TOKYO, CAMBRIDGE, England dan BROOMFIELD, Colorado, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Mitsui & Co., Ltd ("Mitsui") dan Quantinuum telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik untuk bekerjasama dalam penyampaian pengkomputeran kuantum di Jepun dan rantau Asia Pasifik.
Mitsui, yang komited terhadap transformasi digital dan Quantinuum, salah sebuah syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia dan disepadukan di seluruh perkakasan dan perisian, telah memasuki kerjasama strategik ini untuk membangunkan keadaan penggunaan pengkomputeran kuantum yang dijangka mendorong transformasi dan inovasi perniagaan yang signifikan pada masa hadapan.
Mitsui dan Quantinuum akan mempercepat kerjasama dan pembangunan model perniagaan baharu. Mereka akan bersama-sama meneruskan pembangunan aplikasi kuantum dan menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada organisasi yang beroperasi dalam pelbagai domain pengkomputeran kuantum, yang dijangka bernilai USD450 bilion – USD850 bilion di seluruh dunia menjelang tahun 2040.*
Yoshio Kometani, Pengarah Perwakilan, Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Maklumat Digital Mitsui & Co., Ltd. menyatakan: "Kami amat gembira dengan kerjasama strategik antara Mitsui dan Quantinuum. Dengan menggabungkan kepakaran pengkomputeran kuantum Quantinuum yang canggih dan pelbagai bakat kuantum dengan platform dan rangkaian perniagaan Mitsui yang luas, kami akan bekerjasama untuk memberikan nilai baharu kepada pelanggan kami dan mewujudkan nilai perniagaan baharu dalam pelbagai bidang perindustrian."
Ilyas Khan, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Quantinuum menyatakan: "Kerjasama antara Mitsui dan Quantinuum menunjukkan komitmen bersama kami untuk mempercepat pengkomputeran kuantum dalam semua aplikasi dan keadaan penggunaan dalam pelbagai sektor termasuk kimia, kewangan dan keselamatan siber. Pengumuman pada hari ini mengukuhkan kepercayaan kami terhadap kepimpinan kuantum global yang ditunjukkan oleh perbadanan dan kerajaan di Jepun, yang dipelopori oleh para peneraju korporat seperti Mitsui."
Butiran Perkongsian Strategik
Bidang dan aplikasi kerjasama
Pencapaian terkini oleh Quantinuum
Tentang Mitsui & Co., Ltd.
Lokasi: 1-2-1 Otemachi, Chiyoda-ku, Tokyo
Tahun Ditubuhkan: 1947
Wakil: Kenichi Hori, Presiden merangkap Pengarah Perwakilan
Mitsui & Co., Ltd. (8031: JP) ialah sebuah syarikat dagangan dan pelaburan global dengan portfolio perniagaan yang pelbagai yang merangkumi kira-kira 63 buah negara di Asia, Eropah, Utara, Amerika Tengah & Selatan, Timur Tengah, Afrika dan Oceania.
Mitsui mempunyai kira-kira 5,500 orang pekerja dan menggunakan bakat di seluruh dunia untuk mengenal pasti, membangun dan mengembangkan perniagaan melalui kerjasama dengan rangkaian rakan kongsi global yang dipercayai. Mitsui telah membina portfolio perniagaan teras yang kukuh dan pelbagai yang merangkumi industri Sumber Mineral dan Logam, Tenaga, Jentera dan Infrastruktur serta Bahan Kimia.
Dengan memanfaatkan kekuatannya, Mitsui telah mempelbagaikan lebih banyak teras keuntungan utamanya untuk mewujudkan nilai pelbagai aspek dalam bidang baharu, termasuk Penyelesaian Tenaga yang inovatif, Penjagaan Kesihatan & Pemakanan dan melalui fokus strategik terhadap pasaran Asia yang berkembang pesat. Strategi ini bertujuan untuk memperoleh peluang pertumbuhan dengan memanfaatkan beberapa trend mega utama di dunia: kelestarian, kesihatan & kesejahteraan, digitalisasi dan kuasa pengguna yang semakin meningkat.
Mitsui mempunyai sejarah warisan yang panjang di Asia, di mana ia telah mewujudkan portfolio perniagaan dan rakan kongsi yang pelbagai dan strategik yang menjadikannya amat berbeza, menyediakan akses yang luar biasa kepada semua rakan kongsi global ke rantau yang paling pesat berkembang di dunia sambil mengukuhkan portfolio antarabangsanya.
Untuk maklumat lanjut tentang perniagaan Mitsui & Co, sila layari, https://www.mitsui.com/jp/en/index.html
Tentang Quantinuum
Lokasi: Cambridge, U.K., Broomfield, Colorado, U.S.A.
Tahun Ditubuhkan: Disember 2021 (melalui penggabungan Honeywell Quantum Solutions (U.S.) dan Cambridge Quantum Computing (U.K.))
Wakil: Ilyas Khan, Ketua Pegawai Eksekutif; Tony Uttley, Ketua Pegawai Operasi; Shuya rakke, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Perwakilan, Jepun
Quantinuum ialah salah sebuah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu terbesar di dunia yang ditubuhkan melalui gabungan perkakasan Honeywell Quantum Solutions yang terkemuka di dunia dan aplikasi serta perisian tengah Cambridge Quantum yang menjadi peneraju dalam kategorinya. Quantinuum yang berpandukan sains dan dipacu perusahaan, mempercepatkan pengkomputeran kuantum dan pembangunan aplikasi di seluruh bidang kimia, keselamatan siber, kewangan dan pengoptimuman. Tumpuan Quantinuum adalah untuk mewujudkan penyelesaian kuantum komersial dan boleh dipertingkatkan bagi menyelesaikan masalah paling mendesak di dunia dalam bidang seperti tenaga, logistik, perubahan iklim dan kesihatan. Syarikat ini menggaji lebih daripada 480 orang individu termasuk 350 orang saintis di sembilan buah lokasi di seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.
Pelanggan utama terpilih (di Jepun): Nippon Steel Corporation, JSR Corporation
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1923231/Quantinuum.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1923232/Quantinuum_System_Model.jpg?p=medium600