AACHEN, Jerman dan PARIS, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pengeluar kenderaan elektrik bebas dari Jerman, Next.e.GO Mobile SE ("e.GO"), telah membuat beberapa pengumuman hari ini di Paris Auto Show termasuk pelancaran jualan kenderaan elektrik e.wave X. Kenderaan e.wave X pertama yang dihasilkan akan dikhaskan kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan sejak awal musim panas tahun ini. Barisan kenderaan tersebut dengan warna dan hiasan baharu kini tersedia melalui konfigurator e.GO, menjadikan para pelanggan ini kumpulan pertama yang mengkonfigurasi dan menempah kenderaan individu mereka dalam tempoh yang eksklusif ini. Selepas menyempurnakan pesanan yang ditempah, konfigurator jualan e.GO akan kemudiannya tersedia kepada umum pada 01 Disember 2022. Semua butir-butir data teknikal, pilihan dan peralatan khas serta harga boleh didapati pada katalog produk dan konfigurator.
e.GO juga mengumumkan pengenalan kenderaan penghantaran bandar destinasi akhir komersial baharu yang kompak, e.Xpress, di Paris Auto Show yang direka untuk menangani permintaan yang semakin meningkat terhadap armada komersial dan penghantaran bandar dengan ciri pelepasan sifar. e.Xpress berhasrat untuk menangani bidang tumpuan utama para pengurus armada komersial termasuk masa hidup, kelajuan pengecasan dan nilai sisa dengan menawarkan penyelesaian pertukaran bateri yang unik dan universal yang bermatlamat untuk menjadi sepantas dan semudah mengisi bahan api kenderaan lama. Penyelesaian ini merupakan hasil kerjasama strategik antara e.GO dengan Ample – penyedia penyelesaian teknologi dan tenaga dari Amerika yang menggunakan robotik autonomi dan struktur bateri modular untuk meningkatkan prestasi penyampaian tenaga dalam pengangkutan elektrik.
e.Xpress dilengkapi dengan lapisan polimerik tahan lama yang bertujuan untuk mengurangkan kos dan masa membaiki kenderaan di sepanjang kitaran hayat. Ia menawarkan isipadu kargo hingga 940 liter, bergantung pada konfigurasi yang dipilih dengan beban muatan kasar hingga 240 kg. Ia akan tersedia dengan bateri boleh ditukar dan bergantung pada konfigurasi yang dipilih, kenderaan ini dijangka menawarkan jarak perjalanan bandar sejauh 230 km dan pertukaran bateri dalam masa hanya beberapa minit. Ia akan ditawarkan kepada para pelanggan, peniaga dan pengendali armada dengan bateri yang disertakan sekali dalam pembelian mereka atau dengan model langganan alternatif, di mana pelanggan tidak perlu membeli bateri sebaliknya hanya melanggan penghantaran dan penggunaan tenaga. Tempahan untuk e.Xpress dijadualkan akan bermula pada 02 November 2022.
Selain itu, e.GO turut mengumumkan permulaan kerjasama strategik dengan OneFor - sebuah syarikat teknologi kewangan Jerman yang inovatif dengan fokus terhadap kewangan dan pembayaran digital pengguna - yang bermatlamat untuk menyediakan akses pinjaman peribadi kereta segera kepada para pelanggan, yang bernilai sehingga EUR25,000.[1] Pinjaman peribadi kereta ini akan diproses dengan cepat dengan kadar faedah tetap dan tempoh bayaran balik sehingga 84 bulan.[2]
"Di e.GO, kami menjadikan kemudahan, keselesaan dan kitaran berskala sebagai misi kami dan sebagai penyelesaian kepada beberapa cabaran yang kami hadapi sebagai manusia biasa. Inilah sebabnya mengapa kami memanfaatkan inovasi dan teknologi untuk memperkasakan orang ramai dalam perjalanan kelestarian mereka. Komitmen kami ini digambarkan sama ada melalui tawaran EV bandar dengan penyelesaian pengecasan sepantas dan semudah bahan api tradisional, namun tidak membebani sumber atau infrastruktur tenaga yang terhad di planet ini, atau dengan menyediakan akses penyelesaian kewangan yang inovatif kepada para pelanggan untuk memperkasakan pilihan mobiliti lestari mereka," jelas Ali Vezvaei, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah e.GO.
Tentang Ample: Berpangkalan di San Francisco – A.S., Ample Inc. ialah sebuah syarikat pembekal penyelesaian teknologi menggunakan robotik autonomi dan teknologi bateri modular pintar untuk meningkatkan prestasi penyampaian tenaga dalam pengangkutan elektrik. Ia mewujudkan sebuah platform yang jimat, boleh digunakan dengan pantas dan boleh diakses secara meluas yang menghasilkan pengecasan penuh kenderaan elektrik dalam masa beberapa minit. (www.ample.com)
Tentang OneFor: OneFor Holding GmbH yang berpangkalan di Jerman ialah sebuah syarikat teknologi kewangan yang menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan wang digital, termasuk akaun tanpa sempadan, perkhidmatan pembayaran dan kad serta pinjaman dan pelaburan peribadi. Penyelesaian kad ini disokong oleh Mastercard International. OneFor mendayakan akaun keluarga tanpa sempadan, menukar transaksi tunggal kepada detik-detik perhubungan, mewujudkan pengalaman bersama dan meningkatkan keterangkuman kewangan yang mendorong pembangunan ekonomi. (www.onefor.com)
1) Terma & Syarat OneFor adalah terpakai.
2) Terma & Syarat OneFor adalah terpakai.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1922687/eGO_Booth_Paris_Motorshow.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1922689/e_wave_X_and_e_Xpress.jpg?p=medium600