omniture

Laporan GSMA Menunjukkan Kesan Industri Mudah Alih Secara Menyeluruh Terhadap Ekonomi Amerika Latin

GSMA
2013-11-19 16:34 101

-- Persekitaran Kawal Selia yang Telus dan Mampu Diramalkan adalah Perlu bagi Menyokong Pelaburan dan Inovasi Masa Depan di Rantau ini

LIMA, Peru, 19 November 2013 /PRNewswire/ -- Menjelang Mesyuarat Pleno GSMA Amerika Latin1 #40 di Peru2, GSMA mengadakan penilaian yang menyeluruh terhadap kesan industri mudah alih di Amerika Latin. Laporan tersebut, "Ekonomi Mudah Alih Amerika Latin 2013" telah disediakan oleh GSMA Intelligence yang menyatakan pada tahun 2012, industri mudah alih telah menjana lebih 3.7 peratus KDNK bagi Amerika Latin, yang menyumbang sebanyak US$ 211 bilion kepada ekonomi rantau itu3. Industri mudah alih juga mempunyai pekerja seramai 353,000 orang di rantau tersebut dan menyumbang lebih US$ 39 bilion kepada dana awam. Menjelang tahun 2020, sektor ini dijangkakan dapat menjana 4.5 peratus KDNK dan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 453,000 serta menyumbang sebanyak US$ 50 bilion kepada dana awam menjelang tahun 2017.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131119/NY17286-INFO-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131119/NY17286-INFO-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131119/NY17286-INFO-c )

Sehingga Jun 2013, terdapat 632 juta sambungan dan 319 juta pelanggan istimewa4 di Amerika Latin, bersamaan dengan kadar penembusan masing-masing sebanyak 104 peratus dan 52 peratus dan melebihi kadar purata penembusan pasaran membangun peringkat global sebanyak 79 peratus sambungan dan 38 peratus pelanggan istimewa. Memandangkan hanya separuh daripada populasi keseluruhan Amerika Latin telah melanggan perkhidmatan mudah alih berbanding empat daripada lima individu dalam pasaran membangun, terdapat skop yang jelas bagi mengembangkan dasar pelanggan di rantau ini.

"Amerika Latin merupakan salah satu rantau paling berkepelbagaian di dunia dari segi pembangunan ekonomi dan sosial tetapi disatukan oleh industri mudah alih yang kian berkembang," kata Tom Phillips, Ketua Pegawai Kawal Selia GSMA. "Memandangkan pasaran ini kian menjadi tepu, manfaat pada masa hadapan akan meningkat daripada sumbangan jalur lebar mudah alih dan perkhidmatan serta aplikasi baharu. Walau bagaimanapun, rantau ini amat memerlukan kawal selia yang lebih telus dan mampu diramalkan bagi mengambil peluang yang penting ini."

Mencipta Iklim Pelaburan Tepat bagi Industri Mudah Alih

Meskipun industri mudah alih di Amerika Latin kian berkembang, sektor ini tidak dapat diteruskan dalam keadaan kawal selia semasa, menurut laporan tersebut. Isu berterusan di rantau ini seperti kekurangan ketelusan dan perundingan dalam pembuatan keputusan, pelan pembangunan industri yang kurang jelas atau tidak wujud dan peraturan pemilikan asing yang samar. Laporan tersebut juga menekankan empat polisi utama:

1.    Pengurusan Spektrum yang Lebih Berkesan

Spektrum yang mencukupi perlu disediakan dalam tempoh tertentu terutamanya bagi jalur Digital Dividend berfrekuensi rendah bagi memastikan pergerakan LTE yang menjimatkan kos. Peruntukan spektrum di rantau tersebut juga masih jelas di bawah 1300MHz bagi setiap negara yang merupakan penanda aras bagi tahun 2015 menerusi laporan ITU, meskipun permintaan didorong oleh peningkatan berterusan dalam sambungan mudah alih dan pertambahan pengambilan perkhidmatan dan produk intensif data.

2.    Pembaharuan Lesen yang Konsisten

Dengan beberapa lesen 2G asal yang akan diperbaharui dalam beberapa tahun akan datang dalam pasaran seperti Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Republik Dominika, Panama dan Uruguay, pendekatan yang jelas dan konsisten diperlukan bagi pembaharuan lesen. Ini akan mengurangkan ketidaktentuan yang cenderung untuk menonjolkan ketidakcekapan dalam peruntukan sumber dan penangguhan pelaburan rangkaian seperti yang dapat dilihat di negara lain beberapa tahun sebelum ini.

