Jejak yang kukuh di Asia Pasifik dan tumpuan terhadap pengalaman daftar gaji tanpa sentuhan membawa Ramco kepada kedudukannya yang terkemuka sebagai peneraju
CHENNAI, India, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia perisian daftar gaji global terkemuka, Ramco Systems , mengumumkan bahawa ia telah dinobatkan sebagai PENERAJU di rantau APAC bagi Penilaian Penyelesaian Daftar Gaji Berbilang Negara (MCP) PEAK Matrix® 2002 oleh Everest Group. Muat Turun Laporan
Everest Group, yang melakukan penilaian ke atas penyedia perkhidmatan berdasarkan kejayaan dan keupayaan pasaran mereka, tahun ini menilai 20 penyedia perkhidmatan MCP dari segi impak pasaran, visi & keupayaan mereka. Jejak Ramco yang kukuh di Asia Pasifik serta fokusnya untuk menawarkan pengalaman daftar gaji tanpa sentuhan dengan memanfaatkan teknologi generasi seterusnya seperti AI, ML dan RPA telah terbukti mampu mengubah pasaran.
"Ramco berbeza dari segi penyediaan platform daftar gajinya yang seragam untuk lebih 60 buah negara, dengan lebih 45 buah negara terletak di rantau APAC. Pelaburan dan kerjasama dengan matlamat untuk mengembangkan tawaran teknologinya serta memudahkan kitaran pelaksanaan pelanggan akhir amat menepati harapan pembeli, sekali gus meletakkan syarikat ini pada kedudukan yang kukuh dalam bidang MCP dan menyumbang kepada pengiktirafannya sebagai Peneraju dalam Penilaian MCP PEAK Matrix® Everest Group di rantau APAC," kata Priyanka Mitra, Pengarah Amalan Everest Group.
Rohit Mathur, Ketua Ramco Global Payroll, Ramco Systems berkata, "Di Ramco, kami telah melaburkan masa dan usaha kami dalam membantu organisasi moden mengubah daftar gaji mereka melalui automasi didayakan AI dengan konsep yang inovatif dalam penyata gaji keterangan kendiri, navigasi daftar gaji didayakan suara, bot sembang dan banyak lagi. Kami terus menambah lebih banyak negara untuk memperluas liputan pada platform kami, suatu saranan yang unik buat para pelanggan kami. Kedudukan kami sebagai Peneraju menjadi bukti komitmen kami dalam menyampaikan platform daftar gaji digital yang mantap. Ramco teruja dapat menerajui teknologi daftar gaji generasi seterusnya yang membolehkan organisasi global menerima era platform daftar gaji moden."
Muat turun petikan khas Ramco untuk Penilaian Penyelesaian MCP APAC PEAK Matrix® Everest Group 2022 DI SINI.
Tentang Ramco Global Payroll:
Lengkap dengan kemudahan mudah alih, bot sembang dan suara, organisasi boleh menggunakan Ramco Global Payroll pada awan, di premis atau memanfaatkannya sebagai perkhidmatan terurus. Dengan pematuhan berkanun di lebih 60 buah negara, seni bina berbilang penyewa dengan kecerdasan dan integrasi API tertanam ini kini memberi perkhidmatan kepada lebih 500 pelanggan di seluruh dunia. Dengan konsep Pembelajaran Mesin & Kecerdasan Buatan, Bot Sembang serta transaksi berasaskan Suara yang inovatif, Ramco telah menetapkan penanda aras untuk Inovasi dalam segmen ini.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1923663/APAC_2022.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1923662/Ramco_Logo.jpg?p=medium600