omniture

Membina Kehidupan Pintar, Pameran Canton ke-132 Cipta "Bilik Pameran Maya" untuk Pembuatan Pintar Cina

Canton Fair
2022-10-20 09:09 131

GUANGZHOU, China, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-132 ("Pameran Canton"), yang dibuka pada 15 Oktober sebagai sebuah pameran maya, mempamerkan lebih 140,000 produk pintar daripada perusahan-perusahaan teknologi tinggi yang terunggul. Sebagai platform promosi perdagangan, Pameran Canton telah mencipta "bilik pameran maya" bagi memaparkan pencapaian terkini pembuatan pintar dan teknologi inovatif China yang membina kehidupan yang lebih baik dan lebih pintar untuk semua orang.

Wuhan Linptech Co., Ltd. ("Linptech") menonjolkan satu siri produk inovatif, termasuk suis dan loceng pintu pintar tanpa wayar kuasa sendiri, sensor badan manusia dan sensor magnetik untuk pintu dan tingkap. Produk-produk baharu ini dicipta dengan protokol tanpa wayar Linptech yang dibangunkan sendiri oleh syarikat yang memenuhi keperluan penggunaan kuasa yang amat rendah daripada penjanaan tenaga kinetik utama dan memastikan kestabilan serta keandalan transmisi maklumat serta keteguhan di bawah keadaan yang kompleks bagi mencapai komunikasi dua hala yang pasif dan tanpa wayar.


"Kita sedang menyaksikan peningkatan yang signifikan dari segi status pembuatan Cina dalam rantaian nilai global. Linptech telah menguasai teknologi teras dan memiliki pelbagai paten untuk hasil ciptaan di dalam dan luar negara, bertujuan untuk menyediakan produk serta penyelesaian yang andal dan selesa untuk rumah dan juga bangunan pintar," kata Cik Liao Xiaohui, Pengurus Jualan Linptech. "Pameran Canton kini merupakan platform yang lebih pelbagai dan inklusif di mana kami bertemu pembeli dari semua skala, bermula daripada pengimport besar kepada pemilik kedai kecil serta kombinasi antara pameran dalam talian dan luar talian telah menerobos batasan ruang dan masa."

Guangdong Roule Electronics Co., Ltd. ("Roule") mengetengahkan lampu keselamatan solar gerakannya yang membantu pengguna menjaga rumah mereka. Lampu tersebut menyokong ciri pemantauan waktu sebenar jarak jauh dan interkom dupleks-penuh video. Apabila pergerakan manusia dikesan pada waktu malam, ia menyala secara automatik dan menghantar video penggera ke telefon bimbit. Lampu keselamatan dikuasakan oleh tenaga solar dan mengesan keadaan cahaya ambien agar pada waktu siang ia hanya menghantar video penggera waktu sebenar tanpa memasang lampu.

Bermula daripada suis pintar kepada automasi rumah sepenuhnya, kini teknologi pintar memasuki dalam lebih banyak isi rumah sementara perkakas kecil menjadi semakin pintar. Pameran Canton mengikuti trend yang terkini dan menyediakan sebuah platform untuk syarikat-syarikat yang bukan sahaja memperkenalkan pencapaian inovatif yang terkini, tetapi juga menginspirasikan inovasi yang berterusan yang akan memberi kelebihan yang kompetitif dan menerajui trend.

Untuk maklumat lanjut dan peluang, sila daftar https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index?utm_source=rwyx#/foreign-email atau hubungi caiyiyi@cantonfair.org.cn

Source: Canton Fair
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Telecommunications