omniture

Casio bakal Lancar Model-model Flare Red sebagai Permulaan Ulang Tahun ke-40 G-SHOCK

CASIO COMPUTER CO., LTD
2022-10-20 09:17 237

Membangkitkan Nyala Suria dengan Bezel Berlamina Berbilang Warna Menampilkan Partikel Pendarfosfor

TOKYO, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran dua penambahan baharu kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. Menjelang sambutan ulang tahun ke-40 G-SHOCK dalam bulan April 2023, Casio berusaha untuk berhubung dengan setiap seorang daripada peminat G-SHOCK melalui pelbagai aktiviti termasuk melancarkan model-model kenang-kenangan dan mengadakan acara-acara istimewa di pelbagai tempat di serata dunia. Casio memulakan kesemua usaha ini dengan MTG-B3000FR dan GWG-2040FR, dua model ulang tahun Flare Red yang bermegah dengan warna merah jenama G-SHOCK menerusi reka bentuk nyala suria yang amat terang-benderang.

MTG-B3000FR and GWG-2040FR
MTG-B3000FR and GWG-2040FR

G-SHOCK bermula dengan rancangan satu muka surat untuk menghasilkan jam tangan yang tidak akan pecah, walaupun jika terjatuh. Ia diperkenalkan buat julung kalinya pada tahun 1983 dengan binaan kalis hentakan yang mengubah kebijaksanaan konvensional mengenai kerapuhan jam tangan.

Model-model Flare Red ulang tahun ke-40, MTG-B3000FR dan GWG-2040FR menampilkan bezel berlamina berbilang warna yang diperbuat dengan bahan-bahan pendarfosfor dengan warna merah jenama G-SHOCK. Reka bentuknya membangkitkan nyala suria, letusan besar tenaga yang kuat daripada permukaan matahari. Casio menggunakan teknik yang baru dibangunkan untuk melaminakan karbon dan kepingan gentian kaca berwarna bersama dan memotongnya kepada bentuk bezel. Partikel pendarfosfor yang dicampurkan ke dalam kepingan gentian kaca mencipta reka bentuk hebat yang menakjubkan walau dalam gelap. Bezel setiap jam tangan mempunyai rupanya yang unik, memandangkan bahan-bahan tersebut membawakan penampilan yang unik bergantung kepada bahagian lamina pada bezel yang dipotong.

Untuk GWG-2040FR, partikel pendarfosfor turut dicampurkan ke dalam karbon ditempa pada lug yang menghubungkan muka jam tangan dengan tali jam bagi mencipta corak rawak keindahan bersinar-dalam-gelap yang menakjubkan.

Logo bagi memperingati ulang tahun ke-40 G-SHOCK, direka bentuk oleh artis grafiti yang terkenal di dunia Eric Haze, diukir pada bahagian belakang bekas jam. Jam tangan ini turut menampilkan empat bintang bagi menandakan "40", sentuhan yang lebih istimewa untuk gelombang pertama model-model bagi memperingati 40 tahun inovasi G-SHOCK.

MTG-B3000FR and GWG-2040FR
MTG-B3000FR and GWG-2040FR

 

MTG-B3000FR bezel and GWG-2040FR bezel and lugs
MTG-B3000FR bezel and GWG-2040FR bezel and lugs

 

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services