omniture

Cipset SDR Saankhya Labs menguasakan reka bentuk ATSC Generasi Seterusnya yang inovatif daripada ADTH

Saankhya Labs
2022-10-20 12:30 84

Get laluan, kotak atas set, peranti HDMI dan dongel USB dikuasakan oleh SL3000 

BANGALORE, India, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Saankhya Labs, sebuah anak syarikat Tejas Networks (BSE: 540595) (NSE: TEJASNET), hari ini mengumumkan bahawa ADTH, penyedia penyelesaian komunikasi terkemuka yang memiliki pejabat di Atlanta, Shanghai, Seoul dan Taipei telah melancarkan satu siri reka bentuk NEXTGEN ATSC yang dikuasakan oleh SL3000 - cipset penyahmodulat ATSC 3.0/1.0 berasaskan SDR (Radio Ditentukan Perisian) daripada Saankhya. Reka bentuk yang sedia untuk dihasilkan ini akan membolehkan OEM/ODM menawarkan penyelesaian yang dinaik taraf kepada berjuta-juta pengguna di Amerika Utara dan Korea Selatan untuk menonton siaran ATSC 3.0 Generasi Seterusnya pada set HDTV dan peranti paparan pintar mereka yang sedia ada.

NEXTGEN TV merupakan naik taraf teknologi penyiaran paling signifikan yang pernah dicapai yang menjanjikan pengalaman yang lebih imersif dengan video yang menakjubkan dan audio yang dipertingkatkan. NEXTGEN TV menawarkan lebih banyak pilihan untuk memanfaatkan sepenuhnya siaran langsung sukan, berita, acara dan banyak lagi. Setakat bulan Jun 2022, ATSC 3.0 telah disiarkan di 68 buah pasaran yang meliputi kira-kira 51% isi rumah di AS. Di Korea Selatan, ATSC 3.0 terus meningkatkan momentum sejak 4K-UHD menyiarkan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2018 yang menjangkau lebih 70% daripada populasi. India juga sedang melakukan penilaian terhadap ATSC 3.0 untuk perkhidmatan Terus-ke-Peranti Mudah Alih dan muat turun video.

Penyelesaian berbilang bentuk ADTH disasarkan untuk kedua-dua platform tetap dan mudah alih. 

  • Reka bentuk get laluan yang menempatkan dwi penala ADTH merupakan sebuah kotak penstrim DTV Wi-Fi yang boleh diletakkan di mana-mana sahaja di dalam rumah untuk penerimaan siaran ATSC 3.0/1.0 di seluruh rumah pada peranti Mudah Alih dengan Aplikasi TV yang disertakan yang dihasilkan oleh Tolka.tv. Dua saluran UHD yang berbeza boleh dibuka dan ditonton secara serentak pada peranti yang berbeza di dalam rumah.
  • Reka bentuk dongel HDMI/STB ADTH membolehkan penerimaan ATSC 3.0 pada berjuta-juta monitor HDMI dan TV lama. Dongel/STB tersebut dikuasakan oleh cipset penyahmodulat SL3000 Saankhya dengan antara muka yang dihubungkan ke perisian yang menjalankan SoC Penyahkod Media yang dihasilkan oleh Tolka.tv. Perisian aplikasi Tolka.tv menala isyarat ATSC 3.0 melalui udara, kemudian menyahmodulat dan menyahkod video UHD dan audio AC-4 sebelum menghantar strim tersebut ke HDMI untuk ditonton pada monitor yang disambungkan dengan HDMI atau TV.
  • Reka bentuk dongel USB ADTH membolehkan penerimaan siaran ATSC 3.0/1.0 yang selamat pada kotak media, tablet atau telefon menggunakan aplikasi TV yang disertakan yang dihasilkan oleh Tolka.tv. Para jurutera ADTH dan Saankhya Labs berkerjasama erat untuk menala produk ini bagi mendapat penerimaan isyarat yang terbaik, reka bentuk faktor bentuk yang kecil, penggunaan kuasa yang rendah, imbasan saluran yang pantas dan penukaran saluran yang cepat.

Vivek Kimbahune, Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Perniagaan dan Jualan Saankhya Labs berkata, "Penyelesaian ADTH yang sedia untuk dihasilkan ini berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang besar yang ditawarkan oleh ATSC 3.0. SL3000 merupakan usaha pembangunan kolaboratif antara One Media (sebuah anak syarikat Sinclair Broadcast Group) dengan Saankhya Labs. Prestasi, ciri boleh atur cara dan kecekapan kuasa SL3000 menjadikannya sebagai pilihan yang ideal untuk disepadukan ke dalam penerima DTV dan kami gembira kerana ADTH memilih untuk bekerjasama dengan kami bagi produk NextGen mereka. Ia merupakan satu pencapaian penting bagi Saankhya Labs untuk membekalkan cipset penyahmodulat berbilang standard yang paling maju kepada salah sebuah syarikat reka bentuk yang terkemuka di Taiwan untuk membangunkan produk bertaraf dunia."

