omniture

HOPIUM MACHINA VISION: TAYANGAN PERDANA

Hopium
2022-10-18 20:47

PARIS, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hopium, pengeluar kenderaan berkuasa hidrogen mewah dari Perancis, dengan bangganya memperkenalkan Hopium Machina Vision, iaitu sedan berkuasa hidrogen yang pertama di dunia pada Minggu Automotif Paris 2022.

Hopium Machina Vision
Hopium Machina Vision

 

Untuk pendedahan pertamanya kepada umum, Hopium Machina Vision menjemput para pengunjung ke sebuah ruangan tafakur dan penerokaan yang melibatkan dialog antara manusia, alam semula jadi dan teknologi.

Didedahkan di tengah-tengah sebuah ensembel seni bina, kenderaan ini ditampilkan dalam persekitaran yang monolitik dan minimum dengan rona-rona mineral. Pada siling pula, terdapat sebuah portal cahaya yang menonjolkan bentuk lengkung organik Hopium Machina Vision yang menggalakkan penglibatan dengan para pengunjung dalam suasana yang puitis dan sukar difahami. Pada horizon, terdapat dinding landai setinggi 7 meter yang diilhamkan oleh barisan logo Hopium dengan mesej yang mengajak pengunjung untuk bertindak dan menyediakan konteks visual yang bersepadu untuk memisahkan mesin ini dari persekitarannya dengan mudah.

"Pembentangan kereta konsep pertama kami di Minggu Automotif Paris ini merupakan satu pilihan yang jelas bagi Hopium yang benar-benar mempercayai kepentingan hubungan manusia serta keseimbangan antara dunia fizikal dan digital. Acara yang menjadi sebuah simbol warisan automotif Perancis ini mengabadikan projek Hopium Machina dan meraikan pencapaian pasukan kami yang berbakat dan berdedikasi," kata Kerian Jarry, Ketua Pegawai Pemasaran merangkap Ketua Pegawai Kelestarian Hopium.

Jumpa anda bermula dari 18 hingga 23 Oktober 2022 untuk merasai pengalaman Hopium Machina Vision pada tayangan perdananya.

Koleksi Media: https://we.tl/t-XxiKIjuCFq.

Kredit: 

Pengarah Seni: Hopium
Animasi: Hopium
Agensi: Epoque
Video: Supervision Creative
Music: Mathis Nitschke

TENTANG HOPIUM 

Hopium ialah pengeluar pertama kenderaan berkuasa hidrogen mewah dari Perancis dan merupakan pemain industri utama dalam bidang mobiliti dengan sifar pelepasan gas. Ditubuhkan pada tahun 2019, Hopium diasaskan oleh pelumba kereta Olivier Lombard, pemenang edisi tahun 2011 bagi pertandingan 24 Hours of Le Mans dan pelumba kenderaan hidrogen yang paling berpengalaman di dunia. Perlumbaan ini bertindak seperti sebuah makmal terbuka yang membolehkan Olivier Lombard dan pasukannya memikirkan penyelesaian mobiliti baharu bagi menangani cabaran alam sekitar kontemporari. Menyatukan rakan kongsi dan pakar terkemuka dalam sektor sel bahan api, kejuruteraan automotif dan teknologi lanjutan, Hopium berhasrat untuk memulihkan dialog antara manusia, alam semula jadi dan teknologi dalam mencari keseimbangan yang sempurna.

www.hopium.com 

Ikuti kami di Instagram, Linkedin, Youtube dan Twitter.

ISIN: FR0014000U63

Mnemonik: ALHPI

contact@hopium.com

Our partners
Our partners

 

 

Source: Hopium
Related Stocks:
EuronextParis:ALHPI ISIN:FR0014000U63
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Environmental Products & Services Transportation Utilities Conservation/Recycling New products/services Trade show news