3.    Kawal Selia yang Lebih Menggalakkan

Kawal selia di Amerika Latin menjadi lebih bersifat campur tangan kebelakangan ini dengan arah aliran untuk mengawal selia kadar penamatan, mengenakan cukai pengkhususan telekom dan melaksanakan kualiti lebih tinggi bagi keperluan perkhidmatan serta mengenakan sekatan kawal selia lain terhadap para pengendali. Kawal selia yang lebih menggalakkan dan kerjasama yang lebih baik serta penyelarasan antara industri mudah alih, pengawal selia dan institusi kerajaan lain dapat menghasilkan potensi lebih baik bagi industri mudah alih dan mewujudkan manfaat positif bagi ekonomi yang lebih luas dan bagi pembangunan sosial.

4.    Kualiti Perkhidmatan Diselaraskan

Pertimbangan kualiti perkhidmatan menjadi tumpuan penting bagi kerajaan dan para pengawal selia. Walau bagaimanapun, pengendali mudah alih memerlukan rejim kawal selia dan polisi yang menggalakkan dan menyelaraskan memandangkan mengalami pelbagai cabaran termasuklah halangan untuk memasang stesen dasar baharu dan tapak sel dalam tempoh yang ditetapkan. Persaingan dan bukannya campur tangan kawal selia ialah pendorong terbaik bagi peningkatan berterusan kualiti perkhidmatan yang dijangkakan oleh para pelanggan industri mudah alih. Laporan tersebut juga mengajak kerajaan dan para pengawal selia untuk menyediakan persekitaran kawal selia bagi para pengendali yang akan menggalakkan peningkatan pelaburan dan persaingan.

Jalur Lebar Mudah Alih di Amerika Latin

Jalur lebar mudah alih akan memainkan peranan lebih penting dalam meningkatkan pertumbuhan dan memenuhi sasaran sosial di rantau ini dengan mengatasi halangan polisi penting. Rantau ini mempunyai 164 juta pelanggan jalur lebar mudah alih setakat bulan Jun 2013 dan dijangka akan bertambah sebanyak 30 peratus setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang. Walaupun jalur lebar tetap adalah terhad dari segi liputan isi rumah dan agak mahal, pelan data mudah alih telah mengalami penurunan harga secara signifikan dalam tempoh tiga tahun lalu apabila diperkenalkan pelan harian prabayar yang inovatif. Ini bermakna, banyak sektor pendapatan rendah, khususnya isi rumah yang paling rendah pendapatannya, dapat mengakses Internet buat kali pertamanya.

"Industri mudah alih di Amerika Latin kini beralih ke fasa yang lebih matang, tetapi dengan potensi peningkatan yang lebih besar dalam jangka sederhana," sambung Phillips. "Kerjasama bersama kerajaan dan pihak berkepentingan lain bagi menyokong sektor ini akan menggalakkan pelaburan industri yang lebih tinggi, meningkatkan persaingan dan menambahkan peruntukan perkhidmatan mudah alih yang lebih berbaloi bagi pengguna di seluruh rantau ini."

Laporan penuh boleh dilihat di sini: http://www.gsmamobileeconomylatinamerica.com

Nota kepada Editor

1GSMA Amerika Latin mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh rantau Amerika Latin dengan kehadirannya di Argentina, Brazil dan Chile. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang GSMA Amerika Latin, termasuk dalam Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Portugis, sila layari www.gsmala.com. Ikuti GSMA LA di Twitter: @GSMALatam

2Mesyuarat Pleno GSMA LA #40 berlangsung di Lima, Peru pada 19 hingga 21 November 2013. Ahli GSMA akan menyertai para pegawai kerajaan dari Peru dan negara lain dari rantau itu, pakar, penganjur, tetamu dan beberapa lagi individu penting dalam industri ini di Amerika Latin di mesyuarat tersebut. Seminar yang diadakan akan memberi tumpuan terhadap tema seperti perlindungan pengguna, identiti pada peranti mudah alih dan tindak balas bencana pada program Mudah Alih bagi Pembangunan dan Kehidupan Terhubung.

3Sumbangan industri mudah alih kepada KDNK di Amerika Latin dijangka akan meningkat kepada US$ 350 bilion menjelang tahun 2020.

4Sambungan SIM Mudah Alih merujuk kepada jumlah kad SIM istimewa yang telah didaftarkan pada rangkaian mudah alih. Para pelanggan istimewa merujuk kepada pengguna telefon bimbit individu.

Latar Belakang GSMA

GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia. GSMA merangkumi 220 negara dan menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA juga menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA melalui Twitter: @GSMA

Perhubungan Media:
Bagi GSMA
Juan Carlos Talavera (Peru)
+51-1-475-6362
juancarlos.talavera@esicos.com.pe

Tatiana Cantoni (Brazil)
+55-11-95210-2225
taticantoni@pimenta.com

Pejabat Akhbar GSMA
pressoffice@gsma.com

 

 

 

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Telecommunications Survey, Polls & Research Trade show news