Cipset penyahmodulat jalur asas SDR generasi ke-3 daripada Saankhya ini menyokong ATSC 3.0/1.0 dan Clear QAM yang menawarkan bahagian depan yang bersepadu untuk pasaran TV penyiaran. SL3000 merupakan sebuah penyahmodulat jalur asas berciri penuh yang menyepadukan ADC, penyahkod FEC, penukar format antara lembaran, memori dan ADC dalam satu pakej tunggal QFN 68 pin yang mematuhi Pb-free/ROHS berukuran 8x8 mm. Cipset ini menyokong ALP atau menghantar paket strim daripada penyahmodulat dengan perisian tegar yang boleh ditingkatkan medan. 

"Teknologi SDR Saankhya Labs merupakan asas yang logik bagi program pembangunan penerima ATSC 3.0 kami yang membolehkan kami menyampaikan pengalaman siaran TV HDR UHD yang amat menyeronokkan melalui peranti yang padat dan mesra pengguna sambil mengekalkan keserasian program ATSC 1.0 HD dan SD," ujar Alex Day, Naib Presiden Tolka.tv. "Kami kagum dengan kecemerlangan dokumentasi Saankhya Labs dan standard sokongan yang tinggi yang ditawarkan oleh pasukan kejuruteraan mereka setiap kali diperlukan semasa proses pembangunannya."

Saankhya Labs turut memiliki satu lagi varian cip tersebut - iaitu SL4000 yang direka khusus untuk peranti mudah alih. SL4000 menyepadukan penala dan penyahmodulat dalam satu pakej tunggal serta dioptimumkan untuk penyepaduan ke dalam platform mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan komputer peribadi yang membolehkan perkhidmatan penyiaran data dan DTV Terus-ke-Peranti Mudah Alih pada platform mudah alih.

Di Kongres Mudah Alih India yang diadakan baru-baru ini, Saankhya Labs mempamerkan telefon pintar Android 4G/LTE dengan keupayaan penerimaan DTV ATSC 3.0 yang pertama seumpamanya. Telefon pintar tersebut yang dikuasakan oleh cipset SL4000 Saankhya membolehkan para pengguna menonton siaran DTV dengan kualiti HD Penuh tanpa sebarang langganan pelan data dan sambungan Wi-Fi/Internet.

Di AS, Korea Selatan, Kanada, Brazil, Mexico dan Jamaica, usaha sedang dijalankan untuk mengguna pakai ATSC 3.0 bagi pelbagai aplikasi yang merangkumi pemesejan kecemasan yang canggih hingga siaran data (pembelajaran jarak jauh, IoT, kenderaan, dll). Bagi menangani beberapa keperluan pasaran baru muncul ini, Saankhya Labs komited untuk membawa penyelesaian yang lebih inovatif ke pasaran melalui kerjasama dengan para pelanggannya.

Tentang Saankhya Labs 

Saankhya Labs, sebuah anak syarikat Tejas Networks, merupakan sebuah syarikat pengganggu teknologi 5G dengan pelbagai kepakaran sistem komunikasi tanpa wayar. Saankhya menawarkan pelbagai produk dan penyelesaian komunikasi untuk aplikasi 5G NR, Penyiaran dan Komunikasi Satelit. Dengan beberapa paten teknologi Antarabangsa dan kepakaran 'cip ke sistem' yang unik, penyelesaian Saankhya merangkumi SDR keluaran pertama di dunia, Penyelesaian RAN terbuka generasi seterusnya untuk rangkaian 5G, penyelesaian penyiaran terus ke peranti mudah alih dengan pelbagai standard (ATSC 3.0) dan produk Satelit-IoT. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.saankhyalabs.com

Tentang ADTH 

ADTH ialah pembekal penyelesaian televisyen penyiaran yang terkemuka dan inovator sistem telekomunikasi canggih untuk IPTV, OTT, DTT dan aplikasi berkaitan media yang lain. ADTH beribu pejabat di Atlanta, AS. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adth.com 

Tentang Tolka 

Sebagai pengeluar aplikasi berkaitan media penyiaran yang mantap dan berjaya, Tolka menawarkan alat yang diperlukan kepada pengendali penyiaran, pemilik dan penyedia perkhidmatan dalam talian untuk memperluas dan mengembangkan pasaran mereka. Fokus Tolka ialah pada penumpuan siaran, OTT & video digital yang membolehkan ulang siar kandungan yang selamat dan pengiklanan bersasar yang pintar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tolka.tv/

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1924700/Saankhya_Logo.jpg?p=medium600

Source: Saankhya Labs
Related Stocks:
Bombay:540595 Bombay:TEJASNET.BO India:TEJASNET India:TEJASNET.NS
Keywords: Broadcast Technology Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Television Licensing/marketing agreements New products/services