RIYADH, Arab Saudi, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Tanmiah Food Company ("Tanmiah" atau "Syarikat", bernombor 2281 di Bursa Arab Saudi), pembekal ayam segar dan ayam proses serta produk daging, makanan haiwan serta produk kesihatan lain yang terkemuka di pasaran, yang juga merupakan pengendali francais bagi sebuah jenama makanan, mengumumkan satu lagi pelancaran edisi Cabaran Kelestarian Anugerah Keusahawanan Omni pada minggu ini.
Cabaran ini mencari penyelesaian teknologi yang inovatif yang mendayakan peralihan daripada makanan haiwan berasaskan jagung dan soya import kepada sumber makanan haiwan yang lestari, positif alam semula jadi dan dihasilkan oleh syarikat tempatan. Perolehan sumber makanan haiwan boleh diperbaharui dan lestari ini menyumbang kepada pengeluaran tempatan- Tanmiah menggunakan lebih 300,000 tan metrik makanan haiwan pada masa ini dan 100% daripadanya adalah diimport.
Bagi mengurangkan kebergantungan terhadap makanan haiwan import pada masa ini agar sejajar dengan matlamat jaminan makanan dan kecukupan kendiri Arab Saudi serta menyumbang kepada Wawasan 2030, kami berhasrat untuk menyediakan penyelesaian yang membolehkan Tanmiah menghasilkan makanan haiwan secara tempatan yang menjimatkan kos pada skala perindustrian serta menggunakan kaedah yang positif alam semula jadi dan lestari.
Ketua Pegawai Eksekutif Tanmiah, Zulifqar Hamadani, menekankan, "Cabaran Kelestarian Anugerah Keusahawanan Omni ini merupakan satu lagi langkah penting yang kami lakukan ke arah matlamat strategik kami untuk menjadi sebuah organisasi yang neutral karbon. Didorong oleh komitmen kami untuk menyelaraskan operasi perniagaan kami dengan salah satu Program Realisasi Wawasan Saudi dan Program Transformasi Kebangsaan, kami berbesar hati untuk memanjangkan peluang ini kepada para pakar industri dan inovator terkemuka lain bagi mempamerkan penyelesaian yang dapat memulihara alam sekitar."
Ahmed Sharaf Osilan, Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Tanmiah menambah: "Berikutan kejayaan luar biasa Cabaran ini pada tahun 2020 yang menyaksikan 93 peserta dari 41 buah negara bersaing untuk mengurangkan pelepasan karbon melalui penghasilan makanan, menjana nilai komersial daripada sisa pengeluaran serta pengumuman Polymeron sebagai pemenang hadiah utama bernilai USD1 juta di bawah naungan T.Y.T. Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian, kami menantikan inisiatif rintis yang baharu. Cabaran ini sejajar dengan Program Transformasi Kebangsaan yang menjadi tonggak utama Wawasan 2030 Arab Saudi; Tanmiah komited untuk menjadi warganegara korporat yang memenuhi tanggungjawab sosial dengan lebih baik serta terus memainkan peranan sebagai perintis matlamat jaminan makanan dan kecukupan kendiri Kerajaan Arab Saudi."
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai cabaran Anugerah Keusahawanan Omni 2022 dan ingin mempamerkan idea inovatif mereka terhadap pengeluaran dan penggunaan makanan ayam lestari, sila daftar dengan menggunakan pautan berikut: https://www.omnipreneurshipawards.com/.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1922463/Omnipreneurship_Awards_2022_Logo.jpg?p=medium600