omniture

DARI LOMBONG KE KILANG SYILING: ROYAL CANADIAN MINT MEMPERKENALKAN SYILING BULION EMAS PERTAMANYA YANG DIASINGKAN SEPENUHNYA DARIPADA SEBUAH LOMBONG TUNGGAL

Royal Canadian Mint (RCM)
2022-10-20 08:40 6

Syiling bulion emas tulen 99.99% 1 auns terbaharu dari Royal Canadian Mint diperoleh sepenuhnya dan dikesan berasal dari
Lombong Meliadine milik Agnico Eagle di Wilayah Nunavut, Kanada

OTTAWA, Ontario, 20 Oktober, 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai tindak balas terhadap permintaan pasaran yang semakin meningkat terhadap ketelusan yang lebih tinggi dalam asal usul logam berharga serta mempamerkan keupayaan penapisannya yang terus berkembang, Mint memperkenalkan syiling bulion emas pertamanya yang diperolehi sepenuhnya daripada sebuah lombong tunggal.  Syiling bulion $50 Daun Mapel Emas Tulen 99.99% 1 auns 2022 yang Diperolehi daripada Sebuah Lombong Tunggal ini terdiri sepenuhnya daripada emas yang dilombong oleh Agnico Eagle di Lombong Meliadine miliknya di Nunavut (Kanada) dan ditapis dengan mahir oleh Mint mengikut protokol pengasingan yang ketat. Syiling bulion emas istimewa ini akan tersedia tidak lama lagi melalui rangkaian pengedar bulion rasmi Mint.

The Royal Canadian Mint’s new 1oz. 99.99% Pure Gold Maple Leaf Single-Sourced Mine bullion coin
The Royal Canadian Mint’s new 1oz. 99.99% Pure Gold Maple Leaf Single-Sourced Mine bullion coin

"Para pelabur logam berharga telah sekian lama mempercayai Royal Canadian Mint kerana ketulenan dan keselamatan produk bulionnya yang terkemuka di pasaran.  Sebagai sebuah syarikat penapis dengan Hasil Terbaik yang diiktiraf oleh LBMA, mereka juga boleh berharap kepada syarikat kami untuk memperoleh emas dan perak yang kami tapis secara bertanggungjawab," kata Marie Lemay, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Dengan melancarkan syiling bulion baharu yang diperbuat daripada sumber emas yang diperolehi sepenuhnya daripada lombong Meliadine milik Agnico Eagle, kami turut menunjuk kepada pasaran bahawa kami boleh menawarkan bulion dengan integriti tertinggi dan menjamin bahawa ia berasal daripada sebuah lombong tunggal di Kanada."

"Agnico Eagle berbangga menjadi rakan niaga pilihan sebagai sumber yang dipercayai bagi emas yang dihasilkan secara bertanggungjawab untuk syiling bulion emas yang diperoleh dari sebuah lombong tunggal yang pertama untuk Royal Canadian Mint," ujar Ammar Al-Joundi, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agnico Eagle Mines. "Kami telah membina budaya tingkah laku bertanggungjawab yang kukuh dan telah membangunkan sumber mineral Kanada secara bertanggungjawab di Nunavut selama lebih 13 tahun. Kami berusaha untuk menjadi majikan dan jiran yang baik, malah kami berbangga dengan nilai yang kami bawa kepada komuniti dan masyarakat tempatan, secara umumnya. Kami percaya bahawa perlombongan, apabila dilakukan dengan betul, boleh menyumbang dalam usaha membangunkan sebuah dunia yang lebih baik."

Bahagian belakang syiling emas tulen yang diperolehi daripada sebuah lombong tunggal yang pertama dari Mint ini menampilkan ukiran terperinci daun Mapel Gula hasil karya Walter Ott, yang merupakan kebanggaan syiling bulion rangkaian Daun Mapel Mint.  Reka bentuk bahagian tengah ini juga dikelilingi oleh pelbagai garisan jejari buatan mesin yang tepat.  Di bawahnya, kelihatan tanda keselamatan berbentuk daun mapel yang diukir secara mikro yang mengandungi ukiran nombor "22" yang hanya boleh dilihat apabila dibesarkan, bagi menunjukkan tahun pengeluaran syiling tersebut.  Bersebelahan dengan ciri keselamatan tersebut, terdapat tanda rahsia berbentuk tangan yang memegang glob yang melambangkan asal usul sumber syiling emas tulen 99.99% ini yang diperolehi daripada sebuah lombong tunggal.  Syiling ini juga dilindungi oleh teknologi Bullion DNATM.

Syiling bulion emas yang menakjubkan ini diletakkan dalam pembungkusan gaya kad kredit yang disertakan dengan sijil ketulenan dan keaslian yang ditandatangani oleh Ketua Penguji Mint.

Sejak penubuhannya pada tahun 1957, Eagle Agnico yang berpangkalan di Kanada ini telah berkembang menjadi pelombong emas yang terbesar di Kanada serta pengeluar emas ketiga terbesar di dunia secara keseluruhan. Lombong Meliadine miliknya yang memulakan pengeluaran komersial pada tahun 2019, merupakan lombong emas kedua syarikat tersebut di Daerah Kivalliq, Nunavut.

Imej syiling baharu ini dan juga imej lombong Meliadine boleh didapati di sini

Dengan pengecualian kepada tawaran terhad di butiknya di Ottawa dan Winnipeg, Mint tidak menjual bulion secara terus kepada orang ramai. Amalan ini selaras dengan model pengedaran yang biasa dilaksanakan oleh pengeluar utama syiling bulion di dunia. Pembeli yang berminat digalakkan untuk menghubungi peniaga bulion terkenal untuk memesan syiling bulion baharu.   

Tentang Royal Canadian Mint

Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan yang berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca.  Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Tentang Agnico Eagle

Agnico Eagle ialah sebuah syarikat perlombongan emas yang telah lama beroperasi di Kanada yang mengeluarkan logam berharga melalui operasinya di Kanada, Australia, Finland dan Mexico. Syarikat ini mempunyai pelbagai projek penerokaan dan pembangunan berkualiti tinggi di negara-negara ini serta di Amerika Syarikat dan Colombia. Agnico Eagle merupakan rakan niaga pilihan dalam industri perlombongan yang diiktiraf di seluruh dunia atas amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urusnya yang terkemuka. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan telah mencipta nilai secara konsisten untuk para pemegang sahamnya dengan mengisytiharkan dividen tunai setiap tahun sejak tahun 1983.

Alex Reeves, Pengurus Kanan Perhubungan Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca; Natalie Frackleton, Pengurus Komunikasi Luar, Agnico Eagle Mines Limited, Tel: (819) 759-3700, 4102905, natalie.frackleton@agnicoeagle.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1922777/Royal_Canadian_Mint_FROM_MINE_TO_MINT__ROYAL_CANADIAN_MINT_INTRO.jpg?p=medium600

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Precious Metals Corporate Social Responsibility New products/services Canadian Federal Government