omniture

Omdia: TikTok mengatasi kedudukan Netflix di Amerika Syarikat sebagai aplikasi paling popular bagi tontonan video kurang dari 35 saat

Omdia
2022-10-18 16:06 2

LONDON, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Kajian baharu daripada Omdia menunjukkan bahawa TikTok telah mendahului Netflix untuk menjadi perkhidmatan video yang kedua paling popular di Amerika Syarikat, dengan YouTube mengekalkan takhta kedudukan tersebut bagi tontonan video kurang dari 35 saat. Perkhidmatan ini begitu dipengaruhi oleh peringkat umur dan menduduki tempat keenam bagi pengguna berumur 35 tahun ke atas. Hasil daripada tinjauan pengguna Omdia yang terkini ini telah dibentangkan oleh Pengarah Kanan Omdia, Maria Rua Aguete di acara MIPCOM pada minggu ini.

TikTok shoots up for under 35s
TikTok shoots up for under 35s

Di UK dan Perancis, TikTok tidak berada pada tahap populariti yang sama dan hanya menjadi perkhidmatan video kelima yang paling banyak ditonton secara keseluruhan, berada di bawah iPlayer, Netflix dan Amazon di UK serta didahului oleh perkhidmatan TF1, Netflix dan 6Play di Perancis. Secara keseluruhan, YouTube kekal sebagai platform yang paling banyak ditonton di pasaran ini, manakala bagi tontonan video lebih dari 35 saat, TikTok tidak pun berada dalam kedudukan sepuluh terbaik.

Menurut Pengarah Kanan Omdia, Maria Rua Aguete, "Bagi para penyiar video komersial atau sebaliknya, mereka lebih gemar melibatkan penonton yang lebih muda, maka kepentingan TikTok untuk menjangkau dan mengembangkan khalayak baharu tidak boleh dipandang remeh."

Masa yang dihabiskan untuk menonton kandungan video pada platform media sosial telah meningkat sebanyak 9 minit pada tahun 2021 kepada purata 60 minit sehari bagi setiap orang merentasi sembilan pasaran yang dianalisis oleh Omdia, merangkumi: UK, Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali, Perancis, Jerman, Belanda, Sweden dan Australia.

Facebook ialah platform peneraju untuk masa tontonan video media sosial pada tahun 2021, dengan purata tontonan mencapai 18.7 minit merentasi kesemua sembilan buah negara tersebut; ini merupakan satu penurunan berbanding tahun sebelumnya dengan Facebook menyaksikan berkurangnya MAU (pengguna aktif bulanan) sepanjang tahun tersebut.

Pesaingnya TikTok pula mencatatkan kadar pertumbuhan terpantas bagi platform media sosial pada tahun 2021 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 6.4 minit dengan puratanya mencapai 18.1 minit, dan situasi ini membuatkannya mampu mengatasi kedudukan Facebook bagi jumlah masa tontonan video pada tahun 2022.

Untuk mengatasi ancaman daripada TikTok, Facebook melancarkan ciri video pendeknya iaitu "Reels" di peringkat global pada bulan Februari 2022 yang dapat memenuhi keperluan kumpulan demografi –dari golongan remaja hingga golongan dewasa muda– yang semakin menjauh daripada perkhidmatan ini sejak tahun 2012, sebelum ditinggalkan oleh ramai penggunanya susulan pelancaran TikTok pada tahun 2017.

TENTANG OMDIA 

Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.

Hubungan Media
Fasiha Khan / Telefon: +44 7503 666806 / E-mel: fasiha.khan@omdia.com
Sila layari www.omdia.com

Social media video viewing time 2021
Social media video viewing time 2021

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1921954/TikTok_shoots_up_for_under_35s.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1921955/Social_media_video_viewing_time_2021.jpg?p=medium600

 

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Survey, Polls & Research