omniture

Locus Robotics Diumumkan Sebagai Penaja Platinum ROSCon 2022 di Kyoto, Jepun

Locus Robotics
2022-10-20 18:47 140

WILMINGTON, Massachusetts, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Locus Robotics, peneraju robot mudah alih autonomi (AMR) untuk gudang pemenuhan akan menjadi penaja Platinum untuk tahun 2022 pada acara ROSCon 2022 yang akan datang yang diadakan pada 19-21 Oktober di Pusat Persidangan Antarabangsa Kyoto di Kyoto, Jepun.

"Locus Robotics berbangga menjadi sebahagian daripada ROSCon sebagai penaja Platinum buat kali pertama dan sekali lagi menjadi sebahagian daripada program bual bicara dan tutorial teknikal, yang kali ini diadakan secara bersemuka," kata Tracy Simek, Ketua Pegawai Kakitangan. "Sebagai peserta dan penyokong yang kukuh dalam komuniti ROS selama bertahun-tahun, kami menghargai kepentingan dalam memupuk kerjasama industri dan pembangunan teknologi sebagai asas untuk memacu pertumbuhan robotik di rantau ini dan di seluruh dunia."

ROSCon merupakan sebuah persidangan antarabangsa untuk para pembangun ROS (Sistem Operasi Robot). Acara pada tahun ini sekali lagi akan diadakan sebagai acara secara bersemuka selepas berlangsung secara maya selama dua tahun yang lalu. Para pengguna dan pembangun robot dari seluruh dunia akan berkumpul untuk mengikuti pembelajaran selama tiga hari yang luar biasa dari komuniti ROS dan menjalin jaringan dengannya di Kyoto yang indah.

Selain itu, Tom Moore, Pengarah Perisian Robotik Locus Robotics akan menjadi pemudah cara bagi panel penceramah bertajuk, "Pengalaman Pembangun ROS 2" pada hari Khamis, 20 Oktober. Panel ini akan menampilkan para pembangun ROS 2 berpengalaman yang akan membincangkan pelajaran yang dipelajari untuk menerima guna ROS 2, menyerlahkan ciri-ciri utama kegemaran mereka dan cabaran yang telah mereka hadapi dalam proses penerimagunaan.

Para pengunjung di reruai Locus Robotics akan dapat mempelajari lebih banyak teknologi robotik inovatif Locus dan meneroka peluang kerjaya dengan Locus di seluruh dunia. Untuk maklumat kerjaya tambahan, sila layari https://locusrobotics.com/about-us/careers/

Butiran acara:

      Acara: ROSCon 2022

      Tarikh: Rabu, 19 Oktober hingga Jumaat, 21 Oktober 2022

      Lokasi: Pusat Persidangan Antarabangsa Kyoto di Kyoto, Jepun

      Laman web acara: https://roscon.ros.org/2022/

Tentang Locus Robotics

Penyelesaian berbilang bot Locus Robotics yang revolusioner menggabungkan robot mudah alih autonomi yang hebat dan pintar yang beroperasi secara kolaboratif dengan tenaga kerja manusia untuk meningkatkan produktiviti pengendalian setiap unit secara dramatik iaitu sebanyak 2 hingga 3 kali ganda dengan tenaga buruh yang kurang berbanding sistem pengendalian setiap unit secara tradisional. Locus membantu para peruncit, 3PL dan gudang khusus memenuhi dan mengatasi keperluan persekitaran pemenuhan yang semakin kompleks dan mendesak dengan cekap. Locus mampu disepadukan dengan mudah ke dalam infrastruktur gudang sedia ada tanpa mengganggu aliran kerja untuk meningkatkan produktiviti tanpa keperluan untuk mengubah gudang.

Dengan kehadiran di Eropah, Locus terletak di Amsterdam dan kami juga sedang berkembang ke rantau APAC. Pada tahun 2022, Locus Robotics telah disenaraikan dalam Inc. 500 untuk tahun kedua berturut-turut dan memenangi lebih 13 anugerah industri termasuk anugerah IFOY 2022 untuk Penyelesaian Robot Mudah Alih Autonomi dalam kategori Kenderaan Berpandu Automatik (AGV/AMR). Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.locusrobotics.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1440363/Locus_Robotics_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: Locus Robotics
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Future Events