YAKIMA, Washington, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Yakima Chief Hops (YCH), pembekal hop global yang dimiliki 100% oleh para petani, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan prapesanan Annual Pink Boots Blend kali ke-6 dengan kerjasama Pink Boots Society (PBS). PBS ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa dengan misi untuk membantu, memberi inspirasi dan menggalakkan wanita dan individu bukan binari dalam industri pemeraman dan minuman beralkohol melalui pendidikan.
Pink Boots Blend ialah adunan hop tahunan dan sebahagian daripada komitmen YCH untuk memperkasakan kakitangan dalam industri bir mewah. YCH dan Pink Boots Society telah bekerjasama sejak enam tahun yang lalu untuk meningkatkan sokongan kepada kaum wanita dan individu bukan binari dengan menjana pembiayaan biasiswa dengan jumlah melebihi $500,000 melalui Pink Boots Blend.
Ahli PBS memilih adunan tersebut secara kolaboratif, kemudian pendaftaran untuk prapesanan dibuka kepada komuniti pembuatan bir yang berminat untuk menghasilkan bir Pink Boots. Sebahagian daripada hasil jualan ini akan disumbangkan kepada dana biasiswa PBS. Ini membantu membuka peluang pendidikan kepada kaum wanita dan individu bukan binari dalam industri ini.
Tarikh akhir untuk mendaftar ialah pada 31 Disember, dengan tempoh yang wajar untuk membuat dan menghantar bir pada Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac ketika PBS menganjurkan Hari Pembuatan Bir Kolaborasi Pink Boots. Pembuat bir digalakkan mendaftar untuk menghadiri hari pembuatan bir Pink Boots Blend dan menyertai tradisi industri bir mewah global yang semakin berkembang yang memberi inspirasi kepada komuniti, kepelbagaian dan pemerkasaan. Sila layari www.yakimachief.com/commercial/hop-wire/6th-annual-pink-boots-blend untuk mengetahui lebih lanjut dan pinkbootssociety.org untuk mendaftar kehadiran pada hari pembuatan bir.
Yakima Chief Hops
YCH ialah pembekal dan penanam hop global yang dimiliki 100% dengan misi untuk menghubungkan para pembuat bir dengan ladang hop keluarga. Beroperasi selama lebih 30 tahun, peranan kami telah berkembang selain menjadi pembekal hop semata-mata. Kami peneraju inovasi, kualiti dan perkhidmatan pelanggan. Kami merupakan sumber kepada pembuat bir serta menyediakan produk berasaskan penyelesaian dan penyelidikan yang terkemuka dalam industri. Kami menyokong matlamat sosial yang lestari dan bermakna serta berusaha untuk menyokong komuniti dan alam sekitar di sekeliling kami. www.yakimachief.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1923135/Wicked_Barley___Yakima_Chief_Hops_PR.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1016498/Yakima_Chief_Logo.jpg?p=medium600