibersihkan

Produced Water Absorbents, Inc. serta syarikat subsidiarinya (PWA) telah menyudahkan pemerolehan bernilai $9.2 juta untuk aset pengendalian syarikat teknologi minyak dan gas ProSep Inc. dan sedang melancarkan portfolio gabungan yang terdiri daripada penyelesaian berpaten bagi merawat minyak, gas asli dan air yang telah dibersihkan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131118/653787 )

Kini syarikat itu akan mengendalikan unit perniagaan itu sebagai PWA-ProSep dan akan memindahkan ibu pejabatnya serta makmalnya ke premis baharu di kawasan Bingle Road Houston dengan fasiliti pembuatan dan pemasangan di tapak berasingan di bandar itu. Jangkauan global syarikat itu akan termasuk pejabat rantau di Aberdeen, Scotland dan Kuala Lumpur, Malaysia.

PWA-ProSep kini boleh menawarkan portfolio paling menyeluruh untuk penyelesaian berpaten bagi merawat minyak, gas asli dan air yang telah dibersihkan – cabaran yang semakin meningkat bagi pengendali minyak dan gas peringkat global.

Neil Poxon, Ketua Pegawai Eksekutif PWA-ProSep, berkata: "Kami ada cita-cita yang tinggi untuk entiti baharu ini sambil kami memahami cabaran yang dihadapi oleh pengendali minyak dan gas dalam menguruskan minyak mentah, aliran air dan gas serta mematuhi kawal selia persekitaran. Teknologi yang inovatif dan pengalaman pemajakan kami digabungkan dengan portfolio produk yang luas, kemudahan pembuatan dan keluasan geografi bermakna kami mampu menawarkan pendekatan kitaran hayat yang sangat tersendiri bagi merawat minyak, gas asli dan air yang telah dibersihkan."

Apabila digabungkan, organisasi itu menggajikan 90 pekerja dengan rancangan untuk mengambil 20 pekerja tambahan lagi dalam tahun pertama.

Pada bulan Mei tahun ini PWA melancarkan media penyerapan boleh jana semulanya yang revolusioner ke pasaran yang digunakan bagi rawatan aliran air dan gas lombong minyak. Osorb® Media membenarkan klien memenuhi dan melepasi kawal selia persekitaran dan bahan buangan baharu yang ketat.

Kemampuan janaan semula Osorb® Media menjadikannya berbeza daripada teknik rawatan air lain dengan mengurangkan kos penggantian media secara drastik serta mengurangkan jumlah bahan buangan yang perlu dibawa dan dibuang. Osorb® Media mempunyai kebolehan untuk membuang hidrokarbon bebas, tersebar, emulsi dan boleh larut daripada aliran air dan gas.

Ekuiti untuk urus niaga ini disediakan oleh pelabur sedia ada PWA yang diterajui oleh Energy Ventures dengan cawangan di Norway, Aberdeen, dan Houston, Texas serta Harris and Harris Group, Inc. dengan cawangan di Bandar Raya New York dan Palo Alto, California. Pembiayaan hutang dibekalkan oleh kumpulan Sains Hayat dan Teknologi Comerica Bank bagi pemerolehan dan keperluan kewangan yang berterusan.

Nota kepada editor

Produced Water Absorbents, Inc (PWA) ialah syarikat teknologi global yang menyediakan penyelesaian rawatan air yang telah dibersihkan dan perkhidmatan kepada industri minyak dan gas. Ia ditubuhkan pada tahun 2011 apabila pembiayaan modal usaha niaga didapati daripada Energy Ventures Norway dan Harris and Harris Group, Inc. daripada AS.

Teknologi syarikat itu ialah media penyerapan dan penjerapan boleh jana semula yang digunakan untuk pengurusan aliran air dan gas lombong minyak. Osorb® Media mampu mengasingkan hidrokarbon bebas, tersebar, emulsi dan boleh larut air (BTEX, WSO, dsb) daripada aliran air dan gas.

Sumber: Produced Water Absorbents (PWA)

Source: Produced Water Absorbents (PWA)
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Water Utilities Acquisitions, mergers, takeovers